<a href="http://www.zwani.com/graphics/welcome/"></a>
Tidaklah berjaya orang yang suka menuding jari dan mencari silap orang lain sebelum diri sendiri~

Monday, December 5, 2011

minggu 2, year 2, block 2

Assalamualaikum.

Minggu kedua = miserable. I was not managing my time very well. Banyak masa membazir dengan tidur. Pantang balik bilik nak tidur je kejanya. Business alhamdulillah tetap jalan. Tapi jadual terganggu pabila pihak yang janji nak hantar keropok mungkir janji. At the end of d week, mom n abah were being very helpful tolong their daughter ni pergi kilang n order. And terus hantar keropok kirim kat bus, which is a new route for my keropok untuk sampai lagi senang and murah! I like...! :D

Tapi rasa diri ini masih tak competent bila terpaksa menyusahkan parents. I cant stand of imagining ma and abah bersusah pergi kilang n berpanas masa nak kirim keropok. Made me sad actually. I have received enough from them, terlalu banyak jasa mereka pada saya semenjak kecil. Tak terbalas hingga ke hujung nyawa, n I decided to stop receiving bermula umur 18. It was time to start giving until now, n InsyaAllah forever. They gave me everything I ever wanted, I will now and forever give them everything that they want.. Dalam memoriku, tidak pernah aku dikecewakan. Mungkin aku dimanjakan, tapi manja yang tidak merosakkan which I am grateful sangat-sangat. Moga Allah menetapkan hatiku untuk menjadi seorang yang pemurah dan tidak berkira dengan keluarga. Moga Allah murahkan rezekiku supaya aku dapat memberi kepada mereka, walau sedikit, dengan apa yang aku usahakan sendiri. Moga Allah sentiasa jadikan aku seorang anak yang solehah, untuk berbakti hingga ke hujung nyawa. Give all that I can and I have. People may think, its not the time yet. Belajarlah dulu, u havent worked yet. Tapi sampai bila? Bayangkan kalau Allah tarik nyawa sebelum bekerja, sebelum sempat berbakti, sebelum sempat mereka merasa apa-apa. Aku tak sanggup. Sungguh, biarlah dalam memori mereka, aku sempat memberi walau sedikit, kerana mereka telah memberi kehidupanku, mereka membina aku sehingga kini. Hati sebak, mata berair, rindu menggunung :-(. Kahwin awal? Tidak, itu bukan pilihanku, namun aku tidak menolak perancangan Ilahi. Tapi biarlah, biarlah lambat, asalkan aku membahagiakan mereka sebelum selainnya, kerana mereka yang terutama, tanpa mereka aku tiada. Ku tautkan doa, aku takut, jika Allah ingin menguji, membolak balikkan hatiku untuk membelakangkan mereka. Ku pinta supaya hatiku kekal, kepada kedua ibu bapaku, selamanya. Aku bahagia, jika mereka bahagia. Keinginan diriku, perkara kedua. Kemahuan mereka akan aku turutkan, walau kadangkala, jiwa remaja memberontak. Tapi percayalah, kata-kata ibu bapa itu benar, akurlah pada mereka selagi mana tidak menyalahi agama. Berbaktilah kepada mereka, semampu kamu, kerana percayalah, Allah akan memberi yang terbaik kepada kamu, dunia dan akhirat InsyaAllah..

They are my world, and will always be. I love them, with all my heart, my soul, my life. So beware sesiapa yang biadap dan melukakan hati mereka with no concrete reasons, i wont tolerate! Kamu melukakan hati ibu orang lain, sama seperti kamu lukakan hati ibu sendiri.Bumi itu bulat bukan? What goes around comes around. Just remember that please.

Okay, sentimental bila bercakap pasal ibu dan ayah. Semua orang macam tu kut kan? Hehe. Today agak productive alhamdulillah. Tak banyak membazir masa. PBL siap. DSL siap. Categorize nota, siap. Yang belum siap, text seminar, compilation minitest, case discussion belum dapat soalan, nota banyak lagi belum revise. Going to do as many as I can tonight. Rindu dengan kesungguhan stay up untuk siapkan kerja. Rindu dengan semangat untuk mencari ilmu. Im searching for all that again. Walau sering gagal jadi rajin macam dulu, tapi takpe asalkan tak berputus asa. And one thing that I noticed, bila tido malam sebut nama Allah, pagi bangun automatik akan sebut nama Allah jugak. Besarnya kuasa Dia walaupun aku hamba lemah yang banyak melakukan dosa. Terasa Allah sentiasa sayang walau berkali-kali aku mungkiri janji. Ampunkan aku Ya Rabb..



Ingin lupakan semua kesalahan orang pada diri, ingin ingat semua apa yang orang lakukan untuk bantu diri ini, memudahkan perjalanan hidupku. Terima kasih dunia. Terima kasih Allah kerana berikan aku kawan-kawan yang baik. Terima kasih Allah kerana berikan aku kawan-kawan yang menguji aku, menjadikan aku semakin kuat dan memahami erti berkorban dan bertolak ansur. Diri ini kadang kala terlalu tegas dan strict, terlalu mengharapkan orang akan buat apa yang aku buat, sedangkan hakikatnya, no one in d world is the same... Allah tak akan merubah nasib diriku jika aku sendiri tidak berubah. The end.

No comments:

Post a Comment