<a href="http://www.zwani.com/graphics/welcome/"></a>
Tidaklah berjaya orang yang suka menuding jari dan mencari silap orang lain sebelum diri sendiri~

Thursday, December 29, 2011

Jumaat terakhir 2011

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.

Jumaat terakhir. Apa yang aku buat? Ramai kawan balik rumah sempena cuti tahun baru sampai Isnin. But aku? Masih struggle, memaksa diri untuk mencari semula apa yang dah lama hilang. Mungkin tak diketahui, tapi masa ni ialah masa-masa kecemasan, masa genting dalam perjalanan hidupku sebagai pelajar perubatan. Aku cuba menguruskan hidupku sebaiknya, rasa macam xnak tidur malam pun ada. Nak study siang malam sampai puas hati. Hidup bukan hanya untuk study? Yer, tapi aku akan gagal tunaikan amanah kalau x buat yang terbaik.

Itu hakikatnya. Aku bergelar seorang pelajar, tapi kalau aku lalai, di mana tanggungjawab dan amanah yang terpaksa aku pikul? Memang mudah untuk menjadi ignorant, tapi memikirkan ini adalah amanah, untuk belajar, buat yang terbaik, usaha yang paling baik, aku harus buat. Pasal result lain cerita. Asalkan aku dah puas hati dengan usaha aku, itu dah cukup. Aku akan rasa lega, sebab dah tunaikan tnggungjawab. Dah lebih setahun, aku lalai. Semuanya sambil lewa sebab anggap semuanya harus balance. Tapi in d process of balancing, kadang2 aku gagal. Terlebih pada benda yang tak perlu. Itu salah aku. Aku mencari kesempurnaan, namun aku masih belum sempurna.

Tapi aku percaya, usaha akan mendatangkan hasil :). Life must go on. Tak boleh sentiasa meratap, hati kena kental! So jumaat terakhir, put a smile, and continue working yeah! Baca sampai lali tersengguk2 kat meja pun xpe, asalkan puas. Kerja sehabisnya, supaya hidup produktif dan balance. Menyerah diri seluruhnya, kerana hanya Dia yang tahu segala isi hatiku.



Aku tak mahu siakan satu saat pun masa ni. Aku akan rehat sepuasnya bila cuti nanti. So come on! Jangan sedih2, baru sikit dugaan ni, jom teruskan momentum, pecut laju2 sampai xde daya. Baru kental jadi student macam tu!

No comments:

Post a Comment