<a href="http://www.zwani.com/graphics/welcome/"></a>
Tidaklah berjaya orang yang suka menuding jari dan mencari silap orang lain sebelum diri sendiri~

Saturday, July 30, 2011

the value of saying thank you.

Salam..

Dalam Islam dan juga secara logiknya, apabila orang memberi, kita seharusnya mengucapkan terima kasih bukan?

Memang rezeki itu semuanya dari Allah, namun medium perantaraan itu kita anggap sebagai orang yang memberi.

Dengan ibu bapa, kita ucap terima kasih walaupun kita tahu bahawa rezeki itu dari Allah.
Dengan orang asing atau non muslims, kita ucap terima kasih walaupun kita tahu bahawa rezeki itu dari Allah apabila menerima sesuatu kebaikan.

Dan atas nama rezeki itu dari Allah juga, kenapa pelajar tidak berterima kasih kepada kerajaan atas biasiswa yang diberi? Susahnya mereka mengucapkan terima kasih hanya kerana bencikan kerajaan. Lawaknya. Hipokrit tak habis-habis. Adakah politik menghalalkan segalanya dan menjadikan mereka orang yang tidak bersyukur? Memang tidak perlu menyokong segalanya, tapi ucaplah terima kasih atas bantuan yang kamu terima.


Atau lebih senang, berikan biasiswa yang kamu terima itu kepada yang lebih berhak supaya lebih selesa untuk kamu memburukkan nama negara di mata dunia. Orang akan lebih hormati kamu jika kamu berbuat demikian. Berani buat, berani tanggung. Bila senang, bagai kacang lupakan kulit. Bila susah, tahu pula nak merayu. Biasiswa yang diberi untuk menyenangkan pelajaran, bukan untuk burukkan nama negara. Buat benda tak tahu berfikir. Bunyi macam kasar bukan? Tapi itulah kenyataan yang berlaku. Tangan yang memberi digigit tanpa berfikir dua kali. Alangkah baiknya duit itu diberi pada yang lebih memerlukan, yang miskin, yang betul2 nak belajar.


peribahasa hari ini:

kalau rasa mampu dan berani sangat, carila duit sendiri sambung belajar yop. Baru namanya BERANI. baru orang hormat pendirian kamu.


cukai rakyat tu...mana bleh guna main2...kalau ada yang tak halalkan kamu gunakan duit tu untuk burukkan nama negara kat negara asing, mcm mana? (mestila ada tax payers yang marah guna duit diorang sesuka hati. x gitu?)

No comments:

Post a Comment