<a href="http://www.zwani.com/graphics/welcome/"></a>
Tidaklah berjaya orang yang suka menuding jari dan mencari silap orang lain sebelum diri sendiri~

Sunday, February 26, 2012

what is happening?

Pada suatu hari, Cik A bertanya dirinya, bermonolog sendirian. Hatinya berbisik, untuk apa kamu hidup di atas muka bumi ini? Hatinya berterusan melantunkan pertanyaan demi pertanyaan, ibarat membuka horizon pemikiran untuk mengubah dan berubah. Cik A ingin melihat dirinya menjadi orang yang hebat, di mata Allah terutamanya. Hati Cik A yang resah berkata-kata lagi, apa prinsip hidup kamu? Mahukah kamu melihat saudara-saudara kamu, saudara seagama kamu, berada di takuk lama tanpa apa-apa perubahan? Berterusan hidup tanpa usaha menaikkan martabat diri dan agama? Hati berkasar, ia bertanya lagi, kalau ajal kamu ditakdirkan malam ini, sudahkah kamu melakukan semuanya? Atau masih ada hutang piutang dan urusan yang tertangguh?


Cik A menjawab monolog hatinya, beliau yakin menyatakan...


Aku hidup lillahi ta'ala. Aku tahu aku masih belum sempurna, namun aku mencari kesempurnaan itu dengan melakukan kebaikan sebaik sahaja terdetik di hati, kerana aku khuatir ajalku tiba sebelum sempat aku menunaikan kebaikan itu. Hanya Allah yang mengetahui isi hatiku.


Aku tak akan berada di takuk lama biiznillah. Hari ini akan lebih baik dari semalam, hari esok insyaAllah akan lebih baik jua berbanding hari ini. Aku tidak membiarkan diriku ditindas! Tidak sama sekali. Supaya aku paling tidak dapat membela saudara seagamaku daripada ditindas dari segi ekonomi mahupun apa saja. Aku bangkit menentang jika maruahku dipermainkan. Aku cuba berkali-kali mencari salah sendiri jika tidak bersetuju dengan sesuatu. Aku akan menjadi manusia yang hebat!



Aku sebolehnya tidak akan bertangguh terutamanya dari segi hutang. Aku takut, jika ajalku tiba, sebelum sempat aku melunaskan kewajipanku. Penat selepas bekerja keras amatlah berganda baiknya daripada penat akibat berehat.



Cik A selesai menjawab, hati beliau reda sebentar, mungkin meresapi apa yang telah dijawab.

No comments:

Post a Comment