<a href="http://www.zwani.com/graphics/welcome/"></a>
Tidaklah berjaya orang yang suka menuding jari dan mencari silap orang lain sebelum diri sendiri~

Wednesday, August 31, 2011

selamat hari raya

Bismillahirrahmanirrahim...


Raya pertama


Raya pertama di rumah baru. Syukur Alhamdulillah dengan rezeki Allah memberi kesenangan dunia. Moga kesenangan ini turut digunakan untuk saham akhirat. Gembira dengan kehadiran sepupu yang tidur di rumah. Ye lah, dulu mungkin tak berapa selesa, sekarang i'A, harap mereka gembira. Moga kehadiran mereka membawa barakah dan rezeki untuk kami sekeluarga. Ada juga yang tidak enak di hari raya. Ukhuwah tidak terjalin . Apa nak dikata, biasalah manusia banyak ragamnya bukan? Harap salah faham tidak berpanjangan. Tak apa orang tak baik dengan kita, asalkan kita berbuat baik dengan orang sepanjang masa. Walau apa pun, gembira kerana masih diberi kesempatan beraya dengan keluarga.



Raya kedua


Tetamu datang kejut tuan rumah yang sorang ni dari tidur. Haha malu bukan kepalang. Nasib boleh cover :P . Orang datang raya sakan. Suka walaupun dalam hati nak tidur lagi hehe. 1 pagi baru online tengok apa yang patut. Wah nampaknya ada kawan yang dah mula pre reading untuk kelas minggu depan. Bagus2. Malam tadi ada sesi luahan jiwa. Saya, cousins, and parents. Banyak benda diceritakan. Dalam hati,hurm gitu rupanya kisah keluarga.




Lesson of the day



Jealousy is the one of the worst thing that can happen amidst human being. Whatever the reasons are, nothing is exceptional to be the cause that allow jealousy unless we are jealous with the hope that we will be better people. What are the cause of jealousy? Sometimes, misunderstanding or the nature of the person herself. Nevertheless, it is so unlucky to be jealous of others without good reasons. You will not feel tranquility or harmony. If you feel that the person is better than you through a bad way, make it clear. Are you sure that he/she has done something bad for him/her to reach that position? If you are not sure of it, then be silent. Dont babble like you know everything as you actually dont. Recheck. Investigate. It is not good to be jealous without concrete reasons.



Yang pasti, tak baiklah cemburu ni, kecuali kita cemburu dengan niat nak jadi baik/kaya/pandai macam dia tanpa cakap benda tak elok atau buat benda tak elok pada dia. Kita usaha untuk benda positif. Kalau kita pasti yang dia tu kaya/pandai dengan cara tak baik, buat apa nak cemburu? Nampaklah yang kita pulak yang tak cerdik cemburu membabi buta. Dunia ini hanya sementara. Cemburu untuk amalan akhirat lagi bagus.



Self reflection

pernah ke cemburu pada orang lain selama hidup 21 tahun ni? Pernah kut. Sory la yer untuk semua2. Zaman tak matang, budak-budak tak fikir jauh. Haih.


Quote of the day (QOD):

Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah. Status dan pangkat semuanya duniawi. Semua itu sementara, semua itu tanggungjawab untuk dijawab di akhirat. Kerja bagus2 tak menjadikan manusia itu hebat dalam segalanya. Lagi banyak yang kita capai, lagi banyak sebenarnya yang kita tak tahu. Tak perlu berbangga dengan status yang bagus di mata masyarakat. Baik di mata manusia belum tentu baik di mata Yang Maha Pencipta. Siapa kita untuk merendahkan orang lain? Siapa kita untuk melabel diri sebagai serba tahu? Mungkin, mungkin kita rasa pekerjaan yang bagus, taraf hidup yang baik membuatkan kita lebih pandai, lebih tahu dari yang lain. Hakikatnya, adakah begitu? Kita mungkin pakar dalam sesuatu bidang, tapi tak bermakna kita pakar jua dalam bidang yang lain. Down to earth is the best way to live a life. Harta, pangkat, status yang tinggi, semua itu ujian Ilahi. Sedarkah kita akan hakikat itu?


Mood: sentimental Raya. Maaf zahir batin.

No comments:

Post a Comment