Tuesday, January 31, 2012
holidays!
Been almost a week bercuti, baru nak post holidays! as if baru start cuti semalam :P
3 days final exam which started on 23rd onwards was totally over. I dont even wanna bring that up again coz i wasnt as excellent as i expected it to be. But nevertheless, I really hope the result would relieve me. And not to forget, yes, it was when everyone else was enjoying d CNY, we all bersengkang mata for exams and bersusah cari kedai untuk makan. Of cos la kan, UIA amat bagus buat exam time cuti umum like that grrrrr!
Thing to do for holidays!
1) movie marathon (memang jalan pun big smileee! )
2) 5 physio lectures ehem x berapa nak jalan
3) 4 anat lectures ehem going to do it
4) assignment read up haruslah, ini amanah orang
5) just enjoy life being with mom,dad n bro. Ah heaven!
QOD: officially ended it. IM A FREE BIRD! World waits for me!
Wednesday, January 18, 2012
Preclinical success!
If u ask medical students of IIUM, what makes them worry during preclinical years? Their answer will preferrably include SEMINAR! As for me, it was over, and praise be to Allah, it was superb and i loved every single moment of the journey and presentation ! :) Thanks lovely seminar mates, I could not have done it without u all. History of Surgery, the title of the seminar. Even though the title is on history, but please, do not worry, because we wont be presenting all on history... hehe that was the unforgettable lines of my part during d introduction of d team :D Here's a piece for me to remember, for u to enjoy!
Link to our Seminar Video:
http://www.youtube.com/watch?v=yhdmoJ1Z2xI

Untuk saya dan kamu
P/s: share pada yang lain-lain.
Khusus buat:
Anak-anak yang bergelar pelajar perubatan (di mana jua anda berada)
Ibu dan ayah kepada anak-anak di atas.
Sedikit pesanan ini dinukilkan oleh seorang yang pernah menjadi pelajar perubatan (1986-1991), sudah menjadi doktor selama lebih 19 tahun, menjadi pakar O&G dan pendidik kepada ribuan pelajar perubatan selama 13 tahun. Namun belum berpeluang menjadi ibu kepada seorang pelajar perubatan lagi setakat ini.
Anak-anakku,
Kalian sebenarnya bertuah dipilih Allah SWT mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia. Apapun yang mendorong kalian membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kalian sudah sampai di sini! Betapa ramai rakan kalian yang mengidamkan kerusi yang kalian duduki sekarang ini.
Harapnya dorongan itu bukanlah semata-mata mahu mencuba nasib, memenuhi hajat dan hasrat kedua ibu bapa dan keluarga yang mahu seorang yang bergelar 'Doktor' dalam salasilah keturunan, ataupun ingin sentiasa bersama dengan rakan karib yang kebetulan juga mendapat tawaran yang sama!
Melihat betapa berlumba-lumba kalian merebut tempat di sekolah perubatan, rasanya seperti ada kempen "Satu Keluarga Seorang Doktor" lagaknya.
Jangan kalian terkejut nanti-dengan realiti pengorbanan yang mesti kalian lalui.
Perubatan adalah suatu lapangan yang perlukan komitmen pembelajaran sepanjang hayat. Kalian sendiri yang perlu mencetus keghairahan mahu menuntut ilmu, bukannya hanya berharap dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga pendidik yang menunjuk ajar. Kalian akan mulai mendengar perkataan "sel-directed learning-SDL", student centred education, life-long learning, community-based learning, inter-professional learning dll.
Pengajar kalian bukan hnya professor dan pensyarah perubatan, malahan yang bergelar PESAKIT itulah yang paling banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar. Para jururawat adalah mentor yang paling berpengalaman dan perlu diberi penghormatan.
Yang paling utama, akhlak kalian-menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor yang angkuh. Bertuahlah bagi kalian yang sememangnya sudah berbekal dengan didikan sempurna, penuh budi bahasa, tata tertib dan sopan santun yang tinggi semenjak dari rumah lagi. Malanglah kalian yang serba kekurangan dalam aspek ini, sekalipun kalian begitu cerdas mengumpul deretan 'A+' dalam transkrip keputusan peperiksaan saban semester.
Untuk para ibu dan ayah kepada anak-anak yang bergelar pelajar perubatan,
Mohon dipastikan kalian sudah menyediakan anak-anak kalian dengan baik dan sempurna-terutamanya terutamanya dalam aspek rohaniah dan akhlaqiah mereka. Mereka akan menjadi doktor perubatan-bukan calang-calang profesyen! Pastikan mereka menjadi pengamal perubatan yang tawadhuk dan sentiasa berhubung erat dengan Rabb..
Selitkan doa yang tidak pernah kunjung padam setiap masa dan ketika, moga Allah SWT memberi bimbinganNya buat anak-anak ini.
Sekiranya kalianlah menjadi SEBAB utama anak-anak ini berada di sekolah perubatan hari ini, sedangkan itu bukan minat dan keinginan mereka sendiri, bersedialah untuk meminta maaf kepada mereka-terutamanya jika mereka akan berhadapan dengan kesukaran dan keperitan memenuhi hajat dan cita-cita kalian itu. Sokong dan dokonglah mereka hingga ke akhir nanti-kerana cubaan dan dugaan yang perlu anak-anak ini hadapi bukanlah setakat semasa dalam latihan sahaja, malahan yang lebih mencabar adalah ketika terpikul di bahu mereka tanggungjawab dan amanah yang berat apabila bergelar doktor nanti!
InsyaAllah, kalian akan sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala bencana selagi mana penggantungan hanyalah kepada Allah semata-mata.
P.M. Dr. Hjh. Harlina Harlizah binti Hj. Siraj.
Sunday, January 1, 2012
2012
Takut untuk menaip 2012. Usia bertambah, tapi amalan bertambahkah?
Bumi semakin tua, tapi sedarkah aku?
Kadang-kadang termenung sendiri, kenapa aku lalai dalam tugas dan tanggungjawabku...
Kenapa susah sangat untuk kembali seperti dulu?
Cakap memang senang, tapi hakikatnya motivasi diperlukan setiap detik!
Motivasi aku:
5 perkara sebelum 5 perkara. Dan yang paling terkesan di hati,
It is about masa, kemahuan, peluang, kematian. Antara nak atau tidak, itu saja.
Kadang2 tak faham kenapa perlu menyalahkan seluruh manusia atas sesuatu yang tidak disukai. Tak ada kah rasa untuk bertanggungjawab atas hidup sendiri? Kita, kita dan kita, sebelum mereka itu, mereka ini, mereka dan mereka dan mereka. Hmmm ur life, ur responsibility. Ur action, u bear d consequences. Jangan jadi manusia lemah, menyalahkan orang dan meminta simpati. It is useless.
Thursday, December 29, 2011
Jumaat terakhir 2011
Assalamualaikum.
Jumaat terakhir. Apa yang aku buat? Ramai kawan balik rumah sempena cuti tahun baru sampai Isnin. But aku? Masih struggle, memaksa diri untuk mencari semula apa yang dah lama hilang. Mungkin tak diketahui, tapi masa ni ialah masa-masa kecemasan, masa genting dalam perjalanan hidupku sebagai pelajar perubatan. Aku cuba menguruskan hidupku sebaiknya, rasa macam xnak tidur malam pun ada. Nak study siang malam sampai puas hati. Hidup bukan hanya untuk study? Yer, tapi aku akan gagal tunaikan amanah kalau x buat yang terbaik.
Itu hakikatnya. Aku bergelar seorang pelajar, tapi kalau aku lalai, di mana tanggungjawab dan amanah yang terpaksa aku pikul? Memang mudah untuk menjadi ignorant, tapi memikirkan ini adalah amanah, untuk belajar, buat yang terbaik, usaha yang paling baik, aku harus buat. Pasal result lain cerita. Asalkan aku dah puas hati dengan usaha aku, itu dah cukup. Aku akan rasa lega, sebab dah tunaikan tnggungjawab. Dah lebih setahun, aku lalai. Semuanya sambil lewa sebab anggap semuanya harus balance. Tapi in d process of balancing, kadang2 aku gagal. Terlebih pada benda yang tak perlu. Itu salah aku. Aku mencari kesempurnaan, namun aku masih belum sempurna.
Tapi aku percaya, usaha akan mendatangkan hasil :). Life must go on. Tak boleh sentiasa meratap, hati kena kental! So jumaat terakhir, put a smile, and continue working yeah! Baca sampai lali tersengguk2 kat meja pun xpe, asalkan puas. Kerja sehabisnya, supaya hidup produktif dan balance. Menyerah diri seluruhnya, kerana hanya Dia yang tahu segala isi hatiku.
Aku tak mahu siakan satu saat pun masa ni. Aku akan rehat sepuasnya bila cuti nanti. So come on! Jangan sedih2, baru sikit dugaan ni, jom teruskan momentum, pecut laju2 sampai xde daya. Baru kental jadi student macam tu!
Sunday, December 25, 2011
accepted!
I officially accepted a responsibility few days ago. And if nothing goes wrong, it will last for almost 8 long months. I hope all will be fine, wish me luck. Im going to start doing it, whole heartedly, tomorrow insyaAllah. I know I can do it, I want to do it. Chaiyokkk!
Nothing is impossible. Berhenti merungut pada dunia. Berhenti mengharap, berhenti menjadi lemah, berhenti melakukan yang sia-sia. Usaha, usaha, usaha. Bersyukur dengan apa yang diberi. Berhenti mencari kesalahan orang lain atas kelemahan diri sendiri. Berhenti menyalahkan orang lain, berhenti menyalahkan dunia. Tuding jari pada diri sendiri dahulu, barulah dunia akan berlaku baik pada kamu.
Friday, December 16, 2011
Minitest yang baik lagi 3 hari!
Minitest is coming! Hehe kenapa macam happy? Walaupunnn nota berlambak lagi tak sentuh.........
I dont know, but I feel happy today, its like getting a new spirit to start a good life ahead :D
Semalam kelas leadership, and at the end of the class masa dah nak habis tu, doctor requested five people to volunteer come in front and the question was,
Who are u in the next 20 years and what are your plans to achieve that?
Banyak permintaan nak suruh I went in front and bercerita (konon famous la kan haha :P). We want kak, we want kak! (ok tu rekaan sendiri hakhak). Btw, kak is what they call me here. Tua kah?Atau matangkah? Atau garang sangatkah? ok never mind, tak kisah pun panggil kak ke nama ke, asalkan it means well. Tapi panggil kak rasala macam diri ni matang sket haha tetiba demand perasan jer.
So, my leadership classmates, u guys baca kat sini je la yo. In case u all baca my blog la. IN CASE. In 20 years time, it is still a bit unclear because in 20 years time, it will have to depend on this early coming 10 years. But if in 10 years time, InsyaAllah Im clear of what im going to be.
- a doctor
- a full time student
- a part time student
- a businesswoman with a factory
- a wife
- a mother?
A doctor. In around 3 and half years from now, biiznillah, I will finish this meds school and get d title dr for the human, the ummah. After that, 2 years housemanship if there is nothing blocking in d way. But why full and part time student? Im not quite sure yet about the flow of another degree that Im planning to take after MBBS. Been longing to take Business study after MBBS. I cant live without numbers. I love numbers, I love calculating, I love to expect the result based on numbers! Numbers are absolute thingy, u cant simply change it. U cant simply tolerate with it. U cant just be very loose with it. My success or my failure, I love to see it with numbers. I know it may sounds a bit weird, but Im passionate about numbers. And thats y I have the feelings that I will become an anaesthetist later when specializing. I know I made it sounds as if it is that simple, but dont worry too much, there is always a way for everything u want in life.
Part time student is for that Business study, and full time is for the specialization in medical field. I have always been longing to study business, and I thought that it was too ambitious but it turns out that not only me has that kind of dream. Chatted with a friend before, and she was into IT. And asked another friend to join the pakatan, and she was into business like I do. So now im having the moral support for the particular dream. Planning together to achieve that.
Factory. Yes, factory. Factory apa? Manusia sustain lives with water, food, air, home/ tempat berteduh. So, my business akan berkisar sekitar those essential elements of life. You grab the foundation of life, u will hold the world, its as simple as that. For me, itu pegangan dan prinsip saya sejak dulu. And what are my plans? Been saving up since 18. InsyaAllah by 30, terbina satu kilang. Kenapa kena kilang? Materialistiknya awak. :) To do other things in life, untuk apa2 saja saham dunia mahupun akhirat, u need to have a strong basis so that takkan goyah. How to describe it... If u have the capabilities to give tanpa rasa ragu, then u can contribute more to the ummah, to the religion. So im trying to form that foundation first. Asas yang kuat dari awal so that I wont hesitate to give to the needy. At least, that is what I feel I can contribute pada yang memerlukan. Im not really good at mengajar or giving lecture or apa2 yang berkaitan. So, memang niat di hati nak cari saham by mengajar and bagi ilmu bermanfaat tapi I dont have enough skills yet to do that. Nantilah, im polishing myself. Basically ni semua masa untuk grab skills and keeping it together untuk bekal masa akan datang. Macam lama, padahal lagi berapa tahun je lagi nak face the real world ='=. Suddenly rasa masa tak cukup untuk lengkapkan diri.
A wife and mother? Itu I leave it all to the One. Tiada daya upaya untuk menentukan. Memang merancang, tapi sepenuh harapan hanya pada Dia untuk yang terbaik. Too much hope on the creation of Him may deviate me from good things.
And kenapa duit itu penting sebagai bekalan sebelum kerja? As a doctor, u will be busy. Your life will be hectic, macam there is no other things that u do other than serving ur best untuk patients. And sometimes, tanpa foundation yang kuat, doctors yang baru mula-mula kerja tend to have culture shock. Ini yang I cakap dari pengalaman lah. Selalu dengar doctor2 muda bercakap, keja penat lelah x berbaloi dengan gaji. Bila dah habis simpanan guna untuk kawin, untuk beli kereta n everything, cakap kena keja lebih kuat ni untuk simpan balik duit. Im not sure but for me, then what is the initial purpose of u being a doctor? Adakah sebab duit or ikhlas nak tolong tanpa berkira? Ye saya faham, hidup perlukan duit. And kalau masa belajar di pamper dengan segala scholarship and duit poket parents, nanti dah keja will u be the same? Or akan struggle to keep surviving? Antara sincerity to serve ur patients and the craving untuk money, yang mana akan menang? I dont want to jeorpadize the sincerity of serving over money. Tak mau ambil risiko diri jadi tak ikhlas masa bekerja, xmau jadi money oriented dalam bidang medic. Bagi saya, medic is like a tuaian for akhirat. And because of that, for the world, I need to have other sources of money and income. So that sincerity and money, can be separated. I know, cakap memang senang kan. But its okay, tak cuba tak tahu. Memang nampak ambitious and memenatkan, but nothing is impossible. So kena mula dari sekarang la. And thats what im doing. Ok dah banyak benor membebel.
Sambung study sekarang. Wasalam.