<a href="http://www.zwani.com/graphics/welcome/"></a>
Tidaklah berjaya orang yang suka menuding jari dan mencari silap orang lain sebelum diri sendiri~

Friday, August 12, 2011

Ramadhan Kareem

Alhamdulillah, its been 13 days of fasting in this month of Ramadhan.


What can i say? Alhamdulillah, tahun ini dapat peluang berpuasa penuh kat rumah. Belum tentu dapat macam ni lagi for the rest of my life kut? haha macam hyperbola, but then it is the truth. Study until 25 years old, pastu kerja yang penuh dengan on call segala bagai, then kawin pulak ehem2 kawin :P. Ye la, kawin, bila tu tak tau la kan, kalau jodoh sampai kawinlah,kalau ada rezeki kawinlah, (Ya Allah, kurniakanlah bagiku jodoh yang beriman dan mampu membimbingku ke jalanMu, Ameen.) Ye, ustaz cakap kena doa bnyak2 untuk jodoh yang kita nak.





Many things happen di bulan Mulia ni. kes JAIS vs gereja di Selangor tu pun tak reda lagi kan. Dalam buku La Tahzan by Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni, jangan meletakkan bola dunia di atas kepalamu sedangkan kamu hanya duduk di pembaringan tanpa berbuat apa-apa. Adakah perlu saya memikirkan perkara tu sedangkan there is nothing i could do to help. But at least, mengambil tahu, shows concern to Islam in this country. People are talking about the issue. Many versions, many opinions, sedangkan kita bercakap pasal agama, bukanlah pasal politik. Islam yang satu, Islam yang tidak menindas, Islam yang syumul. Kenapa perlu ada banyak versi berbeza sedangkan umat Islam patut bersatu atas kalimah yang sama, hukum yang sama. Apabila Islam mengatakan this, this, and this, then Muslims should say this as well. I dont think that there should be any more justification to that, unless isu ini telah dipolitikkan maka akan ada banyak versi yang berlainan bukan? Walaupun pada dasarnya, kita perlu sama atas dasar Islam, tapi kerana politik, kita jadi tidak serupa. It is bad when agama dipolitikkan. Tidak salah mengamalkan politik dari sudut agama (dua benda berbeza ok?), tapi adalah tidak wajar sesuatu isu agama menjadi bahan politik kerana setiap orang tahap ilmunya lain. Jadi mungkin akan ada yang tidak arif akan interpretasikan isu itu secara salah. Kerana itu, jangan mempolitikkan agama dan membuka ruang untuk kekeliruan antara umat Islam, dan tidak akan pernah timbul label Islam PAS, Islam UMNO jika agama tidak dipolitikkan. Yang perlu ada hanyalah label Islam. Muslims blame each other for the reasons behind the issue. Ceteknya. Tidakkah pernah kita bertanya pada diri, apa yang telah kita buat untuk Islam? Lebih buruk lagi, apabila yang sepatutnya bertanggungjawab, cuma tahu meletakkan silap pada yang lain. It is like, ketua batch patut jaga anak buah from things that is against Islam, but ketua batch menyalahkan dean kerana anak buahnya buat maksiat. Yes, it is true that dean is partly involved tapi siapa yang lebih utama? Takkan berjaya orang yang hanya tahu mencari silap orang lain. Itulah bahana politik. Kalau kita sendiri dah x percayakan jabatan agama sendiri, kita nak percayakan siapa? Selama ni JAIS tak relevankah dalam menjalankan tugas? Biarlah yg berwajib menjalankan tugas mereka, kenapa kita nak sibuk membantah? Mereka ada kepakaran, ada authority, ada ilmu dalam menjalankan tugas. They should know better of what had happened. And for those Muslims yang melihat isu ini dari sudut kebebasan beragama, pls recheck. Tak pernah kita menghalang non Muslims memasuki masjid cuma kena mengikut adab. Tak pernah ada yang menghalang nak masuk gereja ke kuil ke asalkan tidak menjurus ke arah murtad bukan? Kenapa perkara ini menjadi isu? Kenapa orang yang concern menyokong JAIS dikata macam2? Ada pulak yang kata, saje la tu nak nampak macam pejuang Islam entah2 diri sendiri pun tak solat. What is your problem der? At least adala jugak cahaya keimanan kat situ concern pasal Islam, doa2 kan la dia sempurnakan solat kalau dah conpem sgt dia x tunai solat. Yang duk mengata tu kenapa...

For me, berlainan pendapat dalam isu ini menunjukkan betapa umat Islam di Malaysia ni dah berpecah hanya sebab politik. When politics involves, nothing is certain anymore, even hal agama pun boleh dicakap macam2. It should not be an issue at all. Yang dikatakan alim ulama itu, nyatakan lah pendirian kerana the confusion must be stopped. Jangan hanya kerana kepentingan politik, kamu berdiam diri. Hukum Islam kan untuk semua?

Love Islam, bukan parti.


ps: Dialog ini diucapkan oleh seorang sahabat, akan ku ingat sampai bila-bila. Dialognya is 'Kita perlu buat solat hajat kerana PAS pun buat perkara yang sama.' My reaction was, terkedu. Alangkah baik jika beliau cakap, 'Kita perlu buat solat hajat kerana Islam pun menyuruh buat perkara yang sama'. Bagusla kalau PAS pun buat perkara tu, tapi, yang mana lebih utama?

Selamat beribadah di bulan Ramadhan.

Maafkan saya, tq for reading! :)

No comments:

Post a Comment