<a href="http://www.zwani.com/graphics/welcome/"></a>
Tidaklah berjaya orang yang suka menuding jari dan mencari silap orang lain sebelum diri sendiri~

Thursday, December 29, 2011

Jumaat terakhir 2011

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.

Jumaat terakhir. Apa yang aku buat? Ramai kawan balik rumah sempena cuti tahun baru sampai Isnin. But aku? Masih struggle, memaksa diri untuk mencari semula apa yang dah lama hilang. Mungkin tak diketahui, tapi masa ni ialah masa-masa kecemasan, masa genting dalam perjalanan hidupku sebagai pelajar perubatan. Aku cuba menguruskan hidupku sebaiknya, rasa macam xnak tidur malam pun ada. Nak study siang malam sampai puas hati. Hidup bukan hanya untuk study? Yer, tapi aku akan gagal tunaikan amanah kalau x buat yang terbaik.

Itu hakikatnya. Aku bergelar seorang pelajar, tapi kalau aku lalai, di mana tanggungjawab dan amanah yang terpaksa aku pikul? Memang mudah untuk menjadi ignorant, tapi memikirkan ini adalah amanah, untuk belajar, buat yang terbaik, usaha yang paling baik, aku harus buat. Pasal result lain cerita. Asalkan aku dah puas hati dengan usaha aku, itu dah cukup. Aku akan rasa lega, sebab dah tunaikan tnggungjawab. Dah lebih setahun, aku lalai. Semuanya sambil lewa sebab anggap semuanya harus balance. Tapi in d process of balancing, kadang2 aku gagal. Terlebih pada benda yang tak perlu. Itu salah aku. Aku mencari kesempurnaan, namun aku masih belum sempurna.

Tapi aku percaya, usaha akan mendatangkan hasil :). Life must go on. Tak boleh sentiasa meratap, hati kena kental! So jumaat terakhir, put a smile, and continue working yeah! Baca sampai lali tersengguk2 kat meja pun xpe, asalkan puas. Kerja sehabisnya, supaya hidup produktif dan balance. Menyerah diri seluruhnya, kerana hanya Dia yang tahu segala isi hatiku.



Aku tak mahu siakan satu saat pun masa ni. Aku akan rehat sepuasnya bila cuti nanti. So come on! Jangan sedih2, baru sikit dugaan ni, jom teruskan momentum, pecut laju2 sampai xde daya. Baru kental jadi student macam tu!

Sunday, December 25, 2011

accepted!

Bismillahirrahmanirrahim


I officially accepted a responsibility few days ago. And if nothing goes wrong, it will last for almost 8 long months. I hope all will be fine, wish me luck. Im going to start doing it, whole heartedly, tomorrow insyaAllah. I know I can do it, I want to do it. Chaiyokkk!


QOD:

Nothing is impossible. Berhenti merungut pada dunia. Berhenti mengharap, berhenti menjadi lemah, berhenti melakukan yang sia-sia. Usaha, usaha, usaha. Bersyukur dengan apa yang diberi. Berhenti mencari kesalahan orang lain atas kelemahan diri sendiri. Berhenti menyalahkan orang lain, berhenti menyalahkan dunia. Tuding jari pada diri sendiri dahulu, barulah dunia akan berlaku baik pada kamu.

Friday, December 16, 2011

Minitest yang baik lagi 3 hari!

Assalamualaikum!

Minitest is coming! Hehe kenapa macam happy? Walaupunnn nota berlambak lagi tak sentuh.........
I dont know, but I feel happy today, its like getting a new spirit to start a good life ahead :D

Semalam kelas leadership, and at the end of the class masa dah nak habis tu, doctor requested five people to volunteer come in front and the question was,

Who are u in the next 20 years and what are your plans to achieve that?

Banyak permintaan nak suruh I went in front and bercerita (konon famous la kan haha :P). We want kak, we want kak! (ok tu rekaan sendiri hakhak). Btw, kak is what they call me here. Tua kah?Atau matangkah? Atau garang sangatkah? ok never mind, tak kisah pun panggil kak ke nama ke, asalkan it means well. Tapi panggil kak rasala macam diri ni matang sket haha tetiba demand perasan jer.

So, my leadership classmates, u guys baca kat sini je la yo. In case u all baca my blog la. IN CASE. In 20 years time, it is still a bit unclear because in 20 years time, it will have to depend on this early coming 10 years. But if in 10 years time, InsyaAllah Im clear of what im going to be.

- a doctor

- a full time student

- a part time student

- a businesswoman with a factory

- a wife

- a mother?

A doctor. In around 3 and half years from now, biiznillah, I will finish this meds school and get d title dr for the human, the ummah. After that, 2 years housemanship if there is nothing blocking in d way. But why full and part time student? Im not quite sure yet about the flow of another degree that Im planning to take after MBBS. Been longing to take Business study after MBBS. I cant live without numbers. I love numbers, I love calculating, I love to expect the result based on numbers! Numbers are absolute thingy, u cant simply change it. U cant simply tolerate with it. U cant just be very loose with it. My success or my failure, I love to see it with numbers. I know it may sounds a bit weird, but Im passionate about numbers. And thats y I have the feelings that I will become an anaesthetist later when specializing. I know I made it sounds as if it is that simple, but dont worry too much, there is always a way for everything u want in life.

Part time student is for that Business study, and full time is for the specialization in medical field. I have always been longing to study business, and I thought that it was too ambitious but it turns out that not only me has that kind of dream. Chatted with a friend before, and she was into IT. And asked another friend to join the pakatan, and she was into business like I do. So now im having the moral support for the particular dream. Planning together to achieve that.



Factory. Yes, factory. Factory apa? Manusia sustain lives with water, food, air, home/ tempat berteduh. So, my business akan berkisar sekitar those essential elements of life. You grab the foundation of life, u will hold the world, its as simple as that. For me, itu pegangan dan prinsip saya sejak dulu. And what are my plans? Been saving up since 18. InsyaAllah by 30, terbina satu kilang. Kenapa kena kilang? Materialistiknya awak. :) To do other things in life, untuk apa2 saja saham dunia mahupun akhirat, u need to have a strong basis so that takkan goyah. How to describe it... If u have the capabilities to give tanpa rasa ragu, then u can contribute more to the ummah, to the religion. So im trying to form that foundation first. Asas yang kuat dari awal so that I wont hesitate to give to the needy. At least, that is what I feel I can contribute pada yang memerlukan. Im not really good at mengajar or giving lecture or apa2 yang berkaitan. So, memang niat di hati nak cari saham by mengajar and bagi ilmu bermanfaat tapi I dont have enough skills yet to do that. Nantilah, im polishing myself. Basically ni semua masa untuk grab skills and keeping it together untuk bekal masa akan datang. Macam lama, padahal lagi berapa tahun je lagi nak face the real world ='=. Suddenly rasa masa tak cukup untuk lengkapkan diri.


A wife and mother? Itu I leave it all to the One. Tiada daya upaya untuk menentukan. Memang merancang, tapi sepenuh harapan hanya pada Dia untuk yang terbaik. Too much hope on the creation of Him may deviate me from good things.


And kenapa duit itu penting sebagai bekalan sebelum kerja? As a doctor, u will be busy. Your life will be hectic, macam there is no other things that u do other than serving ur best untuk patients. And sometimes, tanpa foundation yang kuat, doctors yang baru mula-mula kerja tend to have culture shock. Ini yang I cakap dari pengalaman lah. Selalu dengar doctor2 muda bercakap, keja penat lelah x berbaloi dengan gaji. Bila dah habis simpanan guna untuk kawin, untuk beli kereta n everything, cakap kena keja lebih kuat ni untuk simpan balik duit. Im not sure but for me, then what is the initial purpose of u being a doctor? Adakah sebab duit or ikhlas nak tolong tanpa berkira? Ye saya faham, hidup perlukan duit. And kalau masa belajar di pamper dengan segala scholarship and duit poket parents, nanti dah keja will u be the same? Or akan struggle to keep surviving? Antara sincerity to serve ur patients and the craving untuk money, yang mana akan menang? I dont want to jeorpadize the sincerity of serving over money. Tak mau ambil risiko diri jadi tak ikhlas masa bekerja, xmau jadi money oriented dalam bidang medic. Bagi saya, medic is like a tuaian for akhirat. And because of that, for the world, I need to have other sources of money and income. So that sincerity and money, can be separated. I know, cakap memang senang kan. But its okay, tak cuba tak tahu. Memang nampak ambitious and memenatkan, but nothing is impossible. So kena mula dari sekarang la. And thats what im doing. Ok dah banyak benor membebel.


Sambung study sekarang. Wasalam.

Monday, December 5, 2011

minggu 2, year 2, block 2

Assalamualaikum.

Minggu kedua = miserable. I was not managing my time very well. Banyak masa membazir dengan tidur. Pantang balik bilik nak tidur je kejanya. Business alhamdulillah tetap jalan. Tapi jadual terganggu pabila pihak yang janji nak hantar keropok mungkir janji. At the end of d week, mom n abah were being very helpful tolong their daughter ni pergi kilang n order. And terus hantar keropok kirim kat bus, which is a new route for my keropok untuk sampai lagi senang and murah! I like...! :D

Tapi rasa diri ini masih tak competent bila terpaksa menyusahkan parents. I cant stand of imagining ma and abah bersusah pergi kilang n berpanas masa nak kirim keropok. Made me sad actually. I have received enough from them, terlalu banyak jasa mereka pada saya semenjak kecil. Tak terbalas hingga ke hujung nyawa, n I decided to stop receiving bermula umur 18. It was time to start giving until now, n InsyaAllah forever. They gave me everything I ever wanted, I will now and forever give them everything that they want.. Dalam memoriku, tidak pernah aku dikecewakan. Mungkin aku dimanjakan, tapi manja yang tidak merosakkan which I am grateful sangat-sangat. Moga Allah menetapkan hatiku untuk menjadi seorang yang pemurah dan tidak berkira dengan keluarga. Moga Allah murahkan rezekiku supaya aku dapat memberi kepada mereka, walau sedikit, dengan apa yang aku usahakan sendiri. Moga Allah sentiasa jadikan aku seorang anak yang solehah, untuk berbakti hingga ke hujung nyawa. Give all that I can and I have. People may think, its not the time yet. Belajarlah dulu, u havent worked yet. Tapi sampai bila? Bayangkan kalau Allah tarik nyawa sebelum bekerja, sebelum sempat berbakti, sebelum sempat mereka merasa apa-apa. Aku tak sanggup. Sungguh, biarlah dalam memori mereka, aku sempat memberi walau sedikit, kerana mereka telah memberi kehidupanku, mereka membina aku sehingga kini. Hati sebak, mata berair, rindu menggunung :-(. Kahwin awal? Tidak, itu bukan pilihanku, namun aku tidak menolak perancangan Ilahi. Tapi biarlah, biarlah lambat, asalkan aku membahagiakan mereka sebelum selainnya, kerana mereka yang terutama, tanpa mereka aku tiada. Ku tautkan doa, aku takut, jika Allah ingin menguji, membolak balikkan hatiku untuk membelakangkan mereka. Ku pinta supaya hatiku kekal, kepada kedua ibu bapaku, selamanya. Aku bahagia, jika mereka bahagia. Keinginan diriku, perkara kedua. Kemahuan mereka akan aku turutkan, walau kadangkala, jiwa remaja memberontak. Tapi percayalah, kata-kata ibu bapa itu benar, akurlah pada mereka selagi mana tidak menyalahi agama. Berbaktilah kepada mereka, semampu kamu, kerana percayalah, Allah akan memberi yang terbaik kepada kamu, dunia dan akhirat InsyaAllah..

They are my world, and will always be. I love them, with all my heart, my soul, my life. So beware sesiapa yang biadap dan melukakan hati mereka with no concrete reasons, i wont tolerate! Kamu melukakan hati ibu orang lain, sama seperti kamu lukakan hati ibu sendiri.Bumi itu bulat bukan? What goes around comes around. Just remember that please.

Okay, sentimental bila bercakap pasal ibu dan ayah. Semua orang macam tu kut kan? Hehe. Today agak productive alhamdulillah. Tak banyak membazir masa. PBL siap. DSL siap. Categorize nota, siap. Yang belum siap, text seminar, compilation minitest, case discussion belum dapat soalan, nota banyak lagi belum revise. Going to do as many as I can tonight. Rindu dengan kesungguhan stay up untuk siapkan kerja. Rindu dengan semangat untuk mencari ilmu. Im searching for all that again. Walau sering gagal jadi rajin macam dulu, tapi takpe asalkan tak berputus asa. And one thing that I noticed, bila tido malam sebut nama Allah, pagi bangun automatik akan sebut nama Allah jugak. Besarnya kuasa Dia walaupun aku hamba lemah yang banyak melakukan dosa. Terasa Allah sentiasa sayang walau berkali-kali aku mungkiri janji. Ampunkan aku Ya Rabb..



Ingin lupakan semua kesalahan orang pada diri, ingin ingat semua apa yang orang lakukan untuk bantu diri ini, memudahkan perjalanan hidupku. Terima kasih dunia. Terima kasih Allah kerana berikan aku kawan-kawan yang baik. Terima kasih Allah kerana berikan aku kawan-kawan yang menguji aku, menjadikan aku semakin kuat dan memahami erti berkorban dan bertolak ansur. Diri ini kadang kala terlalu tegas dan strict, terlalu mengharapkan orang akan buat apa yang aku buat, sedangkan hakikatnya, no one in d world is the same... Allah tak akan merubah nasib diriku jika aku sendiri tidak berubah. The end.

Saturday, December 3, 2011

seharian, eh bukan 2 3 hari tanpa nota :(

Kadang-kadang, bukan sengaja nak jadi malas. Tapi, bila dah buat itu dan ini dan penat, nota terabai. Sedapkan hati untuk bangun awal pada esok hari, last2 bangun lambat jugak and the day end up miserable sebab awal2 dah rasa rugi semalam x studyyy huaaa sedihla macam ni. Minitest dah tak lama, lagi 2 minggu jer. 2 minggu tu x lamaaa. Kejapp sangat. Oleh itu, haruslah saya studyy. Mula malam ni. Nak hafal nama drugs for peptic ulcer. And nak categorise nota. Sometimes it feels good to see colleagues and friends yang begitu rajin hari2 study takde rasa malas. It is a very good feeling. Pembakar semangat, pemberi inspirasi! Wahai kawan, terima kasih!

Friday, November 25, 2011

futsal, exam result, lecture marathon!

Alhamdulillah, my first week of d block ended very well!

For this week, managed to really occupy myself with lots of things. Sometimes seharian x sempat duduk pun berkejar sini situ. Bila malam mula penat pantang nampak bantal lena. Lecture macam biasa, bila dah hari jumaat notes dah mula pile up utk dihabiskan during weekend. Hoho..begitulah hidup, x sah kalau x busy.

Minggu dimulakan by checking all stocks of business. Air, first day sudah setel. Keropok, second day baru setel di ketiga2 tempat. Berkejar hantar barang sebelum pergi kelas. Berpagi-pagi itu bagus untuk murah rezeki, kan? So janganlah rasa rugi untuk berpagi2 keluar beraktiviti kerana ia rutin yang amat bagus! Pergi kelas, tadah telinga, record, cuba faham betul2. Bila ngantuk makan itu ini haih tak habis2 dengan ngantuk di kelas haha.

This week jugak I joined futsal tournament. First time sepak bola dalam futsal. Boleh tahan, best sangat! hanya sempat practice 3 kali due to lack of time. Tu pun dah ambik malam untuk latihan. Nak harapkan siang memang xde la masa, kelas sampai petang, pastu hujan pulak. We ended up in the 3rd place. Okla tu untuk first timer :P

Lagi, seminar. Appointment dgn Dr Saad yang baik hati di lunch hour semalam. Merupakan hari yang amat hectic. Kelas till 11.30. Appointment kul 12. Tekan pedal minyak keluar g bank in duit, topup dah habis kena cepat2 tambah, nanti pelanggan lari. Tekan pedal minyak lg laju bila dah agak lambat nak balik jumpa dr saad untuk seminar. Lari2 dari tempat parking keta g KOM panjat tangga sampai bilik dr saad kul 12.30 dah. Alhamdulillah, x lambat. Bincang2, kul 1.15 baru habis. Berkejar tekan pedal minyak lagi balik bilik solat n tukar baju. Kul 2 ada lab, tp kena sport attire terus lepas lab nak g latihan futsal. Main kul 3.30 smpai 4.50. Ada kelas leadership lak kul 5. Pedal minyak tekan habis laju nak balik solat asar n tukar attire lg. Sampai kelas lambat, kul 5.15. Buat muka takut2 ngan madam sebab dah lambat n x punctual hihi. Huh x baik x baik. Punctuality itu amat3 penting! Kul 6.40 habis kelas. Pergi kafe ambik makanan, sampai bilik around 7.15. Mandi, solat, makan, solat, 8.30 bum ke katil. Pengsan kejap, recharge untuk latihan futsal kul 10 plak. Main main main sampai kul 11.30. Balik heret kaki dah fatigue to d max. Lepas refresh, mati semalaman. Habis. Perasan tak xde nota disentuh sepanjang hari? Haha cover d hujung minggu ler gamoknya. Takpe, badan cergas minda cerdas (ayat sedapkan hati sendiri :P). ADF amat berjasa pabila tiba hari2 yang packed melampau macam ni. tq ADF.


And untuk result, alhamdulillah :). Result keluar time baru nak start tournament ptg tadi. Cuak semacam. Tak sempat tengok pun, kawan yang bagitau. Syukur sangat2. But still, kena improve.

Overall, the week has been all about making myself occupied tahap maximum. It is good. Felt good. Felt useful, energetic and fun!


And for the weekend, cover nota2 for the whole week. Harap2 kerajinan maintain untuk habiskan nota yang dah melambak ni.









QOD:Gunakanlah masa sebaiknya. Kerana setiap saat hanya datang sekali dalam hidup kita.

Thursday, November 17, 2011

pre block prep

Physiology, first block, first year 2010.


Mind u, this entry would be very academical. I'm lazy to write on a piece of paper as i'm afraid that i might lose it. So, next block, block 2 second year 2011, will learn on GIT and hepatobiliary. So far, i've looked through the first year notes which are related to the not-so-long coming lectures. There are a few which directly point to the topics.
-
-
-
-

1)Gastrointestinal system

- functions of mouth and oesophagus
- what is git?
- what is digestion?
- organization of the system
- walls of git (more to histo)
- innervation of git (extrinsic, intrinsic)
- git hormones
- salivary glands (the conrol of secretion, physical properties, functions, all on saliva)
- the oesophagus

- d famous question mechanism of deglutition (swallowing), got 3 of them, buccal, pharnygeal, oesophagal

- the control of deglutition, got diagram

- clinical implication





2)Functions of the stomach

what is it?
structure (like histo as well)
gastric juice HCL

d famous amous ques, mechanism of HCL secretion, got 2 complex diagrams

gastrin (the hormones to stimulate the secretion of gastric acid)

more on gastrin, the control of secretion (3 phases- cephalic, gastric, intestinal)

gastric emptying, the control (mechanism again, got 5 steps)

vomiting (lagi mechanism)




3)Functions of stomach

last but not least, clinical implications (famous - gastritis, peptic ulcer)

Functions of hepatobiliary system and pancreas
what is pancreas? (quite an explanation n got picture)

pancreatic juice (chem properties, functions, control - MECHANISM again! this one a lot.)

d famous CCK-PZ

liver n biliary system

bile (contents and guess what, the regulation for bile secretion - more and more mechanisms!)

-
-
-



Then we have renal physiology, but not included in d next block right?



QOD:
time for effective comprehension and memorization!

Wednesday, November 16, 2011

Dua kali lima

Apa yang anda dan saya faham apabila orang menyebut, '2 x 5?'

Perbandingan antara dua benda kan? Sesuatu yang cuba dilakukan secara berbeza, tp end up to be something similar to things which want to be avoided. Tapi biasanya orang Kelantan yang selalu guna perumpamaan tu kan.




Politics

Bila ayat 2 x 5 ni selalu diucapkan? Contoh paling mudah:

- people say that Utusan is conquered by the government and there is bias in all the stories reported. Normally pembangkang la kan cakap macam tu. And at the end, the same people quote something from Malaysiakini to be posted to public (normally Facebook). And for those who dont know, the portal Malaysiakini is pro-pembangkang. So apa bezanya? 2 x 5 je la. Diskusi tak berjalan sebab orang UMNO akan menyampah dengan Malaysiakini and orang PAS bencikan Utusan. Jadi? jom elakkan jadi 2x5 and avoid quoting from a biased source if we want our opinions to be respected. Janganlah cakap, oh bahawasanya Malaysiakini is reliable bukan macam Utusan. Please, we know that kamu favours pembangkang, so be it. But in the sake of berbincang and mencari penyelesaian, ketepikan sentimen ya dan tidak and be neutral, lagi aman.

Cara yang lagi baik adalah pembangkang quote from Utusan and pro-kerajaan quote from Malaysiakini. That shows we are not restricted to things that we like only. Our horizon is widened with all sources of information. That is much better and respected. But itu pun kalau boleh menahan diri from kegeraman bila baca things that we dont like la kan. But its good, take some risks and strengthened the facts that we have on certain debated issues.



- avoid from critizing without manners

Apa itu critizing without manners? Sometimes i understand that people meluahkan perasaan di tempat public such as Facebook so that he/she get feedback and comments to debate kan. Anyhow, it is not likely to be make as habit. We know that some people sokong UMNO, some people sokong PAS. And im not talking about PKR and DAP lah as they are so out of the box in political battle of the Malays. Yang diperdebatkan adalah the parties which majority is adalah Melayu Islam yang amat sensitif bila sentimen kepartian dicuit dan amat susah untuk bersatu walaupun di bawah agama dan bangsa yang satu. Despite of each difference dan ketidaksamaan pendapat, DO NOT insult. Please, jangan memaki, menghina, merendahkan maruah pemimpin as if they dont know anything, and as if we know everything. Allah menjadikan mereka pemimpin atas asbab yang mungkin kita sendiri pun tak tahu.

I would love to quote from my batch leader, apabila majority telah menyatakan pendapat dan sokongan, maka yang minoriti itu, terimalah dengan hati terbuka. Bersyukur apabila pendapat anda tidak diterima kerana ada hikmah di sebaliknya. Dan yang dipilih, beristighfar kerana tanggungjawab anda besar.

Itu satu hal, and i have once listened to somebody saying that, pemimpin yang baik akan didatangkan kepada rakyat yang baik. Bukan bermaksud u must not do anything to change the kepimpinan negara, but please know the limit and boundaries. Mengkritik based on facts, not rumors. Then you will be more respected.

It is very challenging for me to hold my patience when people mengkritik dan menggunakan modal politik hanya melalui apa yang didengar dan diceritakan dari mulut ke mulut dan dari akhbar semata-mata. Nak2 pulak when they quote from yang bias. Are we supposed to talk based on facts or based on rumours? Do we have concrete proves of what is happening? Bagi contoh la senang kan.


- orang UMNO tak suka MB Kelantan because he does not administer the state well. The proves are laid as facts when majoriti rakyat dan golongan muda Kelantan berhijrah ke negeri lain untuk mencari rezeki and when the cases of AIDS is among the highest sedangkan berdegar-degar cakap pasal Islam dan mendabik dada keislaman Kelantan lebih tinggi jika dibandingkan dengan negeri lain. Namun, jangan menghina beliau kerana Allah meletakkan beliau sebagai pemimpin kerana bersebab. Mungkin dalam satu segi, he fails, but in other aspects yang tersurat, we dont know tentang kebaikan dan hikmah yang ada with him as the leader kan. Jadi just tunaikan kewajipan dan mengundilah dengan bijak if u feels that he is not right to be a leader. Gunakan saluran yang betul, bukan menghina, bukan mencerca.


- contoh lain, orang PAS amat meluat dengan PM and his wife, hanya kerana isterinya tak menutup aurat. Namun, tegurlah dengan berhemah, bukan dengan cara buat group di facebook kami bencikan si polan dan si polan dan kami meluat dengannya! Wah. Do we realise that sekali kita meluat dengan orang lain, berkali-kali orang meluat dengan kita? What u give, u get back. Hukum kehidupan kan. Orang cerdik takkan kata orang lain bodoh. Orang alim takkan mengaku dia berilmu dan tarafnya lebih tinggi. Is it? Adakah PM dan isterinya pernah berlaku zalim pada kamu? Tidakkah ada sekelumit kebaikan pun yang kamu dapat apabila beliau memerintah? Sejauh mana kamu boleh meramal masa depan negara di bawah pentadbiran lain? If u dont like him then show it through votes, bukan merendahkan peribadi beliau, menafikan ibadah beliau, berdemo sana sini. Bukan mengkritik melenting bila dengar cincin 24 juta. Are we really2 sure n have the proof? Have we read enough? That is just beyond limit. Yang dicerca itu hamba Allah jua. Dan kamu pun tarafnya sebagai hamba jua. Dan siapa kamu untuk mencerca ciptaan Allah? Maka 2x5 lah orang yang mengaku lebih Islam, tapi hinaan cercaan menjadi mainan bibir.



k, penat menulis. Lain kali sambung. Peace no war.

Sunday, November 13, 2011

Sungguh...

Sungguh,
Aku mencari kemanisan itu,
Sungguh,
Aku mencari di mana aku...
Sungguh,
Aku lemas dalam kerendahan semangat perjuangan,
Sungguh,
Aku tak rela, hidup tanpa redha dan pencapaian,
Sungguh,
Aku tak mahu dianggap lemah,
Sungguh,
Aku ingin berjaya,
Dunia dan akhirat...

Friday, November 11, 2011

Cuti lagi =) =) =)

Alhamdulillah...

Exam sudah selesai, sudah berjuang sehabisnya. Sudah melakukan apa yang termampu dalam perancangan. Bertawakal, berdoa, dan berbuat baik kepada orang lain, insyaAllah akan dapat apa yang diimpikan. Namun jika tiada rezeki untuk dapat result yang diharapkan, bersabarlah, it is not a failure, it is a delayed success as long as u stay positive ok! ;)


Selalu dengar kawan2 bercakap,

Pabila belanja sesuatu, pabila dituruti kemahuan dan keinginan mereka,

" Eh kenapa kak baik hari nii???" (apa motiffff???)

Adeh selama ni jahat ke gue? Korang ni kan...Haih. Kalau membebel kang cakap macam mak2 pulek :P

Perangai macam budak2 la u olss. Kalau ikut je, baru nak bodeks nak puji haha. Tapi nampak sangat la kan yang saya jarang bebeno ikut kemahuan orang lain :P When i think that it is okay and i have the capabilities, time and effort untuk berjalan2 dan membelanja orang lain, then i wont hesitate to enjoy life for a while. When the time is right, only when it is RIGHT, and only when i feel that saya tidak akan menyukarkan teman2 dan sahabat2. Think like an adult, put yourself in the position of the people around you. Treat others like how you want to be treated. Jangan lokek, jangan susah untuk memahami kesukaran rakan2. Tapi kalau asyik nak berjalan tu bukan kesukaran la namanya ye :P


Haha sorry la ye..saya memang begini, i wont follow when i think its not right and time wasting...Hidup tak syok??? Takpe, tak syok sekejap pun tak apa asalkan tak membazir masa dan mengajak orang lain membuang masa.


Saya perasan dan saya tahu saya selalu menolak kemahuan rakan2 bila bertentangan dengan apa yang saya rasakan betul. Maybe it is the way i was raised up since small. Mom selalu berpesan, jangan terlalu ikutkan kemahuan rakan2, prioritize apa yang penting! Because she notice that teenagers and youth, apabila hidup di luar bersama kawan2, the influence is so strong. Kalau tak dapat kawal, then it will ruin you.



I said, ma, x boleh la buat this and this, xde orang nak teman.

And she will say, tak boleh berdikari ke? Tak boleh hidup ke kalau takde orang teman? Boleh tak kalau jangan bergantung sangat pada orang lain? (Kan dah kena marah tu? huhu)


I said, ma, adik malu la tadi buat this, this and this and semua orang pandang!

And she will say, apa salahnya orang pandang? Adik buat dosa ke? Tak kan? You are supposed to be confident and proud bila u mampu buat apa yang orang lain malu nak buat. Kalau asyik malu sampai bila nak berjaya??? (Ha amik kau lagi sebijik kena, cakap lagi malu saper suruh? My mom amat pantang bila malu tak bertempat!)


I said, ma, ada orang asyik bisik2 pastu pandang2.

And she will say, biarla dah dia ada mulut, dia ada mata, yang duk sibuk sangat kenapa..(haha ayat ni paling best!)


Walaupun kadang2 apa yang ibu kita cakapkan itu adalah tiny miny little things, but those things akan shape u to be who you are when u grow up :) And saya bersyukur dengan cara saya dibesarkan, dengan didikan dan semangat yang diberikan oleh seorang yang bergelar ibu :') If not, saya masih lagi akan jadi gadis Melayu yang pemalu dan pesimis dalam pelbagai aspek kehidupan. Say no to MALU and grow up people! The world is waiting for us, the ummah is waiting for our contribution, the country is waiting for our creative ideas!



Stop complaining dan let us work hard!


Tajuk post dan isi tak parallel haha.

Sunday, November 6, 2011

minta maaf, minta maaf, minta maaf..

Saya banyak salah dan silap, hati kadang2 gagal menahan sabar, hati kadang2 cukup pantang dengan benda yang melanggar prinsip diri. Namun saya tahu, x semua orang sama, semua orang ada cara masing-masing...Saya minta maaf sangat atas semuanya, kadang2 terlepas cakap benda yang tak sepatutnya...



Saya harap semua orang akan maafkan diri saya, sepertimana saya cuba untuk memaafkan semua orang. Hidup ni tak lama kan, bila2 masa jer ajal boleh menjemput...saya takut kalau x mendapat kemaafan dari orang yang saya pernah buat salah dan sebagainya. Amat takut.



Quote of the day:
Ya Rabb, lembutkanlah hatiku untuk memaafkan dan menerima orang lain seadanya dan lembutkanlah hati mereka untuk maafkan aku jua...Ameen.

Friday, November 4, 2011

prioritize!

utamakan yang utama dan lebih perlu.


Walaupun hati risau nota belum habis tp utamakan menyambut Aidiladha, hari kebesaran umat Islam terlebih dahulu. Tak kisahlah sambut di mana walau bukan di kampung asalkan kita tetap mengingati hari-hari penting tersebut. InsyaAllah nak jawab exam akan lebih berkat kerana tak rugi meluangkan masa untuk Allah.


Walaupun itu dan ini terjadi, menduga kesabaran dan kecekalan hidup semenjak dah menjejak 20an ni, tapi tak mengapa, anggap ianya side dishes kehidupan. Main dish dunia yang lebih penting menunggu, MBBS , one more degree coming after MBBS insyaAllah.


Jadi kalau saya dan anda mempunyai masalah yang mengganggu fikiran walhal ianya tidak penting, maka jadilah poyo sekejap, katakan pada diri,

Buang masa jerk pikirkan hal remeh duk kisah apa orang nak kataa buat pa. Lantak pi la deme...

Rasanya tidak mengapa, dengan syarat monolog je ler, jangan duk ambik mic p announce kat seluruh kampung udah ler.


QOD:
lagi 2 hari, today habis notes, esok finish compilation, lusa ulang hafal, tulat BERJUANG! semakin cuak!

Wednesday, November 2, 2011

padah demokrasi

http://www.seksualitimerdeka.org/

sebab itu, fikirlah sebelum buat, sokong dan lakukan apa2. Tegur pemimpin dengan cara berhemah...Paling tidak, dia melakukan lebih daripada kita orang biasa, dia memimpin negeri, dia memimpin negara. Dia memberi paling tidak satu kebaikan untuk kita, tidakkah kita bersyukur? kadang-kadang, their actions are just beyond what we can think of. He rules the country, kita perintah apa?

Saturday, October 29, 2011

acute leukemia

fisrt page.

dari pemahaman ku,

what is acute leukemia?
a group of disorder. Why it is called a group? Because of the accumulation of the malignant white blood cells WBC. Then what happen? Where can u find it? in BM and peripheral blood. What happen there? in BM, there is proliferation of malignant haemopoietic stem cells. In blood, can observer the leukemic cell in blood smear. Bone marrow need to be replaced to overcome the problem. Mind you that it can also infiltrate the reticuloendothelial system RES in liver, spleen and lymph node. (kena lukis then ingat better)

Classfication.

Based on 2:
i) cell lineage or in simpler word, the origin of cell- ada dua. myeloid(kalau myeloid mmg from BM la and lymphoid?-search lg)



ii)clinical course- 2 jugak. acute and chronic.
- for each, ada acute myeloid leukemia(AML)/acute lymphoid leukemia (ALL)

-then we got the chronic myeloid leukemia (CML)/ chronic lymphoblastic leukemia (CLL)

btw, kenapa yg ALL tu it is called as lymphoid bukan lymphoblastic?

cari lagi. mari sambung membaca.

Friday, October 28, 2011

final exam

Bismillahirrahmanirrahim...

Final exam is just around the corner. Bunyinya skema semacam. Betul. Im writing straight to the point. Apa yang saya rasa sekarang? Guruh di langit menjadi-jadi sejak kebelakangan ni, begitu juga guruh di hati. Nota banyak lagi, xpe insyaAllah boleh habis, boleh3. Kena percaya pada diri sendiri. It is between me and Allah. He knows everything, whats the best thing for me. Baru saja mendapat berita, my uncle is not well. Just got to know that, moga beliau diberkati selalu dan dipermudahkan segala urusan. Moga saudara2 ku yang lain juga sentiasa berada di bawah lindunganNya, air dicincang tak akan putus. Okay sudah, macam sentimental. Enough with melodrama haha. Here comes the main point.

Tahun ni raya haji di Kuantan, hebat tak??? Konon macam over the sea la kannn, but what to do, exam hari Selasa, Ahad raya, x sempat nak balik. Takper, hari Khamis dah boleh balik da hehe. Malam ni sedang berusaha menghabiskan mpd. WAJIB habis. (padahal duk tulis belog kan haha). ok nak belajar sekarang. Wasalam.


Quote of the day QOD: i was being harsh to somebody, sorry, i did it because i love u, friend.

Sunday, October 9, 2011

versi kurang adab sopan

Anak dara Melayu, cakap apa pun kena sopan. Nak cakap benda yang tak disukai pun, haruslah bersopan. Kalau tak terus direject dari senarai calon menantu. Tapi anak dara Melayu pun manusia jugak, tak selamanya akan sentiasa bersopan, apatah lagi bila berhadapan dengan kepala batu mulut jahat yang tak pernah kenal kelembutan adat orang Melayu. ok, artistik bahasa itu.Apa nak dikata, apa nak disampaikan? Benda senang yang anak dara Melayu kena tahu ialah, tak perlu berlembut selalu, nanti akan ditindas dicincang lumat-lumat oleh si mulut laser yang tak mengira musuh. Contoh,

(kau ni kenapa cool aje selalu, orang cakap apa pun kau tak kisah?)

Makanya anak dara Melayu haruslah senyum simpul memaniskan muka sambil menjawab,tak apalah, biarlah orang bercakap, saya tak kisah.. :), di penghujung bicara haruslah ada senyum lagi.


(Oii pompuan, ko mulut jaga sket ek, aku memang tak puas hati dengan kau ni. Lembut konon, bikin panasss je hati aku tengok kau ni!)

Makanya sekali lagi jawablah anak dara Melayu,kenapa awak tak puas hati dengan saya..cakaplah, apa salah saya? :(. Teruslah bertukar ke melodrama yang sedih kerana tidak tahu asal usul dirinya dibenci. Haruslah sedih ye kerana itu adat anak dara Melayu.




Namun, anak dara Melayu haruslah jua mengikut kelantangan bahasa anak dara omputih. Bukan nak suruh mencarut, tapi supaya anak dara Melayu boleh terus berdiri mengharungi hidup bahagia di sisi si laser si laser yang berhati dengki itu.



(kau ni kenapa cool aje selalu, orang cakap apa pun kau tak kisah?)

Apehal aku nak peningkan kepala lak orang nak cakap apa? Lantakla diorang ada mulut, diorang yang busuk hati, bukan aku yang salah pun. bukan aku yang dapat dosa fitnah dan mengumpat pun. Dapat pahala ada la hewhew :) Selepas bercakap selantangnya, haruslah anak dara Melayu mengekalkan adat senyum di penghujung bicara. Harus diingat yang itu wahai anak dara Melayu.

(Oii pompuan, ko mulut jaga sket ek, aku memang tak puas hati dengan kau ni. Lembut konon, bikin panasss je hati aku tengok kau ni!)

Weiii, dah aku memang baik dan lembut dan disukai ramai, ape ko jeles sangat ni??? Ko tau bab panas hati ko je?? Yang menggelegak hati aku tengok pompuan busuk hati macam kau ni ada ko kesahh?? Tengok cermin r beb, takyah duk tengok kain orang lain. :/ Makanya bunyi seperti kurang adab sopan, tapi perlu untuk anak dara Melayu kadang kala berkata begitu kerana kalau sentiasa berlembut, 100 tahun pun belum tentu si laser itu faham perkara yang cuba disampaikan anak dara Melayu yang penuh sopan dan tatasusila itu.




Sekian sahaja cerekarama dunia kesopanan dan ketatasusilaan pada hari ini.



QOD: penat berilmiah sentiasa.

Wednesday, September 7, 2011

:)

Bismillah...


Dengan nama Allah Tuhan yang menciptakan...hidup dan matiku telah ditetapkanMu...



Berani kerana benar, takut kerana salah.




Diam tidak bermakna mengalah, diam kerana tidak mahu melayan.



When we strongly feel that someone has wronged us, the best way to settle it is by confronting in a good manner. It is useless to mengata macam2 hanya kerana kita rasa kita benar. Adakah benar kita benar? Adakah kebenaran itu membenarkan kita berkata buruk kepada orang lain?


Hurm, 21 tahun aku hidup, macam-macam perkara yang dilalui. Namun, hidup tidak selalu indah. Yang kita sangkakan permata, dengan sekelip mata boleh menjadi kaca. Hidup is all about surprise and acceptance kan? :)



Tapi, syukur, Allah memberikan ujian untuk menjadikan hambaNya kuat. Allah berikan ujian untuk hambaNya sentiasa mengingatinya. Allah memberikan ujian untuk kifarah dosa. Allah berikan ujian untuk kita sedar akan hakikat kehidupan yang sementara.



Aku berharap segala yang buruk tidak akan berpanjangan. Aku sudah menjelaskan segalanya, namun terpulang kepada mereka untuk melihat yang mana. Kerana truth will prevail, janji Allah itu pasti. Aku diam kerana tidak mahu memenangkan syaitan yang bersorak gembira dengan perselisihan. Aku sudah menyatakan dengan terbuka. Aku tidak takut kerana aku di pihak yang benar. Allah menjanjikan ketenangan sekiranya kita berada di jalanNya kan...kadang-kadang, memang hati diduga, kesabaran teruji. Action speaks louder than words...kita tidak perlu risau kan.





Aku sayangkan mereka, kerana mereka darah dagingku. Air dicincang tidak akan putus. Kenapa perlu dipanjangkan perkara yang kurang elok? :) sukakah kamu? kamu ingin menangkah? Terpulanglah, menanglah di mata manusia jika rasa itu yang terbaik. Tapi jangan, sesekali memfitnah. Jangan. Kerana ia lebih teruk dari membunuh. Bagiku, aku tahu kata hatimu menyatakan yang baik-baik, kerana aku ingin percaya yang kamu orang baik-baik. Kerana aku ingin percaya yang aku bersaudara dengan orang yang baik-baik. :) Aku terbuka untuk perbincangan. Jika kamu ingin aku mendatangi kamu, maafkan aku, kerana aku telah menjelaskan semuanya. Turunkan egomu kerana orang lain juga punya maruah. Dengar kata hatimu yang suci, dengar kata akalmu yang bijak, percaya dengan ketentuan Ilahi. Aku amat berharap, segalanya selesai, kerana kamu tetap dekat secara jasmani mahupun rohani. Aku sudah banyak mengalah, maka jangan diuji lagi kesabaranku. Kita semua sama di sisiNya, itu hakikatnya. Aku mengingatkan diriku dan dirimu jua kerana aku sayangkan kamu. Kerana aku lebih sayangkan sejarah manis yang telah tercipta.






Ajal mungkin menjemputku bila-bila masa sahaja. Jadi marilah kita bersama kembali, seperti sediakala. Kerana walau apa pun, kamu tetap darahku. Darah kita berdua tetap sama. Sekiranya masih lagi kamu tidak berpuas hati, datanglah padaku, kerana kedatanganku padamu tidak kau hiraukan , malah dianggap tidak setaraf denganmu. Tak mengapa, mari kita tinggalkan ego, kita berbicara seperti orang berilmu.



Dengan nama Allah, aku menyatakan yang hak dan benar kepada kamu. Tanyalah hati kamu, adakah aku jahat begitu? Adakah aku tergamak memperlakukan kamu begitu? Kamu perlu mendengar keduanya, bukan yang satu itu sahaja. Kerana apa, kerana itu cara orang yang waras dan berilmu. Kerana itu cara seorang hamba Allah menjalani hidupnya. Aku sayangkan kamu, aku tetap akan menerimamu, kerana darah kita tetap sama. Tetap sama. Tetap sama.




QOD: hidup itu indah dengan cubaan dan dugaan :)

Wednesday, August 31, 2011

selamat hari raya

Bismillahirrahmanirrahim...


Raya pertama


Raya pertama di rumah baru. Syukur Alhamdulillah dengan rezeki Allah memberi kesenangan dunia. Moga kesenangan ini turut digunakan untuk saham akhirat. Gembira dengan kehadiran sepupu yang tidur di rumah. Ye lah, dulu mungkin tak berapa selesa, sekarang i'A, harap mereka gembira. Moga kehadiran mereka membawa barakah dan rezeki untuk kami sekeluarga. Ada juga yang tidak enak di hari raya. Ukhuwah tidak terjalin . Apa nak dikata, biasalah manusia banyak ragamnya bukan? Harap salah faham tidak berpanjangan. Tak apa orang tak baik dengan kita, asalkan kita berbuat baik dengan orang sepanjang masa. Walau apa pun, gembira kerana masih diberi kesempatan beraya dengan keluarga.



Raya kedua


Tetamu datang kejut tuan rumah yang sorang ni dari tidur. Haha malu bukan kepalang. Nasib boleh cover :P . Orang datang raya sakan. Suka walaupun dalam hati nak tidur lagi hehe. 1 pagi baru online tengok apa yang patut. Wah nampaknya ada kawan yang dah mula pre reading untuk kelas minggu depan. Bagus2. Malam tadi ada sesi luahan jiwa. Saya, cousins, and parents. Banyak benda diceritakan. Dalam hati,hurm gitu rupanya kisah keluarga.




Lesson of the day



Jealousy is the one of the worst thing that can happen amidst human being. Whatever the reasons are, nothing is exceptional to be the cause that allow jealousy unless we are jealous with the hope that we will be better people. What are the cause of jealousy? Sometimes, misunderstanding or the nature of the person herself. Nevertheless, it is so unlucky to be jealous of others without good reasons. You will not feel tranquility or harmony. If you feel that the person is better than you through a bad way, make it clear. Are you sure that he/she has done something bad for him/her to reach that position? If you are not sure of it, then be silent. Dont babble like you know everything as you actually dont. Recheck. Investigate. It is not good to be jealous without concrete reasons.



Yang pasti, tak baiklah cemburu ni, kecuali kita cemburu dengan niat nak jadi baik/kaya/pandai macam dia tanpa cakap benda tak elok atau buat benda tak elok pada dia. Kita usaha untuk benda positif. Kalau kita pasti yang dia tu kaya/pandai dengan cara tak baik, buat apa nak cemburu? Nampaklah yang kita pulak yang tak cerdik cemburu membabi buta. Dunia ini hanya sementara. Cemburu untuk amalan akhirat lagi bagus.



Self reflection

pernah ke cemburu pada orang lain selama hidup 21 tahun ni? Pernah kut. Sory la yer untuk semua2. Zaman tak matang, budak-budak tak fikir jauh. Haih.


Quote of the day (QOD):

Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah. Status dan pangkat semuanya duniawi. Semua itu sementara, semua itu tanggungjawab untuk dijawab di akhirat. Kerja bagus2 tak menjadikan manusia itu hebat dalam segalanya. Lagi banyak yang kita capai, lagi banyak sebenarnya yang kita tak tahu. Tak perlu berbangga dengan status yang bagus di mata masyarakat. Baik di mata manusia belum tentu baik di mata Yang Maha Pencipta. Siapa kita untuk merendahkan orang lain? Siapa kita untuk melabel diri sebagai serba tahu? Mungkin, mungkin kita rasa pekerjaan yang bagus, taraf hidup yang baik membuatkan kita lebih pandai, lebih tahu dari yang lain. Hakikatnya, adakah begitu? Kita mungkin pakar dalam sesuatu bidang, tapi tak bermakna kita pakar jua dalam bidang yang lain. Down to earth is the best way to live a life. Harta, pangkat, status yang tinggi, semua itu ujian Ilahi. Sedarkah kita akan hakikat itu?


Mood: sentimental Raya. Maaf zahir batin.

Sunday, August 28, 2011

Jom kurus! :P

Bismillah...


Getting into an exercise can sometimes be an intimidating notion right? Especially for those who have been inactive for a long time. Enough with telling yourself that u will get into a fitness program next year. Meh start sekarang! Better late than never.


What do u have to do to be fit?



1. Commit yourself.

Sit down and develop your own routine. The most important part is to stick with it!


2. Set goals.

How many pounds that have to be reduced??? Calculate and suit it with the amount of hours that u want to spend for exercises.


3. Adapt with new attitude.

If you think that you are too late for a change, pls rethink! Better late than never okay? It is normal that first step can be extremely difficult.


4. Don't overdo it.

Know your capabilities. Beginners should not act like pros yea.


5. Be efficient

It is okay to spend as little time as 10min for a routine as long as you break a sweat. 1 hour spent for jogging is useless if you are not serious and keep stopping while chatting with friends.

6. Start a schedule.

Dont want to comment on this, you already know it.


7.Make it easy.

Exercise should be compatible with your daily routines. Dont make it too hard but dont take it very easy.


8.Be adventerous

Sometimes new outdoor activities while socializing with friends can be much better than skipping in front of television alone.


9. Do it at home.

Exercise does not mean outdoor. Remember that, you dont have to show to other people that you are actually in the process of reducing your weight :P Make it as home friendly as you can. Prepare your own exercise spot at home!


10. Get yourself an exercise buddy.

This one, it can help but if there isnt any of your buddy is available to spend time exercising with you, just chill. Continue by your own. Keep the spirit high and continue burning the calories! :)









A self reminder.



my quote of the day:
Control yourself! If you can control your desire and unnecessary habits, then you are a winner ;)



Thursday, August 25, 2011

what are muscles of your thorax region?

Bismillahirrahmanirrahim...


It is 2.05am. Just a simple revision. Actually i read on thorax few days ago. Im trying to recall, either i will be able to fully remember them or not. Been wanting to write up on them yesterday, but other things came up.



So, here is the highlight.

There were 17 muscles which i memorized on that day. Will it still be 17? Hehe..it will, if i still remember.



1. Trapezius

2. Deltoid

3. Omohyoid, Sternothyroid, Sternohyoid

4. Pectoralis major

5. Serratus anterior

6. External oblique

7. Pectoralis minor

8. Internal oblique

9. External intercostal muscles

10. Internal intercostal muscles

11. err something..something abdominis

12. err something thoracis..should be the same initial like no11

13. Levaton something err (adeh surely start with 'L' but..forgot)

14. ?

15. ?

16. ?

17. Was it really 17??? or maybe it was just 10? Hehe... Writing while imagining the position of those muscles. It is true that if new info is not revised or repeated in 24 hours, most likely it will vanish.



We learn anatomy during first block. Almost a year since then. How much will we remember if we dont revise? i think, almost nothing :P


quote of the day:

better late than never hiyaarrghh! reduce distractions, focus on your priorities.


Wednesday, August 24, 2011

lagi quote

Bismillahirrahmanirrahim...



Renungan: Tak ramai orang yang ceria dan bersemangat setiap hari. Untuk sentiasa ceria:


- bangun pagi awal di waktu yang konsisten, senyum


- angkat tangan dan baca Doa bangun tidur, Doa pembuka 12 pintu, Doa membuang sikap negatif, ayat Qursi, ayat 1000 dinar dan sebut,







" Ya Allah jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan jadikan aku ceria, sihat, dan bersemangat untuk bekerja/belajar. Jika aku mati hari ini, matikan aku dalam husnul khatimah."



InsyaAllah ceria dan cemerlang.


From: Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah




my quote of the day: pucuk jenerih itu sedap ;) cubalah.

Thursday, August 18, 2011

A new beginning everyday

Bismillah...

Sometimes, life is challenging. We will not get all things that we want at all times. And sometimes, we are scared of certain things. Since i was in primary school, i always dreamt of what im going to be in the future. When i was small, i imagined many great and extraordinary dreams to be achieved. They even sounded nonsense to some people, but to me, they were my dreams that the little me believed were possible. At that time, i didn't realise that the reality of life is not always about our dreams. It also includes others' dreams. People around us. It is not always about me. Life has karma. What goes around comes around. Life has to be lived on the path of Allah, the one and only creator. At this moment, i believed that life is not all about hard work. It is hard work plus prayers plus tawakal. Then the dreams are possible for my reach, with His permission of course. In my study, im not chasing after ranking or names anymore. In my study, im just trying to do my best and at the same time, trying to equipped myself with skills to further live as an adult. It has to be balanced. Im not only a student, im an adult. I need to do what adults do. At least, i need to try.

At this time, at the moment, im trying to make my life better. I dont mind what people will say about me because we cant please everyone, we cant tell everyone to agree with us all the time. There will always be people who are unpleasant with us for some reasons. Maybe it is our own fault, who knows?

A new beginning everyday. Dont be scared of the future. And dont avoid problems. Im learning that i must face things that im scared of rather than avoiding it. Even though u dont like it, u have to. I want to face them. I want to be a better person. I want to change problems to opportunities. I want both the world and the akhirat in my hands. Ya Rabb, please grant me the happiness and wealth in this world and the hereafter. Please give me time to serve both of my parents and help those who are needy. Ameen.


Mood: sentimental :P

Tuesday, August 16, 2011

10 manfaat lapar

Bismillah...


1. Menjernihkan hati, mencerdikkan otak serta menerangi penglihatan hati


2. Melembutkan hati yang membolehkan ia merasai kelazatan pengaruh zikir kerana apabila perut kosong boleh menghilangkan kekerasan hati yang menyebabkan zikir di lidah terus meresap di hati yang lembut tanpa ada halangan lagi


3. Merasa kalah dan hina serta menghilangkan perasaan bongkak, terlalu gembira dan kufur nikmat di mana semua sifat tercela ini menjadi penyebab kepada penyimpangan dan kelalaian daripada mensyukuri nikmat Allah


4. Sentiasa ingat kepada bala Allah di dunia dan siksaanNya di akhirat apabila merasai sendiri bagaimana peritnya lapar


5. Mematahkan keinginan nafsu serta menguasainya daripada melakukan maksiat kerana bahan yang menguat dan menambah keinginan nafsu kebanyakannya berasal daripada makanan


6. Mengurangkan tidur dan memudahkan untuk berjaga terutama dalam membuat ibadat


7. Memudahkan diri untuk menumpukan perhatian dalam beribadat kerana tidak banyak masa dihabiskan untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan makanan


8. Dapat menjaga kesihatan dan selamat daripada pelbagai penyakit yang terbit daripada makanan


9. Jimat dalam perbelanjaan harian apabila tidak banyak wang dihabiskan untuk membeli makanan


10. Membolehkan dia mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri sedangkan kerana orang lapar lebih memahami masalah dan penderitaan orang lain






Sumber: Blog Teh Secawan

Saturday, August 13, 2011

urban vs beriman

Hati terkesan melihat TV al hijrah, alkisah umat Islam yang berpuasa di bumi Melbourne.


Dari celik mata, keluar mencari rezeki, bibirnya basah dengan kalimah Alhamdulillah,


mensyukuri nikmat Ilahi. Selang 2 3 ayat bicaranya, Alhamdulillah. Betapa dekat hatinya


kepada Maha Pencipta. Setiap masa perjalanannya keluar dan pulang dari mencari rezeki,


tangannya memegang tasbih, bibirnya terkumat kamit. Dirinya bukan seorang kuno, malahan


golongan urban di bumi metropolitan. Subhanallah, alangkah kepingin hati menjadi hamba


beriman. Ameen.

Friday, August 12, 2011

Ramadhan Kareem

Alhamdulillah, its been 13 days of fasting in this month of Ramadhan.


What can i say? Alhamdulillah, tahun ini dapat peluang berpuasa penuh kat rumah. Belum tentu dapat macam ni lagi for the rest of my life kut? haha macam hyperbola, but then it is the truth. Study until 25 years old, pastu kerja yang penuh dengan on call segala bagai, then kawin pulak ehem2 kawin :P. Ye la, kawin, bila tu tak tau la kan, kalau jodoh sampai kawinlah,kalau ada rezeki kawinlah, (Ya Allah, kurniakanlah bagiku jodoh yang beriman dan mampu membimbingku ke jalanMu, Ameen.) Ye, ustaz cakap kena doa bnyak2 untuk jodoh yang kita nak.





Many things happen di bulan Mulia ni. kes JAIS vs gereja di Selangor tu pun tak reda lagi kan. Dalam buku La Tahzan by Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni, jangan meletakkan bola dunia di atas kepalamu sedangkan kamu hanya duduk di pembaringan tanpa berbuat apa-apa. Adakah perlu saya memikirkan perkara tu sedangkan there is nothing i could do to help. But at least, mengambil tahu, shows concern to Islam in this country. People are talking about the issue. Many versions, many opinions, sedangkan kita bercakap pasal agama, bukanlah pasal politik. Islam yang satu, Islam yang tidak menindas, Islam yang syumul. Kenapa perlu ada banyak versi berbeza sedangkan umat Islam patut bersatu atas kalimah yang sama, hukum yang sama. Apabila Islam mengatakan this, this, and this, then Muslims should say this as well. I dont think that there should be any more justification to that, unless isu ini telah dipolitikkan maka akan ada banyak versi yang berlainan bukan? Walaupun pada dasarnya, kita perlu sama atas dasar Islam, tapi kerana politik, kita jadi tidak serupa. It is bad when agama dipolitikkan. Tidak salah mengamalkan politik dari sudut agama (dua benda berbeza ok?), tapi adalah tidak wajar sesuatu isu agama menjadi bahan politik kerana setiap orang tahap ilmunya lain. Jadi mungkin akan ada yang tidak arif akan interpretasikan isu itu secara salah. Kerana itu, jangan mempolitikkan agama dan membuka ruang untuk kekeliruan antara umat Islam, dan tidak akan pernah timbul label Islam PAS, Islam UMNO jika agama tidak dipolitikkan. Yang perlu ada hanyalah label Islam. Muslims blame each other for the reasons behind the issue. Ceteknya. Tidakkah pernah kita bertanya pada diri, apa yang telah kita buat untuk Islam? Lebih buruk lagi, apabila yang sepatutnya bertanggungjawab, cuma tahu meletakkan silap pada yang lain. It is like, ketua batch patut jaga anak buah from things that is against Islam, but ketua batch menyalahkan dean kerana anak buahnya buat maksiat. Yes, it is true that dean is partly involved tapi siapa yang lebih utama? Takkan berjaya orang yang hanya tahu mencari silap orang lain. Itulah bahana politik. Kalau kita sendiri dah x percayakan jabatan agama sendiri, kita nak percayakan siapa? Selama ni JAIS tak relevankah dalam menjalankan tugas? Biarlah yg berwajib menjalankan tugas mereka, kenapa kita nak sibuk membantah? Mereka ada kepakaran, ada authority, ada ilmu dalam menjalankan tugas. They should know better of what had happened. And for those Muslims yang melihat isu ini dari sudut kebebasan beragama, pls recheck. Tak pernah kita menghalang non Muslims memasuki masjid cuma kena mengikut adab. Tak pernah ada yang menghalang nak masuk gereja ke kuil ke asalkan tidak menjurus ke arah murtad bukan? Kenapa perkara ini menjadi isu? Kenapa orang yang concern menyokong JAIS dikata macam2? Ada pulak yang kata, saje la tu nak nampak macam pejuang Islam entah2 diri sendiri pun tak solat. What is your problem der? At least adala jugak cahaya keimanan kat situ concern pasal Islam, doa2 kan la dia sempurnakan solat kalau dah conpem sgt dia x tunai solat. Yang duk mengata tu kenapa...

For me, berlainan pendapat dalam isu ini menunjukkan betapa umat Islam di Malaysia ni dah berpecah hanya sebab politik. When politics involves, nothing is certain anymore, even hal agama pun boleh dicakap macam2. It should not be an issue at all. Yang dikatakan alim ulama itu, nyatakan lah pendirian kerana the confusion must be stopped. Jangan hanya kerana kepentingan politik, kamu berdiam diri. Hukum Islam kan untuk semua?

Love Islam, bukan parti.


ps: Dialog ini diucapkan oleh seorang sahabat, akan ku ingat sampai bila-bila. Dialognya is 'Kita perlu buat solat hajat kerana PAS pun buat perkara yang sama.' My reaction was, terkedu. Alangkah baik jika beliau cakap, 'Kita perlu buat solat hajat kerana Islam pun menyuruh buat perkara yang sama'. Bagusla kalau PAS pun buat perkara tu, tapi, yang mana lebih utama?

Selamat beribadah di bulan Ramadhan.

Maafkan saya, tq for reading! :)

Friday, August 5, 2011

learning

Assalamualaikum..

Talking about blog, this is really not my thing. Until now,, i've tried quite a few times to

change the setting and all so that it would not be so skema and all-boring-layout. But still,

to copy paste all the widgets and stuff is just not my expertise. I know, it is actually easy

right? i should not even be saying that it is problematic haha. But maybe IT is not so much

reflecting me so kinda lost :P. I know basics only . Like REALLY BASIC kih3. Anyone care

to help ? Boring to see this basic layout without nothing on it.

Wednesday, August 3, 2011

saya ada bercakap masa saya marah supaya orang yg mendengar boleh tenteramkan saya dan make me rasional again. sory la yer you dan you yg kena dengor bebelanku.

achieving excellency

tajuk dah hot, yg nak kabonya cuma hari ni nak siapkan kemas rumah before mummy comes home at around 2pm haha... petang mau pegi beli langsir inshaAllah. Today maybe will berbuka puasa without ketua keluarga kerana abah got an invitation to break fast outside. Happy Ramadhan kareem everyone!





just wondering, have i hurt any of my friends' feelings when we were together?




to you, you and you my friends who happen to read this post and feel that u have been hurt by me before, im sorry ok? and if u are unsatisfied with the apology, please let me know what i have said or done wrong so that we can clarify it together okay ;-)
thank you to all my friends especially roomies and jirans di T2 :p





saya minta maaf, segala apa yang saya tegur atau katakan secara sengaja atau tidak sengaja mungkin hanya ingin memberikan hint tidak puas hati dan ingin keadaan jadi lebih baik, kerana saya tidak pandai marah face to face dan tidak suka bercakap ketika marah. tapi kalau kamu rasa ada ketidakadilan dan salah faham, just come to me beritahu saya depan2 okay. xmau ada rajuk panjang jeling tajam muncungempatbelas muka masam bila berjumpa hehe... :P.




moga puasa ini lebih baik dari sebelumnya. Ameen.


August 4 2011









quote august 4:



Disagree on a word does not mean a disagreement on the whole sentence, and vice versa. (is that my political view? YES! ;))

Saturday, July 30, 2011

nawaitu~

Every action depends on the niat. If the action is done without telling the world that this is an Islamic act, does it considered as not Islamic? A big NO for that.

Setiap saat kehidupan itu dikira sebagai ibadah sekiranya niat betul. Hanya Allah yang maha mengetahui niat masing-masing.



Recently, each post is based on thing which suddenly comes to my mind. Nothing spesific.

Selamat menjalani ibadah puasa...Semoga puasa kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Maaf atas segalanya. Thank you

Most of the entries seems to be very serious. Yes most of the times, i am serious. But, i do make jokes ok :P Be my friend and u will find me mukaxtightdansenyumsokmo haha.

the value of saying thank you.

Salam..

Dalam Islam dan juga secara logiknya, apabila orang memberi, kita seharusnya mengucapkan terima kasih bukan?

Memang rezeki itu semuanya dari Allah, namun medium perantaraan itu kita anggap sebagai orang yang memberi.

Dengan ibu bapa, kita ucap terima kasih walaupun kita tahu bahawa rezeki itu dari Allah.
Dengan orang asing atau non muslims, kita ucap terima kasih walaupun kita tahu bahawa rezeki itu dari Allah apabila menerima sesuatu kebaikan.

Dan atas nama rezeki itu dari Allah juga, kenapa pelajar tidak berterima kasih kepada kerajaan atas biasiswa yang diberi? Susahnya mereka mengucapkan terima kasih hanya kerana bencikan kerajaan. Lawaknya. Hipokrit tak habis-habis. Adakah politik menghalalkan segalanya dan menjadikan mereka orang yang tidak bersyukur? Memang tidak perlu menyokong segalanya, tapi ucaplah terima kasih atas bantuan yang kamu terima.


Atau lebih senang, berikan biasiswa yang kamu terima itu kepada yang lebih berhak supaya lebih selesa untuk kamu memburukkan nama negara di mata dunia. Orang akan lebih hormati kamu jika kamu berbuat demikian. Berani buat, berani tanggung. Bila senang, bagai kacang lupakan kulit. Bila susah, tahu pula nak merayu. Biasiswa yang diberi untuk menyenangkan pelajaran, bukan untuk burukkan nama negara. Buat benda tak tahu berfikir. Bunyi macam kasar bukan? Tapi itulah kenyataan yang berlaku. Tangan yang memberi digigit tanpa berfikir dua kali. Alangkah baiknya duit itu diberi pada yang lebih memerlukan, yang miskin, yang betul2 nak belajar.


peribahasa hari ini:

kalau rasa mampu dan berani sangat, carila duit sendiri sambung belajar yop. Baru namanya BERANI. baru orang hormat pendirian kamu.


cukai rakyat tu...mana bleh guna main2...kalau ada yang tak halalkan kamu gunakan duit tu untuk burukkan nama negara kat negara asing, mcm mana? (mestila ada tax payers yang marah guna duit diorang sesuka hati. x gitu?)

Friday, July 29, 2011

untitled

senyap x bermakna setuju, senyap mungkin kerana tidak mahu melayan dan tidak mahu menambah dosa.

sometimes, people do that right?


Ada apa dengan saya?

sedang mengemas rumah yang tak habis2 sejak seminggu lepas. ingin menyiapkan sebanyak mungkin sebelum puasa.

Buku? belum sentuh sobs.

Saturday, July 23, 2011

so many comments and posts about politics..x patut..x patut..haha. but what to do, cuti kan...xpela ckp bnyk sket bab politik ni. kalau dh start belajar xde da sentuh2 hal ni..

things that are clear to me:

i got no problem with:

- hukum hudud

- serban

- jubah

- janggut

- perjuangan Islam selagi mana cara2 Islam diikut

- doa minta kebenaran


but, i got problems with:

- menghina, mengutuk, merendahkan orang lain
- kata org lain kafir bila dulu bekerjasama dgn non muslims, n skrg adakah hukum yg sama jatuh pada kamu? mudahnya menjatuhkan hukum bila x suka.
- lebih utamakan org lain drpd saudara sendiri hnya kerana politik
- doa laknat
- doa jatuh bala
- guna hadis hanya apabila ada yg tidak bersetuju dgn mereka
- pemimpin yang suka mengutuk dan tidak melarang pengikutnya dari mengutuk mencaci menghina
- menipu
- bersekongkol dgn pemimpin with moral damages
- ikut sgt cakap DAP (over my dead body, seriau bulu roma dengar)
- tak menguasai pakatan, hanya jadi peserta
- x nasihat sahabat utk percepat kes di mahkamah (kalau betul x salah kan)
- tak nasihat suruh bg DNA
- x minta tnjuk jam OMEGA (semua tu utk buktikan yg awk x bersalah, nak clear ur name jgk, ape la masalahnya)
- x minta DSAI buat poligraf
- x minta DSAI buat sumpah (to clear his name only la! apa yg takut sgt?) penting kot supaya org2 bawah dah x gaduh2
- diam saja bila tjadi kemungkaran di pihak kamu, (bukankah hukum Islam utk semua?)
- x berterima kasih pada yg memberi
- menyalahkan org x habis2 (kalau perasan, dlm most of ceramah, statement atau ucapan, ada saja nama pihak lawan yg disebut dan diburukkan) seperti hidup dan bekerja hnya utk melawan pihak lawan, bukan utk Allah
- menyokong apa saja yg dilakukan sahabat walaupun salah dan menyusahkan org

kalaupun kamu menang, adakah kamu yg akan jadi pemimpin?akan adakah PM dr seorang ulama? kena kuasai pakatan kamu dulu, baru senang nak buat hukum hudud dan sebagainya.



lagi, i got no problems with:

- pembangunan
- projek yg senangkan rakyat
- segala bentuk kebajikan
- undang2
- usaha kamu memajukan negara


but, i got problems with:

- tak tutup aurat
- x suruh wife dan menteri2 kamu tutup aurat
- penangguhan hukum hudud
- corruption
- bribe
- sekolah vernakular
- x larang org2 bawah menghina pemimpin Islam yg lain

Wednesday, July 20, 2011

Praise be to Allah for the aql and ability to think and ponder.

Now and before is not the same anymore. No one can deny that. People changed, the world is changing and thinking is not an easy process anymore. What are things that do not change? Islam...Ajal...Qiamah...and Allah's promises.

And everything that we do including thinking, should be based on that. If not, we will be astray.

Why should we bother about others if we are doing the right thing only for Allah? We bother about them if we want to be amar makruf nahi munkar. Even if u want that, please, please, please, dont insult,dont... Membuat kebaikan tidak boleh disertakan dengan kemungkaran. Islam says that (betul x?). So please follow.

I found a statement from someone, he said that,

GWM cukup malu melihat keletah mahasiswa yang langsung tidak membuat groundwork dan homework mengenai politik sebelum bercakap dan mengikut. Belajar hingga ke menara gading, namun cetek ilmu di dada ... otak ada, akai tadak!

Many of us mahasiswa mahasiswi are so passionate when politics become the highlight of discussion. But, have we done the homework and groundwork? macam nak pilih tjk EAP or kajian la, sebelum pilih and buat, research dulu right? Dialog kat atas nmpak kasar, tapi mengena haha.

Just make sure that we follow the religion, not the party. Only the creation of Allah is perfect, the true addin. Not the human's.

Monday, July 18, 2011

if we are confuse and have difficulties in recognizing a person's personality, just look at the way he carries himself with the public. Look at his akhlak. And if ur still not sure, look at his friends, people who know him inside and outside. Unless if we just close our eyes and narrow our mind, and forever we will be blind.

Sunday, July 17, 2011

renungan...

“Sungguh, kalian benar-benar akan mengikuti kebiasaan orang-orang sebelum kalian sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kalian pasti kalian akan mengikuti mereka.”

Kami bertanya; “Wahai Rasulullah, apakah mereka itu yahudi dan Nasrani?” Beliau menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka.”

(Hadis Riwayat Muslim – Sahih)

Wednesday, July 13, 2011

kepada pengikut UMNO, PAS, PR, PERKASA dan lain-lain


Ini adalah nasihat ulama(ustaz kassim elias) berkenaan orang Islam yang memaki pemimpin sesama Islam. Dengar dengan hati terbuka


http://www.facebook.com/video/video.php?v=255668104448385&comments

Tuesday, July 12, 2011

Scholarship

Have we used the scholarship given to us in the right way? Kita bercakap pasal macam2 yang bukan dalam jangkauan kuasa dan pemikiran kita, but as students, this one is in our hands, our responsibilities. There is something we can do about it :)

Saya merenung balik apa sebenarnya tujuan scholarship? apa, bila, bagaimana, mengapa. Banyak yang perlu dijawab apabila ia melibatkan wang. Di akhirat nanti, satu sen pun akan dikira kerana ia adalah benda yang objektif dan solid, bukannya subjektif yang boleh dimaafkan atas budi bicara manusia mahupun Pencipta. Kalau berbuat salah dengan wang, perlu meminta maaf serta memulangkan kepada yang berhak bukan? Kerana itu ia adalah satu yang OBJEKTIF :)

From what i know, scholarship comes from a source of money whereby it is accumulated from the taxes paid by the citizens. Duit cukai rakyat. Bila sebut rakyat, ramai, hampir 28 juta di Malaysia. Yang pasti berjuta la ye. And scholarship given through the government comes from that. Meaning that it is an AMANAH. Rakyat memberi amanah untuk dipikul oleh seorang pelajar. Satu TANGGUNGJAWAB.



Adakah saya sudah menunaikan amanah ini?
Have we fulfilled the responsibilites as scholarship holders?

Nampak remeh, namun bukan benda main-main apabila amanah dari berjuta rakyat terpikul di bahu. Ingin menulis berbagai-bagai dos and dont bila melibatkan scholarship tp nantilah hehe.


Tulis satu je la dulu,

yang pasti, scholarship BUKAN untuk belanja pakwe makwe

Rakyat bukan bayar cukai untuk menyenangkan keluar dating and belanja kekasih. In Islam dah haram, logically lagi sumbang. Its ur right and ur hak untuk buat apa saja dalam hidup anda termasuk bercinta, namun guna duit sendiri lagi bagus bukan? Tahu bercinta, tahulah cari duit untuk bercinta ye. Jangan guna hak rakyat itu untuk kepentingan sendiri. Kalau ada antara mereka yang tidak menghalalkan duit itu untuk tujuan yang salah, x naya ke? Bila kita nak bayar balik? kalau ingat xpe, kalau x ingat bukan ke benda tu akan ditanya kat akhirat nanti?

Sometimes, itu benda yang kita terlepas pandang.

I notice that saya suka berbahasa secara sarcastic dan kasar in my writings bila nak menegur. Bukan saje, but sometimes itu cara yang berkesan untuk menyampaikan mesej. Orang kata, baru makan dalam ye idok? haha but the best thing is untuk berhikmah kan. OK baiklah saya cuba ='=.

Monday, July 11, 2011

Kekayaan in Islam~

Kebahagiaan, kesihatan dan kesenangan merupakan sebahagian daripada kehidupan kita. Sebagai orang Islam, mensyukuri nikmat Allah merupakan salah satu sifat Mukmin yang dituntut. Hakikatnya, semua ini adalah anugerah daripada Allah kepada hambanya samada ia seorang yang beriman ataupun tidak.

Disebutkan dalam Al-Quran, Al-Baqarah:268 yang bermaksud "Allah menjanjikan keampunan dan kurniaNya kepadamu, dan Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui".

Apakah konsep kekayaan (Wealth) dalam Islam?

Kekayaan adalah amanah daripada Allah yang mesti diuruskan dengan sebaik-baiknya. Konsep amanah ini menunjukkan bahawa segala kekayaan yang dianugerahkan oleh Allah adalah merupakan pinjaman semata di dunia ini. Walaubagaimanapun, yang Maha Pemurah dan Maha Luas sifatnya memberikan kebebasan kepada hambanya menggunakan nikmat ini untuk manfaat dunia dengan berpandukan Syariah.

Melaksanakan amanah ini dengan baik bukan sahaja akan mendapat kesenangan duniawi, malahan Allah akan memberikan ganjaran pahala sebagai bekalan di Akhirat nanti.

Selain itu, kekayaan adalah merupakan salah satu jalan menuju kejayaan. Ayat 10-12, Surah As-Saff yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, dan ke tempat tinggal yang baik di dalam surga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung."

Dengan memahami kedua-dua konsep kekayaan dalam Islam ini, maka aspek perancangan kewangan perlulah diberi perhatian. Melaksanakan perancangan kewangan yang baik dan berkesan merupakan suatu Ibadah dengan tujuan menjaga Amanah daripada Allah dan salah satu mehnah mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat sepertimana janji Allah yang disebutkan diatas.

Seorang Muslim yang beriman itu adalah baik, tetapi seorang Muslim yang beriman dan menggunakan kekayaan anugerah Allah untuk kemaslahatan ummah adalah amat disukaiNya.

- Artikel iluvislam.com

enough~

Enough with politics,

Mari majukan diri.

Sunday, July 10, 2011

Berlaku adil pada diri sendiri~

Berlaku adil pada diri sendiri dengan membaca semuanya, bukan sesetengah sahaja. Sekiranya kita merasa kita dizalimi dengan ketidakadilan (media atau apa pun), maka carilah keadilan itu. Sekiranya keadilan itu tidak diberikan kepada kita oleh yang berwajib, maka berlaku adillah pada diri anda dengan berusaha sendiri. Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu sekiranya mereka tidak berusaha bukan.



Benda tak akan datang bergolek, carilah sendiri dengan kudrat yang ada. What's the problem? Kita kan kuat. Orang Islam kena kuat.



Baca Blog MB Kelantan, n he said in his blog, pasal judi with this ayat,

"mengelak kemudaratan umum lebih utama daripada yang khusus" (kalau nak baca lebih go to his blog)



n i humbly think that this is against BERSIH 2.0. (if it is about gambling then i agree).
Why do i think so? Kenapa bertentangan? (pls look at the news, baca Harakah, baca Utusan, see blogs, see what happened, u will know. It was all about political benefits of certain people only, bukan kepentingan umum, bukan tuntutan 8, kalau tuntutan dah bg awal2 ler kat Agong. baca sendiri pls malas nak type pjg2 :P)

Why do i keep saying about politics? To encourage us to read more haha. Amalan membaca itu bagus. Sila membaca untuk mencari kebenaran, bukan untuk membuktikan kesalahan dan membenarkan perlakuan ye!

Quote of the day :

u start the flame, dont blame the heat or the weather
Tgk cuaca ler kalau nak bakor sampah. kalau sampah x terbakar, x baik salahkan cuaca. Kalau ada ribut pulak yang sebarkan api tu smpai terbakor rumah orang lain, jgn salahkan ribut, salahkan orang yang nyalakan api td ler sbb x tgk cuaca
(mesti orang yang rumah terbakor tu marah, dah hang p bakor sampah dekat ngn rumah dia tu pehal? kalau dia tuntut gnti rugi kat dunia xpe, kalau dia tuntut kat akhirat cam mano? sapo nak jawab?) haih.

Be neutral bila membaca. Terima kasih.

Note: nak berlaku adil pada diri sendiri dgn tidur sekarang haha.


want to know them?

look at their best friends.

Sekiranya ingin mengenali peribadi seseorang itu, bertanyalah kepada rakannya.

(just a random thought. Tiba-tiba teringat)

Saturday, July 9, 2011

adakah saya cetek ilmu atau ini sememangnya dinamakan menggadaikan agama?

Bimbangnya rasa hati, sedih. Alasan banyak diberikan. Mereka jahat, mereka tidak mendokong Islam, mereka bukan ulama, mereka bukan khalifah. Namun adakah itu sebab kamu sanggup menggadaikan Islam, hanya kerana mereka seorang muslim yang bukan mukmin? Sejahat2 mereka, mereka masih saudara kamu, seorang muslim...Sejahat2 mereka, mereka masih keluarga kamu bukan...Ini bukan kerana siapa betul atau salah, ini adalah bangsa dan agamu kamu! Di mana Islam jika tiada Melayu? Itu hakikatnya. Didiklah mereka, tegurlah mereka, namun jangan gadaikan agamamu hanya kerana bencikan mereka...

saya cetek agama, betulkan saya kalau salah...

a real situation~


Bila ALLAHUAKBAR Mengiringi Pemimpin Kafir
Walaupun banyak perkembangan baru dalam dunia politik kita dalam akhir ni terutamanya persetujuan bersama kerajaan dan Bersih untuk diadakan perhimpunan dalam stadium, fikiran saya masih diganggu dengan senario 3 hari lepas.

Setiap perkembangan politik itu cuma luaran saja, yakni tindakan yang dimanifestasikan oleh minda sipelaku. Kalau tak puashati yang ini, akan dibuat yang itu. Tindakan berubah namun apa yang lekat diminda masih sama. Siapapun yang menang atau kalah pada 9 Julai nanti, apakah akan berubah minda orang Melayu ? Apakah akan berubah halatuju perjuangan orang Melayu ? Apakah ramai atau sedikit mereka yang berdemo akan memberi kesan kepada sokongan Pakatan atau BN ?

Mungkin sebab itu fikiran saya sering memainkan kembali senario 3 malam lepas. Layan jelah saya ulangi semula senario semasa ceramah Pas di KT baru ni

' ALLAHUAKBAR ! ' seru pengacara majlis yang memberhentikan celotehnya tatkala menyedari kehadiran seorang pemimpin ke majlis itu dan setelah diperkenalkan kepada hadirin siapa orangnya dan laungan ini disambut penuh semangat oleh ribuan para penyokong Pas, 'ALLAHUAKBAR ! ' Tersentak saya dengan cara sambutan yang diberikan oleh ribuan umat Islam terhadap kehadiran pemimpin yang sedang berjalan masuk ke majlis ceramah, diiringi beberapa pengikut Pas yang membuka jalan buat beliau.

Terkejut kerana yang berjalan masuk itu bukan Mat Sabu, bukan Haji Hadi atau mana-mana pemimpin Pas tapi Lim Guan Eng dari Dap ! Tidak ada kesilapan dipihak hadirin akan identitinya kerana namanya diumumkan dengan jelas sebelum takbir dilaungkan.

Takbir suci 'ALLAHUAKBAR' yang menyaksikan kebesaran Allah Yang Maha Agung, Maha Esa, Maha Besar ditujukan kepada pemimpin tertinggi Dap ? ? ? Seorang pemimpin kafir ?

Saya mungkin cetek sejarah Islam, tapi apakah perkara sebegini pernah berlaku dizaman Rasulullah atau dizaman Khalifah-khalifah Agung ? Atau dimana-mana zaman pemerintahan Islam sebelum ni ? Atau hanya di Malaysia saja ?Atau hanya orang Melayu saja ?

Jika pernah berlaku sebelum ini, siapakah pemimpin kafir itu yang menerima penghormatan setinggi itu dikalangan umat Islam ? Apakah Lim Guan Eng setaraf, sama besar kehebatannya dan sumbangannya kepada Islam ?

Jika tidak pernah berlaku dan hanya unik diMalaysia, apakah alasannya kalimah ALLAHUAKBAR itu ditujukan kepada Lim Guan Eng, seorang pemimpin kafir ?

Sepanjang ceramah LGE malam itu, saya berikan tumpuan kepada reaksi hadirin. Saya akui kepetahan LGE berucap, beliau pandai menggunakan punchline, berhenti dimana yang patut, dan pandai memainkan perasaan hadirin. Dan setiapkali LGE mengenakan pukulan smash tajam kepada lawan BN, ia disambut dengan ALLAHUAKBAR dari penyokong Pas.

Seorang pemimpin kafir masuk ke kem Islam dimana hadirinnya 100% umat Islam, mengutuk musuh politiknya yang beragama Islam dan diberi takbir oleh umat Islam ? Astaghfirullah ......

Politik pun politklah juga tapi kenapa ketahap begitu hina sekali umat Islam Pas meletakkan diri mereka sendiri didepan seorang kafir ? ! Apakah takbir ALLAHUAKBAR itu kerana terlalu sering dipolitikkan , ia telah hilang maksud dan kebesarannya ? Kini sekadar satu seruan politik Pas yang tidak punya signifikan keagamaannya ?

Atau ALLAHUAKBAR diceramah politik tidak sama dengan ALLAHUAKBAR yang diucap dalam solat ? Terjemahan yang sama tapi maksud yang berlainan ?

Kalau sama maka apakah justifikasinya seorang pemimpin kafir seperti Lim Guan Eng diberikan perhormatan sedemikian tinggi sedangkan sepatutnya ucapan laknat yang lebih tepat diberikan !?

Saya dapat bayangkan pada 9 Julai nanti, perkara yang sama akan berulang tapi pada skala yang lebih besar. Waktu itu puluhan ribu umat Islam akan bersama-sama bertakbir ALLAHUAKBAR , zikrullah yang berkemundang bergema satu stadium mengagungkan pemimpin kafir. Dan bergema juga zikrullah ALLAHUAKBAR tiap kali pemimpin-peminpin kafir itu mengutuk pemimpin Islam .........

Hanya di Malaysia saja dan hanya orang Melayu saja yang mampu lakukannya.

Friday, July 8, 2011

KENAPA aku adalah aku?

This post is something which is stuck in my heart for a while. Because of me yg x reti nak mengexplainkan diri sendiri dengan bijak buat masa kini (sedang belajar bercakap secara rasional shj), i'd rather write so that people will understand. Especially my friends terchenta kerana at certain times, i cant explain my actions very well. Why i do this and not that. I tend to use actions more than words because i believe that action speaks louder than words and x guna cakap banyak2 kalau x buat. Baik buat dulu baru cakap.



And this post is also because i love my friends and i hope we'll understand each other better.



1. Kenapa saya x suka (bukan x suka, mcm susah) ikut arahan orang? Bahkan saya akan memberontak (perkataan yg agak ganas, i know :P, chill pls, perkataan je tu) sekiranya dipaksa buat benda yang saya x rela n bertentangan with my principles? But i akan follow what my leader say because to be a good leader u have to be a good follower.

Kerana im a person who will stick with i believe no matter what. To change what i believe, will b a very hard thing to do coz i only accept things with prove. A very concrete prove. Cakap kosong x layan. If u talk about politics or controversial issue in front of me, u'll notice that i will just listen without saying anything cz i'll think first apa yg u all cakap. I cari dulu prove and sumber for info, and if it is against the real fact, i'll ask the person again apa bukti dia cakap mcm tu. Even if benda tu dah bertahun2, i akan ingat. Macam gigih giler kan, tp dah teringat nak buat cmne. Bukan sengaja nak cari pasal, cuma i believe that jangan cakap kalau x tau, jgn cakap x serupa bikin, we talk with facts. (even though saya pun sometimes x buat apa yg sy cakap, which i hate that, im trying to fix it)

If in business, words are rubbish (perumpaan je la tu) because people can talk and talk whatever they want sbb ada orang suka cakap kosong tanpa buat apa2 and tanpa bukti pun.

However, i do accept what people say. Sometimes, i might deny it at first but later, i will think back what have been said. If i am wrong, then i'll accept it dengan hati terbuka n dalam hati, saya bersyukur kerana ada kawan yang membetulkan apa yg salah. So if u rasa i betul2 salah, cakap je, mula2 mmg susah nak terima, tp lama2 ok ler :P. I thank you for correcting me.

If i x puas hati dgn apa yg dicakapkan, i akan senyap sebab unstable emotion makes me talk secara x rasional. So better be silent first. And if percakapan itu melukakan hatiku, i senyap, i can forgive but its hard to forget. Bukan sengaja, but it will take some time for me to forget it. And i;ll tend to ignore that person until im back to normal again. Macam x baik kan?Ye saya tau, saya cuba utk tidak berlaku begitu.




2. Kenapa saya suka menggesa untuk cepat all the time? Macam x menyempat. (which is y sometimes frens dont prefer to go out with me especially shopping :P)

Kerana masa itu emas. EMAS.Kerana masa itu ibarat pedang.PEDANG. Sakit kalau terpotong. Saya percaya benda itu. Benda itu melekat di hati saya. I dont like slow things. I like to do multitasking. Buat banyak benda dalam satu masa. Kerana apa?Kerana saya ada target. I dont know about other people, but im trying to reach my goal. So i cant have people to slow me down. Sounds to be selfish. But we have to adapt la, kalau dah tau orang tu jenis yg mengejar masa, be tolerable la even if ur not a fast person but u have to understand la, ala x payah cakaplah, u pun tau masa tu penting. PENTING GILER. Cuba kita renungkan balik, stiap orang ada 24jam. Untuk 24jam, we can choose whatever we want to be in the world. 24jam mampu melahirkan seorang pemimpin. 24 jam mampu melahirkan seorang ulama. 24 jam mampu melahirkan bijak pandai. 24 jam juga melahirkan seorang yang LOSER. Yang mana kita nak jadi?Pilihla sendiri.

Tapi ye, orang akan kata, x syok la u ni, x chill la, asyik nak cepat je. But the thing is, IF WE FAIL TO PLAN, WE PLAN TO FAIL. plan itu apa? MASA. Buat apa nak luangkan masa untuk benda yang remeh sedangkan lagi bnyk benda yang besar tunggu kita kat luar sana. WHY? i pun x faham. Sedang cuba untuk memahami tp smpai sekarang tak faham2 kenapa suka berlengah and menangguhkan benda yang boleh dibuat pada masa tu jugak.
Saya pun x faham kenapa saya suka berlengah kalau bab belajar ='=.




3. Kenapa saya berkira pasal duit? Bukannya duit tu bawak ke kubur pun?

Kerana dunia di luar sana xakan bertoleransi dengan duit. Sebagap pelajar, yes its true, kita tak rasa dunia luar, dunia kerja, dunia rumahtangga. We still have our parents, ada kawan2. Tapi sampai bila? U have to be rough to survive out there. Tak semua orang akan belanja awak setiap masa. Tak semua orang akan tolerable dgn u stiap masa. Tiba masanya, u will understand. Kedekut dengan kawan? Bukan, boleh je nak suruh belanja. Saya belanja bila mampu. Cuma x mahu kawan2 sentiasa selesa dgn keadaan. Bila x keluar dari comfort zone, smpai bila nak belajar. I'd rather u dont like me rather than i dont educate u. Tak maula berjaya sorang2. We treat people like we want to be treated lah.

Kerana money can build or destroy seseorang itu. Kerana cara kita deal with money can determine akhirat kita mcm mana kan? Kerana setiap orang hidupnya berbeza. Kerana setiap orang, cara pengurusan kewangannya berbeza. Kerana saya lebih suka mengukur baju di badan sendiri, bukan kat badan ibu bapa. Nanti nak hidup sendiri, nak kawin, nak keja, semua kena manage sendiri. Kena ukur kat badan sendiri. Practice makes perfect kan2? Unless la kalau masih nak ukur kat badan ibu bapa up to u la kan. Itu hak masing2. So we have to menyenangkan semua orang la pasal duit. We have to be clear about money. Kena clear, kalau x akan timbul problem. Dealing with money bukan mudah. We have to understand that bukan semua orang senang. Walaupun kita rasa, ala singgit je pun, tp pandangan orang x sama macam kita. So x boleh la nak anggap semua orang sama macam kita. untuk senangkan semua orang, be clear la. Kira siap2, bayar cepat2. Everyone has their own thing with money u know. Dia xkan bgtau u semua benda, so kenapa nak menyusahkan keadaan. Jadi x usahlah kita meng denykan hak mereka yang sememangnya hak mereka. Susahke nak paham? It is common sense, x perlu nak cakap pun sebenanya. Tp kalau x cakap x paham pulak.




3. Kenapa saya macam buat muka x malu minta hutang dengan orang dan nak setelkan hutang cepat2? x kirala either saya hutang dgn org or org hutang dgn saya.

Kerana saya kesiankan orang tu. Ajal maut ni bila2 masa je. Kalau x jelas hutang, nanti roh tergantung x sampai sana...(betulkan saya kalau salah). Bukan sengaja, tapi nak memudahkan orang yg berhutang jgk. Manusia ni kan mudah lupa. Kalau dah ingat tu, ada yg malu pulak nak mintak hutang. Malu nak cakap tapi duit nak. Malu tapi mahu. Tak ke menyusahkan diri sendiri. Buat apa nak malu? Itukan hak anda.

Kerana saya orang berniaga. Bukan seorang yg berhutang dengan saya tp ramai. Nak ke x saya kena juga mintak kalau orang lupa sbb kalau x dari mana nak amik modal pusingan tu? Orang selalu cakap, ala sikit je pun hutang, bukan beratus pun. Tu awak sorang je my dear ;) Sometimes hutang orang dgn saya bila dikumpul mencecah hampir rm1000. Banyak bukan? So i need to do what i have to. Tapi biasanya saya minta smpai 3 kali je. Kalau dah cakap 3 kali pn x jadi, up to u la. Hutang u bukan hutang i. u tanggung la sendiri (tu bahasa kasar la, tp xdela ckp cmtu :P)

Apa pun saya berterima kasih pada kawan2 sbb mudah utk bayar hutang. So far so good. Boleh la... :) tq all.



4. Kenapa saya dah jarang keluar dengan kawan2?

Bukan sebab sombong. Bukan sebab x suka. Bukan sebab selfish. Bukan sebab mengada. Sebab saya rasa x perlu dan saya x sempat Saya kena capai target saya. Saya tamak ke? Saya berkira ke? Bukan,Awak berehat saya kerja. Awak belajar kadang2 saya kerja n saya dah penat so saya kena cari masa yg sesuai utk saya belajar. And most of the time, bila awak nak keluar, masa tu jugalah saya ada hal dan saya kena belajar. Kalau x bila masanya saya nak belajar? Kita kan ada jadual masing2, biasala kalau jadual x ngam nak buat mcm mana. Kena la respect jgk orang punya masa kan. SAYA HORMAT MASA AWAK, AWAK HORMAT MASA SAYA. kan senang mcm tu. Bukannya x keluar langsung pun kan. Saya keluar with frens bila sempat n pada masa tertentu. Kena ada restrictions la kan utk capai benda yang kita nak. We fail to plan, we plan to fail. As simple as that.



4. Kenapa saya rahsiakan benda tu and x cakap bnyk?sebab bajet org tu hebat sgt? sebab nak tunjuk alim?sbb nak tunjuk baik nak suruh org cakap suci murni?

Bukan, sebab benda tu adalah benda yg haram. Tak perlu nak dibanggakan kejahilan sendiri dan kesilapan sendiri. Sebab saya x nak kawan2 saya dapat saham sama bila mengiakan dan menyokong apa yg saya buat. Sebab saya cuba untuk x buat benda yang haram tu. Saya cuba, saya menyesal dgn benda tu. Im trying to change. Saya manusia biasa yang banyak salah dan silap. I believe that kalau dah depan public saya x malu untuk buat benda yg haram, kat belakang apatah lagi. Kalau dah depan kawan2 saya bangga utk bercerita, saya x akan malu untuk buat benda haram tu depan kawan. Utk cakap lama2 tanpa hiraukan kawan, utk msg lama2 smpai kawan cakap pun x layan. At least biarla iman yang nipis ni x hilang terus dgn bangga pada benda yg macam tu. Kenapa? xnak kawan2 doakan ke? Ye, nak. Nak sangat. Tapi biarlah bertempat. Doakan bila dah dapat undangan rasmi utk walimah. But for the time being, doakan utk saya menjadi lebih baik, utk tidak terus buat benda yang x elok tu.

Kalau ada kawan barula x buat benda yg x elok? Kenapa, nak saham sama ke buat benda haram? biar susah sendiri, xperlu mnyusahkan orang lain. I believe in that.Bukannya benda yang elok pun nak ajak kawan sama keluar ke sana sini. Sebaik2 manusia ialah yang bermanfaat kepada yang lain. Nak jadi yang itu, x mahu menyusahkan langsung. Apatah lagi nak mengajak buat benda yang jelas haram dan tidak elok. (tp ada ler jugak buat benda yg langgar peraturan dunia kadang2 :P)



5. Kenapa macam bajet giler nak buat list panjang2 ni? Macam bagus sangat?

Sebab saya sayangkan kawan2 saya.Ye saya skema, saya straight, saya strict. Saya ni orang akan cakap, ala dia tu, susah r, berkira, x syok la. Saya sanggup orang x sukakan saya asalkan saya rasa apa yg saya buat itu betul. Tak perlu melobi, x perlu menjadi pak turut untuk sekadar merasmikan kalimah persahabatan. Kawan yang sejati will be by ur side masa susah dan senang. Jangan risaukan yang itu.

Uhibbukum fillah sahabat2 ku. Maafkan saya and tq for being my friends :) :P.



Wednesday, July 6, 2011

Moga aku tergolong dalam golongan yang tidak meninggalkan solat...amin

Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.

2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.

3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.

4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.

5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.

2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.

3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.

4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.

5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.

6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :

1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.

2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.

3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :

1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.

2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.

3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :

1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.

2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.

3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.

Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: "Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: "Siapakah ini wahai Jibril"? Jibril menjawab: "Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu". (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

Sumber : Dari Buku Himpunan Fadhilah Amal - Maulana Muhammad Zakariyya Al Kandhalawi hal 107