<a href="http://www.zwani.com/graphics/welcome/"></a>
Tidaklah berjaya orang yang suka menuding jari dan mencari silap orang lain sebelum diri sendiri~

Monday, July 11, 2011

Kekayaan in Islam~

Kebahagiaan, kesihatan dan kesenangan merupakan sebahagian daripada kehidupan kita. Sebagai orang Islam, mensyukuri nikmat Allah merupakan salah satu sifat Mukmin yang dituntut. Hakikatnya, semua ini adalah anugerah daripada Allah kepada hambanya samada ia seorang yang beriman ataupun tidak.

Disebutkan dalam Al-Quran, Al-Baqarah:268 yang bermaksud "Allah menjanjikan keampunan dan kurniaNya kepadamu, dan Allah Maha Luas dan Maha Mengetahui".

Apakah konsep kekayaan (Wealth) dalam Islam?

Kekayaan adalah amanah daripada Allah yang mesti diuruskan dengan sebaik-baiknya. Konsep amanah ini menunjukkan bahawa segala kekayaan yang dianugerahkan oleh Allah adalah merupakan pinjaman semata di dunia ini. Walaubagaimanapun, yang Maha Pemurah dan Maha Luas sifatnya memberikan kebebasan kepada hambanya menggunakan nikmat ini untuk manfaat dunia dengan berpandukan Syariah.

Melaksanakan amanah ini dengan baik bukan sahaja akan mendapat kesenangan duniawi, malahan Allah akan memberikan ganjaran pahala sebagai bekalan di Akhirat nanti.

Selain itu, kekayaan adalah merupakan salah satu jalan menuju kejayaan. Ayat 10-12, Surah As-Saff yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. Niscaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, dan ke tempat tinggal yang baik di dalam surga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung."

Dengan memahami kedua-dua konsep kekayaan dalam Islam ini, maka aspek perancangan kewangan perlulah diberi perhatian. Melaksanakan perancangan kewangan yang baik dan berkesan merupakan suatu Ibadah dengan tujuan menjaga Amanah daripada Allah dan salah satu mehnah mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat sepertimana janji Allah yang disebutkan diatas.

Seorang Muslim yang beriman itu adalah baik, tetapi seorang Muslim yang beriman dan menggunakan kekayaan anugerah Allah untuk kemaslahatan ummah adalah amat disukaiNya.

- Artikel iluvislam.com

enough~

Enough with politics,

Mari majukan diri.

Sunday, July 10, 2011

Berlaku adil pada diri sendiri~

Berlaku adil pada diri sendiri dengan membaca semuanya, bukan sesetengah sahaja. Sekiranya kita merasa kita dizalimi dengan ketidakadilan (media atau apa pun), maka carilah keadilan itu. Sekiranya keadilan itu tidak diberikan kepada kita oleh yang berwajib, maka berlaku adillah pada diri anda dengan berusaha sendiri. Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu sekiranya mereka tidak berusaha bukan.



Benda tak akan datang bergolek, carilah sendiri dengan kudrat yang ada. What's the problem? Kita kan kuat. Orang Islam kena kuat.



Baca Blog MB Kelantan, n he said in his blog, pasal judi with this ayat,

"mengelak kemudaratan umum lebih utama daripada yang khusus" (kalau nak baca lebih go to his blog)



n i humbly think that this is against BERSIH 2.0. (if it is about gambling then i agree).
Why do i think so? Kenapa bertentangan? (pls look at the news, baca Harakah, baca Utusan, see blogs, see what happened, u will know. It was all about political benefits of certain people only, bukan kepentingan umum, bukan tuntutan 8, kalau tuntutan dah bg awal2 ler kat Agong. baca sendiri pls malas nak type pjg2 :P)

Why do i keep saying about politics? To encourage us to read more haha. Amalan membaca itu bagus. Sila membaca untuk mencari kebenaran, bukan untuk membuktikan kesalahan dan membenarkan perlakuan ye!

Quote of the day :

u start the flame, dont blame the heat or the weather
Tgk cuaca ler kalau nak bakor sampah. kalau sampah x terbakar, x baik salahkan cuaca. Kalau ada ribut pulak yang sebarkan api tu smpai terbakor rumah orang lain, jgn salahkan ribut, salahkan orang yang nyalakan api td ler sbb x tgk cuaca
(mesti orang yang rumah terbakor tu marah, dah hang p bakor sampah dekat ngn rumah dia tu pehal? kalau dia tuntut gnti rugi kat dunia xpe, kalau dia tuntut kat akhirat cam mano? sapo nak jawab?) haih.

Be neutral bila membaca. Terima kasih.

Note: nak berlaku adil pada diri sendiri dgn tidur sekarang haha.


want to know them?

look at their best friends.

Sekiranya ingin mengenali peribadi seseorang itu, bertanyalah kepada rakannya.

(just a random thought. Tiba-tiba teringat)

Saturday, July 9, 2011

adakah saya cetek ilmu atau ini sememangnya dinamakan menggadaikan agama?

Bimbangnya rasa hati, sedih. Alasan banyak diberikan. Mereka jahat, mereka tidak mendokong Islam, mereka bukan ulama, mereka bukan khalifah. Namun adakah itu sebab kamu sanggup menggadaikan Islam, hanya kerana mereka seorang muslim yang bukan mukmin? Sejahat2 mereka, mereka masih saudara kamu, seorang muslim...Sejahat2 mereka, mereka masih keluarga kamu bukan...Ini bukan kerana siapa betul atau salah, ini adalah bangsa dan agamu kamu! Di mana Islam jika tiada Melayu? Itu hakikatnya. Didiklah mereka, tegurlah mereka, namun jangan gadaikan agamamu hanya kerana bencikan mereka...

saya cetek agama, betulkan saya kalau salah...

a real situation~


Bila ALLAHUAKBAR Mengiringi Pemimpin Kafir
Walaupun banyak perkembangan baru dalam dunia politik kita dalam akhir ni terutamanya persetujuan bersama kerajaan dan Bersih untuk diadakan perhimpunan dalam stadium, fikiran saya masih diganggu dengan senario 3 hari lepas.

Setiap perkembangan politik itu cuma luaran saja, yakni tindakan yang dimanifestasikan oleh minda sipelaku. Kalau tak puashati yang ini, akan dibuat yang itu. Tindakan berubah namun apa yang lekat diminda masih sama. Siapapun yang menang atau kalah pada 9 Julai nanti, apakah akan berubah minda orang Melayu ? Apakah akan berubah halatuju perjuangan orang Melayu ? Apakah ramai atau sedikit mereka yang berdemo akan memberi kesan kepada sokongan Pakatan atau BN ?

Mungkin sebab itu fikiran saya sering memainkan kembali senario 3 malam lepas. Layan jelah saya ulangi semula senario semasa ceramah Pas di KT baru ni

' ALLAHUAKBAR ! ' seru pengacara majlis yang memberhentikan celotehnya tatkala menyedari kehadiran seorang pemimpin ke majlis itu dan setelah diperkenalkan kepada hadirin siapa orangnya dan laungan ini disambut penuh semangat oleh ribuan para penyokong Pas, 'ALLAHUAKBAR ! ' Tersentak saya dengan cara sambutan yang diberikan oleh ribuan umat Islam terhadap kehadiran pemimpin yang sedang berjalan masuk ke majlis ceramah, diiringi beberapa pengikut Pas yang membuka jalan buat beliau.

Terkejut kerana yang berjalan masuk itu bukan Mat Sabu, bukan Haji Hadi atau mana-mana pemimpin Pas tapi Lim Guan Eng dari Dap ! Tidak ada kesilapan dipihak hadirin akan identitinya kerana namanya diumumkan dengan jelas sebelum takbir dilaungkan.

Takbir suci 'ALLAHUAKBAR' yang menyaksikan kebesaran Allah Yang Maha Agung, Maha Esa, Maha Besar ditujukan kepada pemimpin tertinggi Dap ? ? ? Seorang pemimpin kafir ?

Saya mungkin cetek sejarah Islam, tapi apakah perkara sebegini pernah berlaku dizaman Rasulullah atau dizaman Khalifah-khalifah Agung ? Atau dimana-mana zaman pemerintahan Islam sebelum ni ? Atau hanya di Malaysia saja ?Atau hanya orang Melayu saja ?

Jika pernah berlaku sebelum ini, siapakah pemimpin kafir itu yang menerima penghormatan setinggi itu dikalangan umat Islam ? Apakah Lim Guan Eng setaraf, sama besar kehebatannya dan sumbangannya kepada Islam ?

Jika tidak pernah berlaku dan hanya unik diMalaysia, apakah alasannya kalimah ALLAHUAKBAR itu ditujukan kepada Lim Guan Eng, seorang pemimpin kafir ?

Sepanjang ceramah LGE malam itu, saya berikan tumpuan kepada reaksi hadirin. Saya akui kepetahan LGE berucap, beliau pandai menggunakan punchline, berhenti dimana yang patut, dan pandai memainkan perasaan hadirin. Dan setiapkali LGE mengenakan pukulan smash tajam kepada lawan BN, ia disambut dengan ALLAHUAKBAR dari penyokong Pas.

Seorang pemimpin kafir masuk ke kem Islam dimana hadirinnya 100% umat Islam, mengutuk musuh politiknya yang beragama Islam dan diberi takbir oleh umat Islam ? Astaghfirullah ......

Politik pun politklah juga tapi kenapa ketahap begitu hina sekali umat Islam Pas meletakkan diri mereka sendiri didepan seorang kafir ? ! Apakah takbir ALLAHUAKBAR itu kerana terlalu sering dipolitikkan , ia telah hilang maksud dan kebesarannya ? Kini sekadar satu seruan politik Pas yang tidak punya signifikan keagamaannya ?

Atau ALLAHUAKBAR diceramah politik tidak sama dengan ALLAHUAKBAR yang diucap dalam solat ? Terjemahan yang sama tapi maksud yang berlainan ?

Kalau sama maka apakah justifikasinya seorang pemimpin kafir seperti Lim Guan Eng diberikan perhormatan sedemikian tinggi sedangkan sepatutnya ucapan laknat yang lebih tepat diberikan !?

Saya dapat bayangkan pada 9 Julai nanti, perkara yang sama akan berulang tapi pada skala yang lebih besar. Waktu itu puluhan ribu umat Islam akan bersama-sama bertakbir ALLAHUAKBAR , zikrullah yang berkemundang bergema satu stadium mengagungkan pemimpin kafir. Dan bergema juga zikrullah ALLAHUAKBAR tiap kali pemimpin-peminpin kafir itu mengutuk pemimpin Islam .........

Hanya di Malaysia saja dan hanya orang Melayu saja yang mampu lakukannya.

Friday, July 8, 2011

KENAPA aku adalah aku?

This post is something which is stuck in my heart for a while. Because of me yg x reti nak mengexplainkan diri sendiri dengan bijak buat masa kini (sedang belajar bercakap secara rasional shj), i'd rather write so that people will understand. Especially my friends terchenta kerana at certain times, i cant explain my actions very well. Why i do this and not that. I tend to use actions more than words because i believe that action speaks louder than words and x guna cakap banyak2 kalau x buat. Baik buat dulu baru cakap.



And this post is also because i love my friends and i hope we'll understand each other better.



1. Kenapa saya x suka (bukan x suka, mcm susah) ikut arahan orang? Bahkan saya akan memberontak (perkataan yg agak ganas, i know :P, chill pls, perkataan je tu) sekiranya dipaksa buat benda yang saya x rela n bertentangan with my principles? But i akan follow what my leader say because to be a good leader u have to be a good follower.

Kerana im a person who will stick with i believe no matter what. To change what i believe, will b a very hard thing to do coz i only accept things with prove. A very concrete prove. Cakap kosong x layan. If u talk about politics or controversial issue in front of me, u'll notice that i will just listen without saying anything cz i'll think first apa yg u all cakap. I cari dulu prove and sumber for info, and if it is against the real fact, i'll ask the person again apa bukti dia cakap mcm tu. Even if benda tu dah bertahun2, i akan ingat. Macam gigih giler kan, tp dah teringat nak buat cmne. Bukan sengaja nak cari pasal, cuma i believe that jangan cakap kalau x tau, jgn cakap x serupa bikin, we talk with facts. (even though saya pun sometimes x buat apa yg sy cakap, which i hate that, im trying to fix it)

If in business, words are rubbish (perumpaan je la tu) because people can talk and talk whatever they want sbb ada orang suka cakap kosong tanpa buat apa2 and tanpa bukti pun.

However, i do accept what people say. Sometimes, i might deny it at first but later, i will think back what have been said. If i am wrong, then i'll accept it dengan hati terbuka n dalam hati, saya bersyukur kerana ada kawan yang membetulkan apa yg salah. So if u rasa i betul2 salah, cakap je, mula2 mmg susah nak terima, tp lama2 ok ler :P. I thank you for correcting me.

If i x puas hati dgn apa yg dicakapkan, i akan senyap sebab unstable emotion makes me talk secara x rasional. So better be silent first. And if percakapan itu melukakan hatiku, i senyap, i can forgive but its hard to forget. Bukan sengaja, but it will take some time for me to forget it. And i;ll tend to ignore that person until im back to normal again. Macam x baik kan?Ye saya tau, saya cuba utk tidak berlaku begitu.




2. Kenapa saya suka menggesa untuk cepat all the time? Macam x menyempat. (which is y sometimes frens dont prefer to go out with me especially shopping :P)

Kerana masa itu emas. EMAS.Kerana masa itu ibarat pedang.PEDANG. Sakit kalau terpotong. Saya percaya benda itu. Benda itu melekat di hati saya. I dont like slow things. I like to do multitasking. Buat banyak benda dalam satu masa. Kerana apa?Kerana saya ada target. I dont know about other people, but im trying to reach my goal. So i cant have people to slow me down. Sounds to be selfish. But we have to adapt la, kalau dah tau orang tu jenis yg mengejar masa, be tolerable la even if ur not a fast person but u have to understand la, ala x payah cakaplah, u pun tau masa tu penting. PENTING GILER. Cuba kita renungkan balik, stiap orang ada 24jam. Untuk 24jam, we can choose whatever we want to be in the world. 24jam mampu melahirkan seorang pemimpin. 24 jam mampu melahirkan seorang ulama. 24 jam mampu melahirkan bijak pandai. 24 jam juga melahirkan seorang yang LOSER. Yang mana kita nak jadi?Pilihla sendiri.

Tapi ye, orang akan kata, x syok la u ni, x chill la, asyik nak cepat je. But the thing is, IF WE FAIL TO PLAN, WE PLAN TO FAIL. plan itu apa? MASA. Buat apa nak luangkan masa untuk benda yang remeh sedangkan lagi bnyk benda yang besar tunggu kita kat luar sana. WHY? i pun x faham. Sedang cuba untuk memahami tp smpai sekarang tak faham2 kenapa suka berlengah and menangguhkan benda yang boleh dibuat pada masa tu jugak.
Saya pun x faham kenapa saya suka berlengah kalau bab belajar ='=.




3. Kenapa saya berkira pasal duit? Bukannya duit tu bawak ke kubur pun?

Kerana dunia di luar sana xakan bertoleransi dengan duit. Sebagap pelajar, yes its true, kita tak rasa dunia luar, dunia kerja, dunia rumahtangga. We still have our parents, ada kawan2. Tapi sampai bila? U have to be rough to survive out there. Tak semua orang akan belanja awak setiap masa. Tak semua orang akan tolerable dgn u stiap masa. Tiba masanya, u will understand. Kedekut dengan kawan? Bukan, boleh je nak suruh belanja. Saya belanja bila mampu. Cuma x mahu kawan2 sentiasa selesa dgn keadaan. Bila x keluar dari comfort zone, smpai bila nak belajar. I'd rather u dont like me rather than i dont educate u. Tak maula berjaya sorang2. We treat people like we want to be treated lah.

Kerana money can build or destroy seseorang itu. Kerana cara kita deal with money can determine akhirat kita mcm mana kan? Kerana setiap orang hidupnya berbeza. Kerana setiap orang, cara pengurusan kewangannya berbeza. Kerana saya lebih suka mengukur baju di badan sendiri, bukan kat badan ibu bapa. Nanti nak hidup sendiri, nak kawin, nak keja, semua kena manage sendiri. Kena ukur kat badan sendiri. Practice makes perfect kan2? Unless la kalau masih nak ukur kat badan ibu bapa up to u la kan. Itu hak masing2. So we have to menyenangkan semua orang la pasal duit. We have to be clear about money. Kena clear, kalau x akan timbul problem. Dealing with money bukan mudah. We have to understand that bukan semua orang senang. Walaupun kita rasa, ala singgit je pun, tp pandangan orang x sama macam kita. So x boleh la nak anggap semua orang sama macam kita. untuk senangkan semua orang, be clear la. Kira siap2, bayar cepat2. Everyone has their own thing with money u know. Dia xkan bgtau u semua benda, so kenapa nak menyusahkan keadaan. Jadi x usahlah kita meng denykan hak mereka yang sememangnya hak mereka. Susahke nak paham? It is common sense, x perlu nak cakap pun sebenanya. Tp kalau x cakap x paham pulak.




3. Kenapa saya macam buat muka x malu minta hutang dengan orang dan nak setelkan hutang cepat2? x kirala either saya hutang dgn org or org hutang dgn saya.

Kerana saya kesiankan orang tu. Ajal maut ni bila2 masa je. Kalau x jelas hutang, nanti roh tergantung x sampai sana...(betulkan saya kalau salah). Bukan sengaja, tapi nak memudahkan orang yg berhutang jgk. Manusia ni kan mudah lupa. Kalau dah ingat tu, ada yg malu pulak nak mintak hutang. Malu nak cakap tapi duit nak. Malu tapi mahu. Tak ke menyusahkan diri sendiri. Buat apa nak malu? Itukan hak anda.

Kerana saya orang berniaga. Bukan seorang yg berhutang dengan saya tp ramai. Nak ke x saya kena juga mintak kalau orang lupa sbb kalau x dari mana nak amik modal pusingan tu? Orang selalu cakap, ala sikit je pun hutang, bukan beratus pun. Tu awak sorang je my dear ;) Sometimes hutang orang dgn saya bila dikumpul mencecah hampir rm1000. Banyak bukan? So i need to do what i have to. Tapi biasanya saya minta smpai 3 kali je. Kalau dah cakap 3 kali pn x jadi, up to u la. Hutang u bukan hutang i. u tanggung la sendiri (tu bahasa kasar la, tp xdela ckp cmtu :P)

Apa pun saya berterima kasih pada kawan2 sbb mudah utk bayar hutang. So far so good. Boleh la... :) tq all.



4. Kenapa saya dah jarang keluar dengan kawan2?

Bukan sebab sombong. Bukan sebab x suka. Bukan sebab selfish. Bukan sebab mengada. Sebab saya rasa x perlu dan saya x sempat Saya kena capai target saya. Saya tamak ke? Saya berkira ke? Bukan,Awak berehat saya kerja. Awak belajar kadang2 saya kerja n saya dah penat so saya kena cari masa yg sesuai utk saya belajar. And most of the time, bila awak nak keluar, masa tu jugalah saya ada hal dan saya kena belajar. Kalau x bila masanya saya nak belajar? Kita kan ada jadual masing2, biasala kalau jadual x ngam nak buat mcm mana. Kena la respect jgk orang punya masa kan. SAYA HORMAT MASA AWAK, AWAK HORMAT MASA SAYA. kan senang mcm tu. Bukannya x keluar langsung pun kan. Saya keluar with frens bila sempat n pada masa tertentu. Kena ada restrictions la kan utk capai benda yang kita nak. We fail to plan, we plan to fail. As simple as that.



4. Kenapa saya rahsiakan benda tu and x cakap bnyk?sebab bajet org tu hebat sgt? sebab nak tunjuk alim?sbb nak tunjuk baik nak suruh org cakap suci murni?

Bukan, sebab benda tu adalah benda yg haram. Tak perlu nak dibanggakan kejahilan sendiri dan kesilapan sendiri. Sebab saya x nak kawan2 saya dapat saham sama bila mengiakan dan menyokong apa yg saya buat. Sebab saya cuba untuk x buat benda yang haram tu. Saya cuba, saya menyesal dgn benda tu. Im trying to change. Saya manusia biasa yang banyak salah dan silap. I believe that kalau dah depan public saya x malu untuk buat benda yg haram, kat belakang apatah lagi. Kalau dah depan kawan2 saya bangga utk bercerita, saya x akan malu untuk buat benda haram tu depan kawan. Utk cakap lama2 tanpa hiraukan kawan, utk msg lama2 smpai kawan cakap pun x layan. At least biarla iman yang nipis ni x hilang terus dgn bangga pada benda yg macam tu. Kenapa? xnak kawan2 doakan ke? Ye, nak. Nak sangat. Tapi biarlah bertempat. Doakan bila dah dapat undangan rasmi utk walimah. But for the time being, doakan utk saya menjadi lebih baik, utk tidak terus buat benda yang x elok tu.

Kalau ada kawan barula x buat benda yg x elok? Kenapa, nak saham sama ke buat benda haram? biar susah sendiri, xperlu mnyusahkan orang lain. I believe in that.Bukannya benda yang elok pun nak ajak kawan sama keluar ke sana sini. Sebaik2 manusia ialah yang bermanfaat kepada yang lain. Nak jadi yang itu, x mahu menyusahkan langsung. Apatah lagi nak mengajak buat benda yang jelas haram dan tidak elok. (tp ada ler jugak buat benda yg langgar peraturan dunia kadang2 :P)



5. Kenapa macam bajet giler nak buat list panjang2 ni? Macam bagus sangat?

Sebab saya sayangkan kawan2 saya.Ye saya skema, saya straight, saya strict. Saya ni orang akan cakap, ala dia tu, susah r, berkira, x syok la. Saya sanggup orang x sukakan saya asalkan saya rasa apa yg saya buat itu betul. Tak perlu melobi, x perlu menjadi pak turut untuk sekadar merasmikan kalimah persahabatan. Kawan yang sejati will be by ur side masa susah dan senang. Jangan risaukan yang itu.

Uhibbukum fillah sahabat2 ku. Maafkan saya and tq for being my friends :) :P.



Wednesday, July 6, 2011

Moga aku tergolong dalam golongan yang tidak meninggalkan solat...amin

Dosa Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Solat Subuh : satu kali meninggalkan akan dimasukkan ke dalam neraka selama 30 tahun yang sama dengan 60.000 tahun di dunia.

2. Solat Zuhur : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan membunuh 1.000 orang umat islam.

3. Solat Ashar : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan menutup/meruntuhkan ka’bah.

4. Solat Magrib : satu kali meninggalkan dosanya sama dengan berzina dengan orangtua.

5. Solat Isya : satu kali meninggalkan tidak akan di redhai Allah SWT tinggal di bumi atau di bawah langit serta makan dan minum dari nikmatnya.

6 Siksa di Dunia Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu :

1. Allah SWT mengurangi keberkatan umurnya.

2. Allah SWT akan mempersulit rezekinya.

3. Allah SWT akan menghilangkan tanda/cahaya soleh dari raut wajahnya.

4. Orang yang meninggalkan solat tidak mempunyai tempat di dalam islam.

5. Amal kebaikan yang pernah dilakukannya tidak mendapatkan pahala dari Allah SWT.

6. Allah tidak akan mengabulkan doanya.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Menghadapi Sakratul Maut :

1. Orang yang meninggalkan solat akan menghadapi sakratul maut dalam keadaan hina.

2. Meninggal dalam keadaan yang sangat lapar.

3. Meninggal dalam keadaan yang sangat haus.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu di Dalam Kubur :

1. Allah SWT akan menyempitkan kuburannya sesempit sempitnya.

2. Orang yang meninggalkan solat kuburannya akan sangat gelap.

3. Disiksa sampai hari kiamat tiba.

3 Siksa Orang yang Meninggalkan Solat Fardhu Ketika Bertemu Allah :

1. Orang yang meninggalkan solat di hari kiamat akan dibelenggu oleh malaikat.

2. Allah SWT tidak akan memandangnya dengan kasih sayang.

3. Allah SWT tidak akan mengampunkan dosa dosanya dan akan di azab sangat pedih di neraka.

Mengenai balasan bagi orang yang meninggalkan Solat Fardu: "Rasulullah SAW, diperlihatkan pada suatu kaum yang membenturkan kepala mereka pada batu, Setiap kali benturan itu menyebabkan kepala pecah, kemudian ia kembali kepada keadaan semula dan mereka tidak terus berhenti melakukannya. Lalu Rasulullah bertanya: "Siapakah ini wahai Jibril"? Jibril menjawab: "Mereka ini orang yang berat kepalanya untuk menunaikan Solat fardhu". (Hadits Riwayat Tabrani, sanad shahih)

Sumber : Dari Buku Himpunan Fadhilah Amal - Maulana Muhammad Zakariyya Al Kandhalawi hal 107