<a href="http://www.zwani.com/graphics/welcome/"></a>
Tidaklah berjaya orang yang suka menuding jari dan mencari silap orang lain sebelum diri sendiri~

Tuesday, January 31, 2012

holidays!

Assalamualaikum.

Been almost a week bercuti, baru nak post holidays! as if baru start cuti semalam :P

3 days final exam which started on 23rd onwards was totally over. I dont even wanna bring that up again coz i wasnt as excellent as i expected it to be. But nevertheless, I really hope the result would relieve me. And not to forget, yes, it was when everyone else was enjoying d CNY, we all bersengkang mata for exams and bersusah cari kedai untuk makan. Of cos la kan, UIA amat bagus buat exam time cuti umum like that grrrrr!

Thing to do for holidays!

1) movie marathon (memang jalan pun big smileee! )

2) 5 physio lectures ehem x berapa nak jalan

3) 4 anat lectures ehem going to do it

4) assignment read up haruslah, ini amanah orang

5) just enjoy life being with mom,dad n bro. Ah heaven!



QOD: officially ended it. IM A FREE BIRD! World waits for me!

Wednesday, January 18, 2012

Preclinical success!

If u ask medical students of IIUM, what makes them worry during preclinical years? Their answer will preferrably include SEMINAR! As for me, it was over, and praise be to Allah, it was superb and i loved every single moment of the journey and presentation ! :) Thanks lovely seminar mates, I could not have done it without u all. History of Surgery, the title of the seminar. Even though the title is on history, but please, do not worry, because we wont be presenting all on history... hehe that was the unforgettable lines of my part during d introduction of d team :D Here's a piece for me to remember, for u to enjoy!

Link to our Seminar Video:

http://www.youtube.com/watch?v=yhdmoJ1Z2xI

www.youtube.com
Ending Video of Seminar on "History of Surgery' by 2nd Year MBBS students of IIUM Kuantan: Irfan, Amirah, Nurul Ain & Farah.

Untuk saya dan kamu

P/s: share pada yang lain-lain.

Khusus buat:

Anak-anak yang bergelar pelajar perubatan (di mana jua anda berada)

Ibu dan ayah kepada anak-anak di atas.

Sedikit pesanan ini dinukilkan oleh seorang yang pernah menjadi pelajar perubatan (1986-1991), sudah menjadi doktor selama lebih 19 tahun, menjadi pakar O&G dan pendidik kepada ribuan pelajar perubatan selama 13 tahun. Namun belum berpeluang menjadi ibu kepada seorang pelajar perubatan lagi setakat ini.

Anak-anakku,

Kalian sebenarnya bertuah dipilih Allah SWT mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia. Apapun yang mendorong kalian membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kalian sudah sampai di sini! Betapa ramai rakan kalian yang mengidamkan kerusi yang kalian duduki sekarang ini.

Harapnya dorongan itu bukanlah semata-mata mahu mencuba nasib, memenuhi hajat dan hasrat kedua ibu bapa dan keluarga yang mahu seorang yang bergelar 'Doktor' dalam salasilah keturunan, ataupun ingin sentiasa bersama dengan rakan karib yang kebetulan juga mendapat tawaran yang sama!

Melihat betapa berlumba-lumba kalian merebut tempat di sekolah perubatan, rasanya seperti ada kempen "Satu Keluarga Seorang Doktor" lagaknya.

Jangan kalian terkejut nanti-dengan realiti pengorbanan yang mesti kalian lalui.

Perubatan adalah suatu lapangan yang perlukan komitmen pembelajaran sepanjang hayat. Kalian sendiri yang perlu mencetus keghairahan mahu menuntut ilmu, bukannya hanya berharap dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga pendidik yang menunjuk ajar. Kalian akan mulai mendengar perkataan "sel-directed learning-SDL", student centred education, life-long learning, community-based learning, inter-professional learning dll.

Pengajar kalian bukan hnya professor dan pensyarah perubatan, malahan yang bergelar PESAKIT itulah yang paling banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar. Para jururawat adalah mentor yang paling berpengalaman dan perlu diberi penghormatan.

Yang paling utama, akhlak kalian-menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor yang angkuh. Bertuahlah bagi kalian yang sememangnya sudah berbekal dengan didikan sempurna, penuh budi bahasa, tata tertib dan sopan santun yang tinggi semenjak dari rumah lagi. Malanglah kalian yang serba kekurangan dalam aspek ini, sekalipun kalian begitu cerdas mengumpul deretan 'A+' dalam transkrip keputusan peperiksaan saban semester.

Untuk para ibu dan ayah kepada anak-anak yang bergelar pelajar perubatan,

Mohon dipastikan kalian sudah menyediakan anak-anak kalian dengan baik dan sempurna-terutamanya terutamanya dalam aspek rohaniah dan akhlaqiah mereka. Mereka akan menjadi doktor perubatan-bukan calang-calang profesyen! Pastikan mereka menjadi pengamal perubatan yang tawadhuk dan sentiasa berhubung erat dengan Rabb..

Selitkan doa yang tidak pernah kunjung padam setiap masa dan ketika, moga Allah SWT memberi bimbinganNya buat anak-anak ini.

Sekiranya kalianlah menjadi SEBAB utama anak-anak ini berada di sekolah perubatan hari ini, sedangkan itu bukan minat dan keinginan mereka sendiri, bersedialah untuk meminta maaf kepada mereka-terutamanya jika mereka akan berhadapan dengan kesukaran dan keperitan memenuhi hajat dan cita-cita kalian itu. Sokong dan dokonglah mereka hingga ke akhir nanti-kerana cubaan dan dugaan yang perlu anak-anak ini hadapi bukanlah setakat semasa dalam latihan sahaja, malahan yang lebih mencabar adalah ketika terpikul di bahu mereka tanggungjawab dan amanah yang berat apabila bergelar doktor nanti!

InsyaAllah, kalian akan sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala bencana selagi mana penggantungan hanyalah kepada Allah semata-mata.

P.M. Dr. Hjh. Harlina Harlizah binti Hj. Siraj.

Sunday, January 1, 2012

2012

Bismillahirrahmanirrahim




Takut untuk menaip 2012. Usia bertambah, tapi amalan bertambahkah?

Bumi semakin tua, tapi sedarkah aku?

Kadang-kadang termenung sendiri, kenapa aku lalai dalam tugas dan tanggungjawabku...

Kenapa susah sangat untuk kembali seperti dulu?

Cakap memang senang, tapi hakikatnya motivasi diperlukan setiap detik!

Motivasi aku:

5 perkara sebelum 5 perkara. Dan yang paling terkesan di hati,


LAPANG SEBELUM SEMPIT.


It is about masa, kemahuan, peluang, kematian. Antara nak atau tidak, itu saja.





QOD:


Kadang2 tak faham kenapa perlu menyalahkan seluruh manusia atas sesuatu yang tidak disukai. Tak ada kah rasa untuk bertanggungjawab atas hidup sendiri? Kita, kita dan kita, sebelum mereka itu, mereka ini, mereka dan mereka dan mereka. Hmmm ur life, ur responsibility. Ur action, u bear d consequences. Jangan jadi manusia lemah, menyalahkan orang dan meminta simpati. It is useless.