<a href="http://www.zwani.com/graphics/welcome/"></a>
Tidaklah berjaya orang yang suka menuding jari dan mencari silap orang lain sebelum diri sendiri~

Sunday, October 9, 2011

versi kurang adab sopan

Anak dara Melayu, cakap apa pun kena sopan. Nak cakap benda yang tak disukai pun, haruslah bersopan. Kalau tak terus direject dari senarai calon menantu. Tapi anak dara Melayu pun manusia jugak, tak selamanya akan sentiasa bersopan, apatah lagi bila berhadapan dengan kepala batu mulut jahat yang tak pernah kenal kelembutan adat orang Melayu. ok, artistik bahasa itu.Apa nak dikata, apa nak disampaikan? Benda senang yang anak dara Melayu kena tahu ialah, tak perlu berlembut selalu, nanti akan ditindas dicincang lumat-lumat oleh si mulut laser yang tak mengira musuh. Contoh,

(kau ni kenapa cool aje selalu, orang cakap apa pun kau tak kisah?)

Makanya anak dara Melayu haruslah senyum simpul memaniskan muka sambil menjawab,tak apalah, biarlah orang bercakap, saya tak kisah.. :), di penghujung bicara haruslah ada senyum lagi.


(Oii pompuan, ko mulut jaga sket ek, aku memang tak puas hati dengan kau ni. Lembut konon, bikin panasss je hati aku tengok kau ni!)

Makanya sekali lagi jawablah anak dara Melayu,kenapa awak tak puas hati dengan saya..cakaplah, apa salah saya? :(. Teruslah bertukar ke melodrama yang sedih kerana tidak tahu asal usul dirinya dibenci. Haruslah sedih ye kerana itu adat anak dara Melayu.




Namun, anak dara Melayu haruslah jua mengikut kelantangan bahasa anak dara omputih. Bukan nak suruh mencarut, tapi supaya anak dara Melayu boleh terus berdiri mengharungi hidup bahagia di sisi si laser si laser yang berhati dengki itu.



(kau ni kenapa cool aje selalu, orang cakap apa pun kau tak kisah?)

Apehal aku nak peningkan kepala lak orang nak cakap apa? Lantakla diorang ada mulut, diorang yang busuk hati, bukan aku yang salah pun. bukan aku yang dapat dosa fitnah dan mengumpat pun. Dapat pahala ada la hewhew :) Selepas bercakap selantangnya, haruslah anak dara Melayu mengekalkan adat senyum di penghujung bicara. Harus diingat yang itu wahai anak dara Melayu.

(Oii pompuan, ko mulut jaga sket ek, aku memang tak puas hati dengan kau ni. Lembut konon, bikin panasss je hati aku tengok kau ni!)

Weiii, dah aku memang baik dan lembut dan disukai ramai, ape ko jeles sangat ni??? Ko tau bab panas hati ko je?? Yang menggelegak hati aku tengok pompuan busuk hati macam kau ni ada ko kesahh?? Tengok cermin r beb, takyah duk tengok kain orang lain. :/ Makanya bunyi seperti kurang adab sopan, tapi perlu untuk anak dara Melayu kadang kala berkata begitu kerana kalau sentiasa berlembut, 100 tahun pun belum tentu si laser itu faham perkara yang cuba disampaikan anak dara Melayu yang penuh sopan dan tatasusila itu.




Sekian sahaja cerekarama dunia kesopanan dan ketatasusilaan pada hari ini.



QOD: penat berilmiah sentiasa.

No comments:

Post a Comment