<a href="http://www.zwani.com/graphics/welcome/"></a>
Tidaklah berjaya orang yang suka menuding jari dan mencari silap orang lain sebelum diri sendiri~

Sunday, February 26, 2012

what is happening?

Pada suatu hari, Cik A bertanya dirinya, bermonolog sendirian. Hatinya berbisik, untuk apa kamu hidup di atas muka bumi ini? Hatinya berterusan melantunkan pertanyaan demi pertanyaan, ibarat membuka horizon pemikiran untuk mengubah dan berubah. Cik A ingin melihat dirinya menjadi orang yang hebat, di mata Allah terutamanya. Hati Cik A yang resah berkata-kata lagi, apa prinsip hidup kamu? Mahukah kamu melihat saudara-saudara kamu, saudara seagama kamu, berada di takuk lama tanpa apa-apa perubahan? Berterusan hidup tanpa usaha menaikkan martabat diri dan agama? Hati berkasar, ia bertanya lagi, kalau ajal kamu ditakdirkan malam ini, sudahkah kamu melakukan semuanya? Atau masih ada hutang piutang dan urusan yang tertangguh?


Cik A menjawab monolog hatinya, beliau yakin menyatakan...


Aku hidup lillahi ta'ala. Aku tahu aku masih belum sempurna, namun aku mencari kesempurnaan itu dengan melakukan kebaikan sebaik sahaja terdetik di hati, kerana aku khuatir ajalku tiba sebelum sempat aku menunaikan kebaikan itu. Hanya Allah yang mengetahui isi hatiku.


Aku tak akan berada di takuk lama biiznillah. Hari ini akan lebih baik dari semalam, hari esok insyaAllah akan lebih baik jua berbanding hari ini. Aku tidak membiarkan diriku ditindas! Tidak sama sekali. Supaya aku paling tidak dapat membela saudara seagamaku daripada ditindas dari segi ekonomi mahupun apa saja. Aku bangkit menentang jika maruahku dipermainkan. Aku cuba berkali-kali mencari salah sendiri jika tidak bersetuju dengan sesuatu. Aku akan menjadi manusia yang hebat!



Aku sebolehnya tidak akan bertangguh terutamanya dari segi hutang. Aku takut, jika ajalku tiba, sebelum sempat aku melunaskan kewajipanku. Penat selepas bekerja keras amatlah berganda baiknya daripada penat akibat berehat.



Cik A selesai menjawab, hati beliau reda sebentar, mungkin meresapi apa yang telah dijawab.

Saturday, February 11, 2012

Ibarat irama dan lagu, begitu jua adab dan ilmu~

Assalamualaikum, Salam Sunday :)

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bangun dari tidur hari ni.

I read few articles from iluvislam.com and this is one of them.





ADAB MENUNTUT ILMU

Dalam usaha kita untuk menuntut ilmu, seharusnya kita mengetahui dahulu betapa perlunya adab-adab sebelum menuntut ilmu. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan kata-kata Ibnul Mubarak dalam sebuah kitab beliau:

"Aku memperlajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun. Dan adalah mereka (ulama') mempelajari adab kemudian mempelajari ilmu" [Mansuah al Adab al Islamiah : 15]

Pada pandangan saya, perlunya adab dan ilmu boleh diumpamakan seperti 'adunan untuk membuat roti'. Adab diumpamakan seperti gandum dan ilmu diumpamakan seperti garam. Hendaklah kita memperbanyakkan gandum berbanding garam namun nisbah tersebut haruslah sekata supaya gandum dan garam yang diadun sempurna nisbahnya. Dan ketahuilah, memperbanyakkan adab bersama ilmu yang sedikit lebih baik daripada memperbanyakkan ilmu berbanding adab yang sedikit.

Dalil Menuntut Ilmu

Dalam Surah at Taubah ada menyebut bahawa bukan semua di antara kita pergi untuk berjuang (berjihad). Makanya wajib sebahagian di antara kita pergi memperdalamkan ilmu agama. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)." [At Taubah 9 : 122]

Dan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada menyebut bahawa sekiranya Allah SWT ingin memberikan hambanya kebaikan, maka Allah SWT akan memberikannya kefahaman dalam agama. Perkara ini yang harus dikejar oleh setiap muslim agar dekat kepada kebaikan yang dijanjikan oleh Allah SWT dengan menuntut ilmu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama" [HR Bukhari dan Muslim]

Adab Menuntut Ilmu

01.Niat yang ikhlas


Menuntut ilmu bukan untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk mendapat kerja yang bagus, untuk dikatakan orang yang bijak atau pelbagai lagi niat yang lain melainkan hanya kerana Allah SWT. Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]

Niat itu sendiri memainkan peranan yang tinggi dalam sesuatu amalan. Setiap amalan kita akan dinilai oleh Allah SWT berdasarkan niat. Maka niatlah segalanya hanya kerana Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT tahu apa yang terdetik dalam hati tiap-tiap manusia.

02.Beradab dengan orang yang memberi ilmu


Imam Syafie pernah bekata:

"Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Kitab Majmuk, Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]

Pada pendapat saya dalam hal beradab dengan guru, ia memerlukan perbahasan yang panjang. Namun secara ringkasnya bagi kita sebagai penuntut, adab-adab ini haruslah disesuaikan mengikut situasi. Janganlah kita terlalu menghormatinya sehinggakan mengakui kesilapan yang guru itu lakukan dan janganlah juga kita terlalu memperlecehkan sehingga guru itu tidak ikhlas dalam memberi ilmu kepada kita. Hormatnya kita akan guru berubah mengikut situasi dimana hormatnya seorang kanak-kanak tadika dengan gurunya berbeza dengan hormatnya mahasiswa dengan pensyarah.

03.Bersabar dalam menuntut ilmu


Imam Syafie pernah berkata:

"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s: 237

04. Tulis setiap yang dipelajari


Sahabat Rasulullah SAW sendiri menulis jika ingin menuntut ilmu, adakah kita lebih baik dari mereka dengan tidak menulis apa yang dipelajari?

Abu Hurairah berkata:

"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR Ahmad dan Baihaqi]

05.Rendah diri


Imam Ahmad bin Hambal berkata:

"Kami diperintahkan supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s 274]

06.Menjahui dari kenyang yang berlebihan


Ibn Jama'ah berkata:

"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." [Kitab Fadhlu al Ilmi wa Adab Talabihi, m/s 222]

07.Tidur yang sedikit


Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." [Az Zariyat 51 : 15 – 18]

08.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam." [HR Bukhari dan Muslim]

PENUTUP:

Tiada adab yang lebih sempurna melainkan kita mengikuti adab Rasulullah SAW dan adab mereka yang segenarasi dengan Rasulullah SAW (sahabat), generasi setelahnya (tabi'in) kemudian setelahnya (tabi' tabi'in).

Saya menasihati para pembaca sekalian agar dalam usaha kita untuk menuntut ilmu agama, seharusnya memperbanyakkan adab-adab dalam menuntut ilmu. Namun adab-adab tersebut seharusnya jangan terlalu 'fanatik' sehinggakan memperbetulkan apa yang salah dari mereka yang kita hormati. Manakah yang kalian lebih cintai sama ada pemberi ilmu atau kebenaran? Dan kebenaran itu juga seharusnya dengan ilmu.

Hanya ilmu yang layak untuk menjadi pegangan kita sebagai ummat akhir zaman ialah al Quran, as Sunnah dan sunnah Khulafa' al Rasyidin seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang hidup sepeninggalanku nanti, maka ia akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh kerana itu wajib bagi kalian untuk berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah al Khulafa al Rasyidin yang terbina dan terbimbing. Berpeganglah erat-erat denganya dan gigitlah ia dengan gigi gerham." [HR Abu Daud, at Tarmidzi dan lain-lain]

Tinta saya hanyalah dari ilmu yang sedikit namun kerana kesedaran betapa pentingnya adab dalam menuntut ilmu maka saya kongsikan apa yang terbaik dari ilmu yang sedikit ini. Saya memohon dari para 'alim dari segala ilmu untuk menegur jika terdapat salah dan silap dari apa yang saya kongsikan ini. Sungguh tiada yang lebih benar melainkan dari al Quran dan as Sunnah Rasulullah SAW.

- Artikel iLuvislam.com

Biodata Penulis

Muhammad Salman Al Farisi Bin Muhammad merupakan pelajar Sekolah Menengah Islam Al Irsyad, Kuantan. Kini, beliau sedang menyambung pelajarannya di Maahad Buuth Islami, Kaherah, Mesir.

http://cintanota.blogspot.com/

Thursday, February 9, 2012

quick update~

Orang berjaya akan melakukan sesuatu yang tidak disukai oleh orang yang gagal. Walaupun nampak pelik, nampak macam katak di bawah tempurung, namun definisi kejayaan anda menentukan apa yang anda buat setiap hari!


Currently at the library accompanied by piles of notes for the first week. Saya punya azam baru bila masuk blok ni. What is it? Ye betul, nak habiskan revise and settle all the inquiries on those topics yang dah belajar in that very own week respectively. I cant be lame, I have enough time, I have 24 hours just like other people. Pemimpin2 dunia, ulama2 Islam, semua ada 24 jam kan. But what makes they succeed as who they are now? That is the differences. If I keep giving excuse, I wont be any steps further from where I am now.


I am ordinary person, x sama macam diorang2 yang hebat tu. Cut the crap. Allah jadikan manusia sebaik2 kejadian dengan potential beyond imagination. Kamu adalah apa yang kamu fikir. Jika kamu fikir kamu orang yang biasa, maka jadilah kamu among the commonary.


I am an extraordinary person. I will achieve what I want in this life. There is nobody who is responsible for my success or failure except myself. I wont blame anyone else except my very own self. My whole dependancy would be on Him.. O Allah, please help me to regain my potential and excellency, only You knows everything...




QOD:
Mari jadi orang berjaya. Berhenti merungut, buat sesuatu, sumbangkan sesuatu kepada agama, masyarakat dan negara. Berhenti menuding jari kerana itu adalah sebesar-besar perkara yang menunjukkan kamu tiada wawasan dan misi hidup. Kita yang bentukkan hidup kita, so ayuh! Jom berjaya dunia akhirat!

Tuesday, February 7, 2012

Santai lunch berjam2 sebelum PBL

Assalamualaikum.

Aa betul, ini Y2B3 sudah. Another 2 block n there it is, the first professional exam.

Block ini tinggi harapan, menggunung ke bulan ni..harap2 xde awan yang lindung cahaya bulan dari menerangi block ini.

Dari 11.30 tadi, g kafe, fotostat, beli makan, balik, xde letrik, bagus sekali.

Buka tingkap luas2, angin sepoi2 bahasa walaupun panas kat luar sana. Oleh kerana angin yang best, lunch pun jadi lama berjam2 sambil menghabiskan masa tengok fb bagai. Niat awal nak baca untuk PBL, haih.

Seriously, im putting a very high hope to excel in this endocrine block. No more excuse. Jadi mari kita lihat am i going to lose weight jadi model at the end of the block? Kan people suka relatekan kerja kuat dengan kurus haha. Nak jugak kurus, but bukan sebab jard work, tapi memang nak kurus pun. My definition of handling stress and hard work during studying was never successful in making me kurus kering macam orang sakit x cukup makan x cukup tidur. Tidak pernah. Period.