<a href="http://www.zwani.com/graphics/welcome/"></a>
Tidaklah berjaya orang yang suka menuding jari dan mencari silap orang lain sebelum diri sendiri~

Wednesday, June 29, 2011

when the figure is a human, it means no absolute truth

When the figure is a human, then there is no meaning of absolute truth. Apa yang nak pertahankan sgt ni...Nak lawan hukum alam ke. Just be natural, yang salah cakaplah salah, yang benar cakapla benar. What is the problem? Tak paham den. Kata nak ikut agama kan :-) Orang buat baik cakapla terima kasih, jgnla asyik sangka buruk je, semua benda nak condemn. Kalau cakap x tau bersyukur kang marah pulak. Orang nak tunjuk cara beragama, ikutla, janganla degil sangat. Win win situation barula best duduk Malaysia aman damai harmoni sentiasa yo.

Xpola, den pikir hal sendiri dulu jo la yo, kita improve diri dulu mantop2 baru syok!

Simple, true is true and false is false.

Berfikir~

There are many things happening nowadays. Many issues, many versions, many thoughts and many more. Some are right and some are wrong. What should i do then?

Alhamdulillah, I've lived for 21 years and 3 months. For plus minus 19 years, i live here. This is my hometown. The place where everything seems to be seen as 'righteous' :) I dont care what the outsiders say. They are not from here, they dont live here, they only see from far away. Why should i care? They can say anything, but they dont go through it. So i believe what i believe. Experiences teaches me to decide. It taught me to see people in different perspective. I see, i hear, I feel. It is not the talks of an outsider that decides what i believe. It is not my parents who decides what i believe. It is what i observe for more than a decade.

You have to go through it, then u know what is right or wrong. You dont talk without prove. You dont talk based on papers. You dont admit that u do it if u actually dont.

From far, we wont see things clearly. From far, good things can be fake. But how would we know? Based on what people say? Nope. Observe and feel it, then u know.

Human is human. No one escapes from sin and mistakes except Rasulullah saw. NO ONE. We should realize that aren't we? And what should we do? We dont condemn, we dont insult, we dont say that they are kafir, we dont say that they are going to hell. Instead we correct them in a good way. Hari ini kamu mungkin di atas, namun esok lusa siapa tahu? Hari ini mereka mungkin muslim tp bukan mukmin, namun esok lusa muslimkah kamu, mukminkah kamu? Who are we to decide?

Bad things CANNOT be corrected by bad words. Lumrah. Agama, agama, agama. Kita mengaku Islam, orang lain bukan Islamkah? Mudahnya menjatuhkan hukum. Jasa tetap jasa, jangan kita lupa. Agama tetap agama, jangan sekali jadikan dusta.

Aku hormat orang beragama,
Aku hormat orang yang berjasa,
Aku hormat orang yang berjaya,
Aku lebih hormat orang yang BERJAYA MEMBUATKAN ORANG BERAGAMA.

Berfikir itu bermacam cara,
Berfikir itu ada pantang larangnya,
Berfikir itu untuk berjaya,
Berfikir itu bukan untuk membinasa.

Orang menegah bukan sengaja,
Orang menegah bukan sentiasa,
Orang menegah ada sebabnya,
Adakah kita yang telah terlupa?

Setan iblis menjadi bahasa,
Hina terkutuk menjadi bicara,
Bodoh bangang menjadi cara,
Adakah itu dituntut agama???

Bukan sengaja mahu berbicara, namun hati dalam dilema.

Hurmmm.

Tuesday, June 28, 2011

apa dah jadi?

Tutur katanya seperti pahlawan,
Lidahnya petah mengucapkan apa yang ingin dikata,
Namun aku terdiam tanpa bicara,
Lidahku kelu mendengar bicaranya,
Kerana mataku, akalku dan imanku menidakkan apa yang diucapkannya,
Aku tertanya2,
Siapakah dia, siapakah dia, siapakah dia,
Adakah alim hatinya seperti tutur katanya,
Adakah benar hatinya seperti yang dibicarakan,
Apakah benar ajarannya yang dikatakan agama.

Aku bertutur melalui mata,
Aku bertutur melalui akal,
Aku bertutur dengan harapannya tidak menyalahi agama.

Namun, aku HAIRAN!
Aku BIMBANG!
Aku sukar menerima bicaranya.
Kerana apa? Aku pun tidak mengerti,
Kerana ceteknya ilmu di dadaku? Kerana butir bicaranya yang tidak menyenangkan jiwa?

Perlakuannya melambangkan hatinya,
Biarpun bicaranya melambangkan sebaliknya,
Dia dianggap sebaik-baik manusia,
Namun aku yang berada bersamanya,
Tidak merasakan kebaikannya, tidak terserlah kehebatannya,
Adakah aku hanya melihat yang jauh nun di sana,
Ataupun sememangnya dia berdusta?

Aku tidak sekali mendengar dan menerima seadanya,
Apa yang didengar dicari buktinya,
Bagiku, A bukanlah A, B bukanlah B,
A dan B mungkin sebenarnya C?

Bicaranya kudengar sebelah telinga saja,
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Kerana aku tidak melihat bukti kehebatan katanya,
Perlakuannya tidak serupa,
Katanya berubah sentiasa,
Aku melihat, aku mendengar, aku menganalisa,
Aku bertanya imanku, aku bertanya akalku,
Pemikiran ini cuba dibuka seluasnya,
Mulut ini ditutup serapatnya,
Kerana apa?
Kerana aku tidak percaya,
Kerana agama tidak membenarkannya!

Aku tinggal di daerah ini,
Sejak lahir sehingga kini,
Aku tertanya apa yang dicari oleh manusia-manusia ini,
Sedangkan bukti itu sudah disaji?

Ku fikirkan, Ku hayati,
Apa maksud semua ini???

Sampai bila, sampai bila, sampai bila???

Pengalaman mengajarku mengenal insan dan durja,
Penilaianku bukan berdasarkan apa yang dikata,
Namun aku menilai melalui apa yang dirasa,
Sejak kecil sehingga dewasa,
Tiada apa yang dikata, dikotakan menjadi yang nyata.

Mereka boleh berkata apa saja,
Namun tidak mereka ketahui kebenarannya,
Pabila ditanya, di manakah buktinya???
Bibir terkatup rapat, membisu tanpa bicara.
Pabila ditanya adakah agama membenarkannya???
Wajah tertunduk kosong semata.
Pabila ditanya, mengapa berkata sesedap rasa???
Jawapan diberi seperti jenaka.
Kerana mendengar orang berbicara, kerana ibu bapa menanamkan cara.

Adakah itu yang dikatakan agama?
Adakah itu yang mahu dipertahankan?
Adakah itu yang mahu dibawa ke sana?
Adakah itu yang menjadi prinsip hidupmu?

Berbuatlah seperti apa yang dijaja,
Jangan diconteng arang ke muka,
Jangan sesedap rasa melontar bicara,
Kerana ahirnya bukan hanya diri yang binasa, yang tidak bersalah turut menjadi mangsa.

Aku sedih, aku kecewa,
Akal diberi tidak diguna,
Pendidikan yang tinggi menjadi sia-sia,
Amarah dijadikan tunjang agama,
Kata kesat dan nista menjadi biasa,
Adakah itu yang kamu katakan agama???

Ilmu ku tidak sebanyak mana,
Namun ku cuba,
Berbicara seadanya,
Kerana menyampaikan, itu yang dimintaNya.

Harapanku,
Cubalah berbaik laku,
Jangan berlawan sesama suku,
Apa yang tidak disukai janganlah dibiarkan berlagu,
Kelak menyesal tidak sebulu.

Apa nak jadi pada Malaysia?

Monday, June 27, 2011

pesan ma

Mother's words are always the best thing to remember. Either direct or indirect, they always show the right path that we should take. My mother selalu pesan or tanya:

- dah solat? sihat x? dah makan? belajar x hari ni? (yg last tu selalu susah nak jawab semenjak tua ni ='=)

- dont give problems to others. DONT. make sure jgn susahkan org lain, kalau kena mintak tlg jgk, balaslah dengan apa2. orang berbudi kita berbahasa. org dah susah2 tolong kita, buat baik dekat kita, bagila apa2. memang org jarang akan mintak balasan, tp kena pandai2 sendiri la fikir kesian dia spent masa n tenaga tolong kita. Barula orang x akan susah nak tolong lain kali. Bukanlah bermaksud nak gunakan duit n materialistik, tp at least it shows that we are concern tentang org yg tlg kita tu. Dia pun akan rasa senang hati untuk bantu lain kali. Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa kan2 ;) Its like, kadang2 bukannya formally said as tolong, but i think faham la kot. manners, manners, manners. Sometimes org bukannya nak sgt pun duit ke apa, but the thought and appreciation is important. We treat people like how we want to be treated la. Its like contoh when saya ajak orang keluar untuk teman pegi mana2 or settlekan apa2 urusan, my mom akan tanya either i ada belanja dia makan ke apa ke. kalau org tu guna kereta, ada bagi duit minyak ke x ke. Its like xpe kalau berlebih belanja sikit pun sbb kita yang ajak kan. macam I yang ajak dia keluar kan, habis masa dia lagi, xkan duit dia pun nak habis sama?dia sudi nak teman pun da bagus. Kalau saya berkira, my mom mesti cakap macam, "Hello, u yang ajak kan? xkan dia nak teman sesaje sampai kering tekak penat kaki n habis duit? unless la kalau dia pun mmg nak keluar ada tujuan jugak" (ayat rekaan semata) its common sense n manners. Kadang2 kalau kita x dibagitau mcm tu mesti x sedar kan. Its good to have someone yang remind u pasal benda2 macam tu all the times, like ibu2 kita semua ;)

- be independent. Sama la dgn point kat atas. Jangan bergantung pada org lain. Kalau terpaksa sgt bergantung pada org tu, make sure tau adab2 n cara2 nya. BE INDEPENDANT. if we let ourselves be too dependant on others, we will tend to be weak. Kita akan rasa terlalu secure smpai we dont even know our own capabilities. Sometimes, u just have to redah all the things. Kalau x, sampai bila nak bergantung pada orang. Sekali dua kali xpe, but kalau dah macam berkali2, org pun akan fikir jugak, bila dia ni nak matang ni? ='= . Mesti la dia x cakap depan2 u.

- jangan malu, no matter what. Malu biar bertempat. Buat apa nak pikir orang nak cakap apa? People will always talk. Asalkan benda yang kita buat tu betul, buat apa nak malu? Just be urself. Jangan malu, jangan malu, jangan malu. Masih ingat bila kecik2 dulu selalu kena suruh buat itu ini kalau keluar makan ke apa ke. Contoh, adik, pegi order makan kat depan. I jawab, malu la ma. Sah2 akan kena lecture dekat situ jugak ='=

Thats all yg ingat for the time being :P

Good night.

Sunday, June 26, 2011

revision

Health determinants.

Lecturer : Assoc Prof Dr Seikh Farid Uddin Akter
Subject : Epidemiology, first year block 4

Tonight, alhamdulillah i managed to revise a lil bit on Epid. Why Epid? Because that is the only subject which the notes are accessible and not in the box :P

Nevertheless, it was okay. I tried to concentrate and had better understanding on the topic. Yeah, it seems easy. Indeed, it is actually. But sometimes, i underestimated certain topics which i thought as common sense and could be spontaneously answered in exams. They are easy but y did i get d answer wrong in the exam? Sebab x concern n hafal semata huh. Seems like i really dont care ='=. Not purposely done, but sometimes, cant avoid myself from skipping certain words and lines which costs me free marks deduction especially in MCQ. Rugi kan?

HEALTH DETERMINANTS

saya faham:

It is defined as factors that influence the health of an individual either internally or externally. Means things that cause u to be healthy or sick, either the cause is from yourself or ur surrounding.

Internal Factors:

1. Heredity

2. Lifestyle

3. Socio-economic


External factors:

1. Environment

2. Health and other services

Yup it is true. There are only five. But if suddenly got blank in exam, even one can be impossible to remember kan.

Sesungguhnya, segala ilham itu dari Allah, dan kepadaNya Aku bermohon. Amin.

Friday, June 24, 2011

i love Islam

bedtime story maybe? very beneficial. A call upon myself as well.


THE NECKLACE


The cheerful little girl with bouncy golden curls was almost five. Waiting with her mother at the checkout stand, she saw them, a circle of glistening white pearls in a pink foil box.

“Oh mommy please, Mommy. Can I have them? Please, Mommy, please?”

Quickly the mother checked the back of the little foil box and then looked back into the pleading blue eyes of her little girl’s upturned face.

“A dollar ninety-five. That’s almost $2.00. If you really want them, I’ll think of some extra chores for you and in no time you can save enough money to buy them for yourself. Your birthday’s only a week away and you might get another crisp dollar bill from Grandma.”

As soon as Jenny got home, she emptied her penny bank and counted out 17 pennies. After dinner, she did more than her share of chores and she went to the neighbor and asked Mrs. McJames if she could pick dandelions for ten cents. On her birthday,Grandma did give her another new dollar bill and at last she had enough money to buy the necklace.

Jenny loved her pearls. They made her feel dressed up and grown up. She wore them everywhere, Sunday school, kindergarten, even to bed. The only time she took them off was when she went swimming or had a bubble bath. Mother said if they got wet, they might turn her neck green.

Jenny had a very loving daddy and every night when she was ready for bed, he would stop whatever he was doing and come upstairs to read her a story. One night as he finished the story, he asked Jenny, “Do you love me?”

“Oh yes, daddy. You know that I love you.”

“Then give me your pearls.”

“Oh, daddy, not my pearls. But you can have Princess, the white horse from my collection, the one with the pink tail. Remember, daddy? The one you gave me. She’s my very favorite.”

“That’s okay, Honey, daddy loves you. Good night.” And he brushed her cheek with a kiss.

About a week later, after the story time, Jenny’s daddy asked again, “Do you love me?”

“Daddy, you know I love you.”

“Then give me your pearls.”

“Oh Daddy, not my pearls. But you can have my baby doll. The brand new one I got for my birthday. She is beautiful and you can have the yellow blanket that matches her sleeper.”

“That’s okay. Sleep well. God bless you, little one. Daddy loves you.”

And as always, he brushed her cheek with a gentle kiss.

A few nights later when her daddy came in, Jenny was sitting on her bed with her legs crossed Indian style.

As he came close, he noticed her chin was trembling and one silent tear rolled down her cheek. “What is it, Jenny? What’s the matter?”

Jenny didn’t say anything but lifted her little hand up to her daddy. And when she opened it, there was her little pearl necklace. With a little quiver, she finally said, “Here, daddy; this is for you.”

With tears gathering in his own eyes, Jenny’s daddy reached out with one hand to take the dime store necklace, and with the other hand he reached into his pocket and pulled out a blue velvet case with a strand of genuine pearls and gave them to Jenny.

He had them all the time… He was just waiting for her to give up the dime-store stuff so he could give her the genuine treasure.

So it is, with God. He is waiting for us to give up the cheap things in our lives so that he can give us beautiful treasures.

Are you holding onto things that God wants you to let go of?

Are you holding on to harmful or unnecessary partners, relationships, habits and activities that you have come so attached to that it seems impossible to let go? Sometimes it is so hard to see what is in the other hand but do believe this one thing.

God will never take away something without giving you something better in its place.

scenario

dah sah. Dah hidang depan mata kot. What say u?

Thursday, June 23, 2011

books

Assalamualaikum~

its been a week since my holidays started. A week out of 3 months. Books. What about them?

- yet to touch all the textbooks and notes.

- finished wrapping all the new books (plus d old one yg dh lama 'naked')

- been planning to go to the library at my kampung tp belum pegi. I used to go there with my besties kat kg ni during secondary school form 1-3. Bila dah duk perantauan dah x pegi. Perantauan? ok, hyperbola di situ ='=.

- saliva meleleh2 tgk buku2 in pictures which my auntie cik eni post kat her fb. Im hoping to be a bookaholic (ada ke word tu? :P ) like her. Dulu kecik2 rajin sgt baca buku, bila dah besar x nampak dah buku2 itu haih.

- when im depressed, im hoping to replace the habit of eating to reading books to relieve the stress. boleh dapat ilmu, bukan dapat lemak.hmmm idea yg bagus. That explains why i become more sihat n sihat when entering uni and live as a medical student. stress = eat more and more until no more stress left = my current body weight. sobss :-(

- nak baca buku, nak baca buku, nak baca buku!

BOLEH X GANTI BUKU DENGAN MAKAN??? then baru boleh lose weight dengan bijak :O
To-do list:
Im going to Terengganu tomorrow morning insyaAllah. Going to visit a sick relative.

Monday, June 20, 2011

saje~

my beloved brother and mother went to the airport to pick up my abah terchenta who just came back from China. Abah called, said that he will arrive at around 7pm. Why im not going? Sebab pegi amik and balik terus. Kalau nak g meronggeng jgk after amik abah baru nak ikut. Heh perangai2, comey sungguh. Anyways, xpelah, i'll be waiting at home, cant wait to see my abah,tunggu abah bawak balik apa haha *dancing2* oo yeah!

Sunday, June 19, 2011

Good morning, it is stagnant!

Assalamualaikum :)

20/6/2011 ,jam 0726

stagnant means static right? its been a long time since the last time i used that word hoho. i seems to lost the flow and grammar of my english. dah berkurun x tulis essay or anything. (duk tulis jawapan dalam exam x abih2, mana de guna stagnant2 bagai ni haha)

well it is STAGNANT! geram gel ngan diri sendiri. Anatomy, Physio and other books are waiting to be taken out of the boxes. (take note: boxes. BOXES) Meaning that i havent touched then till now haih ='=. But ada buat improvement sikit semalam, i did open my pink bag and took out 'How To Be A Successful Medical Student' by Prof Muhaya Mohamad the famous host of 'Dari Mata ke Hati' (ye ke tajuk tu gitu?rasa betul dah :D). Actually i have finished reading the book before, but the content is still inspiring every time i read it. Writing by heart will produce such a great masterpiece of course :-).

It is a lovely morning. Nak share something with those who happen to singgah kat my blog hehe (macam bajet ada org nak baca my blog haha. xpe, dah nama bajet kan :P) But actually nak copy paste something so that i can easily find the article here when i need it in the future.

- Artikel iluvislam.com

Pelajar Cemerlang ;-)

Anda inginkan petua-petua untuk menjadi pelajar cemerlang walau di mana sahaja anda berada?

Apa kata kita renungkan kembali beberapa petua atau tips kejayaan yang telah Allah SWT titipkan di permulaan surah Al-Mu'minun, surah yang ke-23 di dalam lembaran Al-Quran.

01.Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." [23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." [23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan.

Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

04.Prihatin sesama kita

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." [23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. Sharing is caring.

05.Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." [23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau berchatting dengan kawan lelaki/perempuan anda.

Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

06.Jujur, amanah

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

07.Tepati waktu

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." [23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." [23:10,11]

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." [2:201]

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." [2:202]


nota kaki: saya suka belajar. saya nak belajar. saya akan belajar bersungguh2 ! Fighting!

Saturday, June 18, 2011

latih diri tidur awal~

as mentioned in the title, please sleep early everynight. (macam no point hoho nampak beno kebosanan di situ)

before indulging in sound sleep and beautiful dreams, make sure we do certain things and make it as routine:

1) check ur debt. Ada hutang x? Langkah berjaga2 in case Allah ambil nyawa semasa tidur who knows kan. Nanti x pasal2 roh x sampai ke sana hurm nauzubillah...

2) common routines, basuhkakigosokgigicucimukaambilwuduk. :)
(penyakit malas nak space maafkan saya ='=)

3)sebelum pejam mata, baca doa, maafkan everybody supaya orang akan maafkan kita juga :)

4) niatkan untuk bangun awal supaya x terlepas Subuh,

5)Bismillah, tidur ;)

p/s: sedang cuba untuk menulis penuh2 tanpa short form. But it makes d flow a bit weird huhuuuu

GOOD NIGHT world :D

Friday, June 17, 2011

second day of hols ~



harus mula belajar hari ini. tidak boleh tidak.

Nevertheless, the spirit hasn't come yet, orang kata, belum sampai seru heh, alasan semata ='=.

woke up in the morning, did what u normally have to do, and came out to the living room, the stuff that i brought all the way from Kuantan were still piling up on the floor. adeh, bila nak kemas ni? But acting heartless, going back to the room, switch on laptop and open fb and blog. patutkahh??? (tanda seru xleh lebih 3 kali,cikgu kata stiap benda afdhal 3 kali :P)

SEMANGAT DATANGLAHHH pls i need u like REALLY need u!

Assalamualaikum. Its holiday!

blog dah ada habuk 2 3 inci.

Cleaning process begins now.

sapuan pertama:

what to do for d whole 3 months holiday? (i've never dream to get this such LONG bangat holiday) I mean like NEVER. normally 2 or 3 weeks is the longest. macam pathetic kan ='=

list to do for holidays:

1) sleep like a princess who has nothing to do except being waken up by her prince. (pls tell me that its not hyperbolic)

2) study like CRAZY to revise everything for d hectic lost first year in medical school. (i believe i will, insyaAllah)

3) learn how to cook. (dont worry, im not going to be married any sooner) betul ke english i ni?mcm pelik ajo.xpe, broken, dr samsul ckp, medical students should just talk talk n talk, u r not in medical school to learn english. tq dr, point taken :D haha.

4) master all games :)

5) do house chores everyday, want to be a helpful and ringan tulang daughter during holiday, Allah pls help me.

6) try to lose weight. (why is it the last in the list? tell me. haha)

sapuan kedua:

FIRST YEAR OF MEDICAL SCHOOL HAS ENDED. Alhamdulillah, and yeay me! :) and us (refers to my batch, Zenith14 ;) ) congrates tu all. u guys had been working so hard and did a very great job. The effort shown was remarkable. Its barely tercungap2 (x tau word tu in english, cant think of it right now) to catch up with u guys, the extraordinary students yg amat rajin especially those distinction holders. mereka amat awesome, n i believe hard work, rezeki and doa from Him makes everything possible :) i want to be like them. YES, I DO.

For those who didnt make it through the first year, i believe that Allah has set the best for u. Just believe in Him, u all will be just fine ( bak kata dr jamal) ;)

sapuan ketiga:

x boleh tulis banyak2, nanti xde idea nak update blog tiap2 hari untuk cuti 3 bulan ni haha. tq.



want to complete aim no 4 in sapuan pertama. wish me luck! (patut ke? haha)

good night.