<a href="http://www.zwani.com/graphics/welcome/"></a>
Tidaklah berjaya orang yang suka menuding jari dan mencari silap orang lain sebelum diri sendiri~

Saturday, July 9, 2011

adakah saya cetek ilmu atau ini sememangnya dinamakan menggadaikan agama?

Bimbangnya rasa hati, sedih. Alasan banyak diberikan. Mereka jahat, mereka tidak mendokong Islam, mereka bukan ulama, mereka bukan khalifah. Namun adakah itu sebab kamu sanggup menggadaikan Islam, hanya kerana mereka seorang muslim yang bukan mukmin? Sejahat2 mereka, mereka masih saudara kamu, seorang muslim...Sejahat2 mereka, mereka masih keluarga kamu bukan...Ini bukan kerana siapa betul atau salah, ini adalah bangsa dan agamu kamu! Di mana Islam jika tiada Melayu? Itu hakikatnya. Didiklah mereka, tegurlah mereka, namun jangan gadaikan agamamu hanya kerana bencikan mereka...

saya cetek agama, betulkan saya kalau salah...

a real situation~


Bila ALLAHUAKBAR Mengiringi Pemimpin Kafir
Walaupun banyak perkembangan baru dalam dunia politik kita dalam akhir ni terutamanya persetujuan bersama kerajaan dan Bersih untuk diadakan perhimpunan dalam stadium, fikiran saya masih diganggu dengan senario 3 hari lepas.

Setiap perkembangan politik itu cuma luaran saja, yakni tindakan yang dimanifestasikan oleh minda sipelaku. Kalau tak puashati yang ini, akan dibuat yang itu. Tindakan berubah namun apa yang lekat diminda masih sama. Siapapun yang menang atau kalah pada 9 Julai nanti, apakah akan berubah minda orang Melayu ? Apakah akan berubah halatuju perjuangan orang Melayu ? Apakah ramai atau sedikit mereka yang berdemo akan memberi kesan kepada sokongan Pakatan atau BN ?

Mungkin sebab itu fikiran saya sering memainkan kembali senario 3 malam lepas. Layan jelah saya ulangi semula senario semasa ceramah Pas di KT baru ni

' ALLAHUAKBAR ! ' seru pengacara majlis yang memberhentikan celotehnya tatkala menyedari kehadiran seorang pemimpin ke majlis itu dan setelah diperkenalkan kepada hadirin siapa orangnya dan laungan ini disambut penuh semangat oleh ribuan para penyokong Pas, 'ALLAHUAKBAR ! ' Tersentak saya dengan cara sambutan yang diberikan oleh ribuan umat Islam terhadap kehadiran pemimpin yang sedang berjalan masuk ke majlis ceramah, diiringi beberapa pengikut Pas yang membuka jalan buat beliau.

Terkejut kerana yang berjalan masuk itu bukan Mat Sabu, bukan Haji Hadi atau mana-mana pemimpin Pas tapi Lim Guan Eng dari Dap ! Tidak ada kesilapan dipihak hadirin akan identitinya kerana namanya diumumkan dengan jelas sebelum takbir dilaungkan.

Takbir suci 'ALLAHUAKBAR' yang menyaksikan kebesaran Allah Yang Maha Agung, Maha Esa, Maha Besar ditujukan kepada pemimpin tertinggi Dap ? ? ? Seorang pemimpin kafir ?

Saya mungkin cetek sejarah Islam, tapi apakah perkara sebegini pernah berlaku dizaman Rasulullah atau dizaman Khalifah-khalifah Agung ? Atau dimana-mana zaman pemerintahan Islam sebelum ni ? Atau hanya di Malaysia saja ?Atau hanya orang Melayu saja ?

Jika pernah berlaku sebelum ini, siapakah pemimpin kafir itu yang menerima penghormatan setinggi itu dikalangan umat Islam ? Apakah Lim Guan Eng setaraf, sama besar kehebatannya dan sumbangannya kepada Islam ?

Jika tidak pernah berlaku dan hanya unik diMalaysia, apakah alasannya kalimah ALLAHUAKBAR itu ditujukan kepada Lim Guan Eng, seorang pemimpin kafir ?

Sepanjang ceramah LGE malam itu, saya berikan tumpuan kepada reaksi hadirin. Saya akui kepetahan LGE berucap, beliau pandai menggunakan punchline, berhenti dimana yang patut, dan pandai memainkan perasaan hadirin. Dan setiapkali LGE mengenakan pukulan smash tajam kepada lawan BN, ia disambut dengan ALLAHUAKBAR dari penyokong Pas.

Seorang pemimpin kafir masuk ke kem Islam dimana hadirinnya 100% umat Islam, mengutuk musuh politiknya yang beragama Islam dan diberi takbir oleh umat Islam ? Astaghfirullah ......

Politik pun politklah juga tapi kenapa ketahap begitu hina sekali umat Islam Pas meletakkan diri mereka sendiri didepan seorang kafir ? ! Apakah takbir ALLAHUAKBAR itu kerana terlalu sering dipolitikkan , ia telah hilang maksud dan kebesarannya ? Kini sekadar satu seruan politik Pas yang tidak punya signifikan keagamaannya ?

Atau ALLAHUAKBAR diceramah politik tidak sama dengan ALLAHUAKBAR yang diucap dalam solat ? Terjemahan yang sama tapi maksud yang berlainan ?

Kalau sama maka apakah justifikasinya seorang pemimpin kafir seperti Lim Guan Eng diberikan perhormatan sedemikian tinggi sedangkan sepatutnya ucapan laknat yang lebih tepat diberikan !?

Saya dapat bayangkan pada 9 Julai nanti, perkara yang sama akan berulang tapi pada skala yang lebih besar. Waktu itu puluhan ribu umat Islam akan bersama-sama bertakbir ALLAHUAKBAR , zikrullah yang berkemundang bergema satu stadium mengagungkan pemimpin kafir. Dan bergema juga zikrullah ALLAHUAKBAR tiap kali pemimpin-peminpin kafir itu mengutuk pemimpin Islam .........

Hanya di Malaysia saja dan hanya orang Melayu saja yang mampu lakukannya.

No comments:

Post a Comment