<a href="http://www.zwani.com/graphics/welcome/"></a>
Tidaklah berjaya orang yang suka menuding jari dan mencari silap orang lain sebelum diri sendiri~

Tuesday, August 16, 2011

10 manfaat lapar

Bismillah...


1. Menjernihkan hati, mencerdikkan otak serta menerangi penglihatan hati


2. Melembutkan hati yang membolehkan ia merasai kelazatan pengaruh zikir kerana apabila perut kosong boleh menghilangkan kekerasan hati yang menyebabkan zikir di lidah terus meresap di hati yang lembut tanpa ada halangan lagi


3. Merasa kalah dan hina serta menghilangkan perasaan bongkak, terlalu gembira dan kufur nikmat di mana semua sifat tercela ini menjadi penyebab kepada penyimpangan dan kelalaian daripada mensyukuri nikmat Allah


4. Sentiasa ingat kepada bala Allah di dunia dan siksaanNya di akhirat apabila merasai sendiri bagaimana peritnya lapar


5. Mematahkan keinginan nafsu serta menguasainya daripada melakukan maksiat kerana bahan yang menguat dan menambah keinginan nafsu kebanyakannya berasal daripada makanan


6. Mengurangkan tidur dan memudahkan untuk berjaga terutama dalam membuat ibadat


7. Memudahkan diri untuk menumpukan perhatian dalam beribadat kerana tidak banyak masa dihabiskan untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan makanan


8. Dapat menjaga kesihatan dan selamat daripada pelbagai penyakit yang terbit daripada makanan


9. Jimat dalam perbelanjaan harian apabila tidak banyak wang dihabiskan untuk membeli makanan


10. Membolehkan dia mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri sedangkan kerana orang lapar lebih memahami masalah dan penderitaan orang lain






Sumber: Blog Teh Secawan

No comments:

Post a Comment