<a href="http://www.zwani.com/graphics/welcome/"></a>
Tidaklah berjaya orang yang suka menuding jari dan mencari silap orang lain sebelum diri sendiri~

Wednesday, September 7, 2011

:)

Bismillah...


Dengan nama Allah Tuhan yang menciptakan...hidup dan matiku telah ditetapkanMu...



Berani kerana benar, takut kerana salah.




Diam tidak bermakna mengalah, diam kerana tidak mahu melayan.



When we strongly feel that someone has wronged us, the best way to settle it is by confronting in a good manner. It is useless to mengata macam2 hanya kerana kita rasa kita benar. Adakah benar kita benar? Adakah kebenaran itu membenarkan kita berkata buruk kepada orang lain?


Hurm, 21 tahun aku hidup, macam-macam perkara yang dilalui. Namun, hidup tidak selalu indah. Yang kita sangkakan permata, dengan sekelip mata boleh menjadi kaca. Hidup is all about surprise and acceptance kan? :)



Tapi, syukur, Allah memberikan ujian untuk menjadikan hambaNya kuat. Allah berikan ujian untuk hambaNya sentiasa mengingatinya. Allah memberikan ujian untuk kifarah dosa. Allah berikan ujian untuk kita sedar akan hakikat kehidupan yang sementara.



Aku berharap segala yang buruk tidak akan berpanjangan. Aku sudah menjelaskan segalanya, namun terpulang kepada mereka untuk melihat yang mana. Kerana truth will prevail, janji Allah itu pasti. Aku diam kerana tidak mahu memenangkan syaitan yang bersorak gembira dengan perselisihan. Aku sudah menyatakan dengan terbuka. Aku tidak takut kerana aku di pihak yang benar. Allah menjanjikan ketenangan sekiranya kita berada di jalanNya kan...kadang-kadang, memang hati diduga, kesabaran teruji. Action speaks louder than words...kita tidak perlu risau kan.





Aku sayangkan mereka, kerana mereka darah dagingku. Air dicincang tidak akan putus. Kenapa perlu dipanjangkan perkara yang kurang elok? :) sukakah kamu? kamu ingin menangkah? Terpulanglah, menanglah di mata manusia jika rasa itu yang terbaik. Tapi jangan, sesekali memfitnah. Jangan. Kerana ia lebih teruk dari membunuh. Bagiku, aku tahu kata hatimu menyatakan yang baik-baik, kerana aku ingin percaya yang kamu orang baik-baik. Kerana aku ingin percaya yang aku bersaudara dengan orang yang baik-baik. :) Aku terbuka untuk perbincangan. Jika kamu ingin aku mendatangi kamu, maafkan aku, kerana aku telah menjelaskan semuanya. Turunkan egomu kerana orang lain juga punya maruah. Dengar kata hatimu yang suci, dengar kata akalmu yang bijak, percaya dengan ketentuan Ilahi. Aku amat berharap, segalanya selesai, kerana kamu tetap dekat secara jasmani mahupun rohani. Aku sudah banyak mengalah, maka jangan diuji lagi kesabaranku. Kita semua sama di sisiNya, itu hakikatnya. Aku mengingatkan diriku dan dirimu jua kerana aku sayangkan kamu. Kerana aku lebih sayangkan sejarah manis yang telah tercipta.






Ajal mungkin menjemputku bila-bila masa sahaja. Jadi marilah kita bersama kembali, seperti sediakala. Kerana walau apa pun, kamu tetap darahku. Darah kita berdua tetap sama. Sekiranya masih lagi kamu tidak berpuas hati, datanglah padaku, kerana kedatanganku padamu tidak kau hiraukan , malah dianggap tidak setaraf denganmu. Tak mengapa, mari kita tinggalkan ego, kita berbicara seperti orang berilmu.



Dengan nama Allah, aku menyatakan yang hak dan benar kepada kamu. Tanyalah hati kamu, adakah aku jahat begitu? Adakah aku tergamak memperlakukan kamu begitu? Kamu perlu mendengar keduanya, bukan yang satu itu sahaja. Kerana apa, kerana itu cara orang yang waras dan berilmu. Kerana itu cara seorang hamba Allah menjalani hidupnya. Aku sayangkan kamu, aku tetap akan menerimamu, kerana darah kita tetap sama. Tetap sama. Tetap sama.




QOD: hidup itu indah dengan cubaan dan dugaan :)