<a href="http://www.zwani.com/graphics/welcome/"></a>
Tidaklah berjaya orang yang suka menuding jari dan mencari silap orang lain sebelum diri sendiri~

Tuesday, June 28, 2011

apa dah jadi?

Tutur katanya seperti pahlawan,
Lidahnya petah mengucapkan apa yang ingin dikata,
Namun aku terdiam tanpa bicara,
Lidahku kelu mendengar bicaranya,
Kerana mataku, akalku dan imanku menidakkan apa yang diucapkannya,
Aku tertanya2,
Siapakah dia, siapakah dia, siapakah dia,
Adakah alim hatinya seperti tutur katanya,
Adakah benar hatinya seperti yang dibicarakan,
Apakah benar ajarannya yang dikatakan agama.

Aku bertutur melalui mata,
Aku bertutur melalui akal,
Aku bertutur dengan harapannya tidak menyalahi agama.

Namun, aku HAIRAN!
Aku BIMBANG!
Aku sukar menerima bicaranya.
Kerana apa? Aku pun tidak mengerti,
Kerana ceteknya ilmu di dadaku? Kerana butir bicaranya yang tidak menyenangkan jiwa?

Perlakuannya melambangkan hatinya,
Biarpun bicaranya melambangkan sebaliknya,
Dia dianggap sebaik-baik manusia,
Namun aku yang berada bersamanya,
Tidak merasakan kebaikannya, tidak terserlah kehebatannya,
Adakah aku hanya melihat yang jauh nun di sana,
Ataupun sememangnya dia berdusta?

Aku tidak sekali mendengar dan menerima seadanya,
Apa yang didengar dicari buktinya,
Bagiku, A bukanlah A, B bukanlah B,
A dan B mungkin sebenarnya C?

Bicaranya kudengar sebelah telinga saja,
Kenapa? Kenapa? Kenapa?
Kerana aku tidak melihat bukti kehebatan katanya,
Perlakuannya tidak serupa,
Katanya berubah sentiasa,
Aku melihat, aku mendengar, aku menganalisa,
Aku bertanya imanku, aku bertanya akalku,
Pemikiran ini cuba dibuka seluasnya,
Mulut ini ditutup serapatnya,
Kerana apa?
Kerana aku tidak percaya,
Kerana agama tidak membenarkannya!

Aku tinggal di daerah ini,
Sejak lahir sehingga kini,
Aku tertanya apa yang dicari oleh manusia-manusia ini,
Sedangkan bukti itu sudah disaji?

Ku fikirkan, Ku hayati,
Apa maksud semua ini???

Sampai bila, sampai bila, sampai bila???

Pengalaman mengajarku mengenal insan dan durja,
Penilaianku bukan berdasarkan apa yang dikata,
Namun aku menilai melalui apa yang dirasa,
Sejak kecil sehingga dewasa,
Tiada apa yang dikata, dikotakan menjadi yang nyata.

Mereka boleh berkata apa saja,
Namun tidak mereka ketahui kebenarannya,
Pabila ditanya, di manakah buktinya???
Bibir terkatup rapat, membisu tanpa bicara.
Pabila ditanya adakah agama membenarkannya???
Wajah tertunduk kosong semata.
Pabila ditanya, mengapa berkata sesedap rasa???
Jawapan diberi seperti jenaka.
Kerana mendengar orang berbicara, kerana ibu bapa menanamkan cara.

Adakah itu yang dikatakan agama?
Adakah itu yang mahu dipertahankan?
Adakah itu yang mahu dibawa ke sana?
Adakah itu yang menjadi prinsip hidupmu?

Berbuatlah seperti apa yang dijaja,
Jangan diconteng arang ke muka,
Jangan sesedap rasa melontar bicara,
Kerana ahirnya bukan hanya diri yang binasa, yang tidak bersalah turut menjadi mangsa.

Aku sedih, aku kecewa,
Akal diberi tidak diguna,
Pendidikan yang tinggi menjadi sia-sia,
Amarah dijadikan tunjang agama,
Kata kesat dan nista menjadi biasa,
Adakah itu yang kamu katakan agama???

Ilmu ku tidak sebanyak mana,
Namun ku cuba,
Berbicara seadanya,
Kerana menyampaikan, itu yang dimintaNya.

Harapanku,
Cubalah berbaik laku,
Jangan berlawan sesama suku,
Apa yang tidak disukai janganlah dibiarkan berlagu,
Kelak menyesal tidak sebulu.

Apa nak jadi pada Malaysia?

1 comment: