<a href="http://www.zwani.com/graphics/welcome/"></a>
Tidaklah berjaya orang yang suka menuding jari dan mencari silap orang lain sebelum diri sendiri~

Saturday, July 2, 2011

lemongrass :)

Salam,

Sejak semalam, berulang kali cakap dengan ma,"Ma, adik nak tanam serai." Diulang-ulang sebab tiba2 rasa minat. Actually, i saw a drama few days back. n in that drama ada tunjuk dia tanam serai. Furthermore, in my mind dah set macam senang n best je tanam serai ni. Malam tadi pulak tetiba Majalah3 ada story pasal tanam serai. Ada jodoh ni!!! Saliva meleleh2 gatal tangan nak tanam serai. Hati berbunga2 terbayang perasaan bila tanam serai. Fikiran merewang melayang2 memikirkan bisnes serai. Terbayang ada kebun or tanah yang luas dengan serai2 yang subur.

Cakap with my abah, nak tanam serai. Dah x terkira berapa kali ulang cakap nak tanam serai. Abah tanya, sapa nak jaga nanti? Dalam hati, aa la betul jgk, hehe. Dahla balik cuti pun jarang2 jer ='=

Nevertheless, perlu mula langkah pertama! Dulu pun masa nak start jual topup takut jugak x balik modal. Dulu masa nak start jual keropok pun takut jugak, takut x habis. Dulu masa nak start buat delivery pun ragu2 jugak, takut x sempat belajar. Dulu masa nak amik order jual cadar kat pj pun risau, boleh ke aku ni? Tapi at last berjaya jugak alhamdulillah :) Topup dah masuk tahun keempat jual, keropok dah boleh mintak lori hantar order smpai 1000, delivery insyaAllah akan disambung lepas cuti, bisnes lain dalam perancangan insyaAllah ;) (kena cakap kemampuan sendiri baru motivated sket! :o ;)) xpe Amirah, cuba dulu. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!

Apa langkah pertama untuk my beloved dear lemongrass??? With limited space and capital, nak tanam belakang rumah je lah dulu. Untuk menanam itu, abah cakap kena siap ratakan tanah n the best is tunggu rumah belakang siap dulu, which is agak delay my plan ='=. So esok nak rajinkan diri utk g tolong ratakan tanah (sebelum ni nmpak sangat malas :p). Lemongrass here i come!

This is some info about it:

Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogen citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang selalunya digunakan dalam masakan di kalangan masyarakat Asia terutamanya masakan Thailand, Kemboja,Vietnam) dan Caribbean. Kebiasaannya seraiditanam dibelakang2 rumah dan di gunakan apabila surirumah merancang untuk memasak masakan terutamannya Tomyam ataupun Rendang. Selain daripada itu serai juga digunakan dalam rawatan aromaterapi. minyak pati yang diekstrak dari serai juga digunakan sebagai pewangi untuk kosmetik ,syampu dan sabun

Cara Penanaman
Serai memerlukan kawasan terbuka bagi membolehkan penerimaan cahaya matahari yang cukup untuk pertumbuhan. Jika ditanam di kawasan yang kurang mendapat cahaya matahari, pertumbuhannya akan terbantut. Taburan hujan yang seragam dengan jumlah antara 250 cm dan 300 cm paling baik.

Benih serai ditanam sebanyak tiga batang setiap lubang dalam barisan dengan jarak 2 kaki x 3 kaki. Jarak ini sesuai bagi memudahkan kerja-kerja menuai. Anak pokok serai mula membiak setelah 2 minggu ditanam. Untuk meningkatkan tumbesaran serai, baja NPK hijau pada kadar 5-10 g/rumpun diberi pada peringkat serai berumur 1, 2, 3 dan 4 bulan.

Cara membaja ialah dengan menabur sedikit baja di sekeliling pokok. Setelah serai berumur 5 bulan, baja NPK biru pula dibubuh. Tanaman serai tidak memerlukan banyak penjagaan. Jika terdapat pertumbuhan rumpai, ‘bush cutter’ boleh digunakan bagi mengurangkan penggunaan racun kimia. Walau bagaimanapun, rumpai bukanlah satu satu masalah besar dalam penanaman serai kerana daunnya yang rimbun dapat menghalang pertumbuhan rumpai.

Serai matang setelah berumur 8 bulan dengan purata pertumbuhan sebanyak 70-80 batang serai dalam satu rumpun. Untuk mengutip hasil, rumpun serai digali menggunakan ‘scoop’. Kemudian rumpun serai dibersihkan dengan menggunakan parang atau kapak dan gunting ‘secateurs’. Semasa kerja pembersihan dilakukan, pengasingan serai dibuat untuk dijual dan dibuat benih
Sumber :- Pejabat Pertanian Daerah Manjung

google and jumpa kat someone's blog hehe



No comments:

Post a Comment